Syukur Allhamdulilah,
Hari ini university college Bestari menerima satu lagi lawatan akademik dari pelajar-pelajar serta guru dari SMK Teratak Pulai yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengharungi dunia atau kehidupan di University serta mendapat info tentang pengajian yang terdapat di UC Bestari. In sha Allah dengan lawatan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar dalam menetapkan halatuju selepas SPM kelak.
Antara program yang menunjuk minat kepada pelajar semasa lawatan adalah seperti Diploma Kejururawatan serta Diploma Sains Komputer. UC Bestari juga menyediakan program lain seperi Asasi Pengurusan, Asasi Teknologi maklumat yang juga menarik minat pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Antara tempat yang sempat dilawati sekitar University adalah seperti makmal kejururawatan, dewan teater, makmal multimedia, perpustakaan, unit equin dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment