Sunday, February 7, 2016

KINI MUDAHNYA BERWAQAF




Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM) ditubuhkan pada 2 November 2011 oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) bagi tujuan mengumpul derma melalui skim Waqaf Tanah Tapak Kolej Teknologi Bestari (kini dikenali sebagai University College Bestari). 

Bagi setiap derma bernilai RM30, penderma akan diberi 0.1 meter persegi (1 kps) dari tanah tapak UCB tersebut, yang akan didaftar diatas nama penderma dan  kemudiannya diwaqafkan balik oleh penderma kepada PEYATIM.

Dana yang dikumpul dari derma waqaf tanah tersebut adalah diguna untuk membiaya pembangunan institusi pengajian tinggi di bawah PEYATIM serta kebajikan anak-anak yatim atau miskin yang belajar di IPT tersebut.

Strategi YAWATIM ialah untuk memudahkan orang Muslim berwaqaf pada bila-bila masa dan di mana mana sahaja. 


University College Bestari


Dulu dikenali sebagai Kolej Teknologi Bestari (KTB), ditubuhkan pada 14hb Jun 1988 di Saujana, Setiu, Terengganu. Pada tahun 2004 KTB telah berpindah ke kampus tetap di Putera Jaya, Setiu, Terengganu.


KTB menjalin kerjasama dengan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dan luar negara. Kursus di peringkat Ijazah, Diploma dan juga Sijil dalam pelbagai disiplin ilmu ditawarkan di KTB.

Pelajar disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti asrama, perpustakaan, dewan teater, surau, gelanggang untuk rekreasi dan pengangkutan.

Pelajar juga diusahakan mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada pelbagai agensi seperti MARA, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan PTPTN.

Pada Ogos 2012, Kolej Teknologi Bestari dinaiktaraf sebagai sebuah kolej universiti yang diiktiraf dan kini dinamakan UNIVERSITY COLLEGE BESTARI (UCB). UCB menawarkan kursus di peringkat Diploma, Ijazah, Masters serta PhD.

Beberapa buah cawangan Pusat Pengajian (Learning Centre) juga sedang dalam proses penubuhan di seluruh Malaysia.


Institut Kemahiran Bestari



Institut Kemahiran Bestari (IKB) ditubuhkan pada 26 September 2002. Tujuan utamanya adalah untukmenyediakan program latihan yang kompetitif kepada anak yatim dan golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) di seluruh negara.Penubuhan IKB juga membuka peluang kepadaanak yang lebih cenderung dalam bidang kemahiran, dan yang kurang berminat dalam bidangakademik.




Kini Mudahnya Berwaqaf : 
Semua orang mampu, Mana-mana pun boleh!!

Cara menderma Waqaf di pejabat pos:

Dapatkan Borang Aqad di mana-mana cawangan pos, isi dan bayar di kaunter 
atau
 secara pembayaran online di 
dan klik open payment, dan pilih Wakaf PEYATIM


Cara menderma Waqaf di BSN:

Isi Borang SIMP1 di cawangan BSN dan buat bayaran di kaunter atau
 secara online di www.mybsn.com.my/
1410 0410 0019 1303




YAYASAN WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM ATAU MISKIN MALAYSIA
(YAWATIM)
NO.37, JALAN NIRWANA 39,
TAMAN NIRWANA,
68000 AMPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: 03-92846911 
Fax: 03-92847909