Showing posts with label ANIMASI. Show all posts
Showing posts with label ANIMASI. Show all posts

Sunday, November 1, 2015

SUAMI ISTERI CIPTA ANIMASI SOLAT 3D

Bidang Multimedia amat luas jika benar-benar serius dan minat yang mendalam. ini telah dibukti dengan terciptanya satu perisian pembelajaran tentang solat yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri yang mengambil bidang multimedia hanya menggunakan ruang rumah sebagai tempat untuk membuat produksi. minat yang sama suami isteri ini telah dapat membantu anak-anak dalam mempelajari solat secara digital dan ber'animasi'.


Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan alat bantuan belajar seperti ini akan membantu anak-anak dalam menarik minat untuk belajar.  Terdapat banyak perisian pembelajaran yang terdapat dipasaran masa kini dengan menggunakan animasi, secara tidak langsung dapat menambah minat anak-anak.

Dengan adanya animasi dalam dunia pendidikan akan dapat membantu para pendidik untuk memberi tunjuk ajar secara digital dan boleh digunakan oleh ibubapa sebagai alat bantuan pengajaran yang lebih berkesan. 

Selain dari itu, sebagai pembangun animasi juga akan dapat menambah pendapatan dan menjadi usahawan IT walaupun pekerjaan hanya dirumah. Tahniah dan syabah kepada pasangan suami isteri ini yang berjaya dalam bidang animasi.

Wednesday, October 28, 2015

ANIMASI DALAM KEHIDUPAN

Pengiklanan

  • Pengiklanan barangan secara komersil melalui media seprti tv merupakan salah satu bidang di ana animasi komputer yang amat popular digunakan. 
  • Bidang ini memerlukan media yang dinamik serta menarik seperti mana animasi yang digunakan dengan imej dalam filem sebenar
  • Kadngkala ciri-ciri animasi yang tinggi serta berkualiti mampu mengaburi mata manusia sehinggakan sukar untuk penonton membezakan antara Animasi komputer denga kehidupan yang sebenar.
  • Animasi berkomputer menjanjikan suatu persembahan yang menarik perhatian penonton keran aia memungkinkan sesuatu yang mustahil berlaku di dalam kehidupan sebenar direalisasikan di dalam skrin tv.

Arkeologi





  • Ahli arkerologi memeperolaehi data melalui pengembaraan dan penggalian bahan artifak yang kemudiannya dibentuk mejadi model fiizikal yang biasanya bersifat rapuh, memerlukan penjagaan rapi dan memakan masa yang agak lama bagi menyiapkannya.
  • Melalui sistem komputer, ahli arkeologi memperolehi perkakasan atau teknologi yang baru (animasi berkomputer)
  • Model sesuatu objek dapat dibentuk melaui kaedah animasi komputer dengan menggunakan pendigit 3D dengan pantas tanpa mengganggu kualiti artifak yang asli.
  • Semua pemandangan atau persekitaran dimodelkan serta digabungkan dalam satu skrin.
  • Model ini membenarkan pelbagai perkara dilakuakn ke atasnya tanpa sebarang halangan.
  • Kedudukan artifak yang tepat disimpan dalam komputer dan boleh dilihat tanpa perlu melawat tempat penggaliannya lagi.

Seni bina


  • Artiket dapat mencipta animasi berkonsepkan perjalanan atau penerokaan dalaman (walkthrough) bagi membbolehkan seseorang solah-olah bergerak di dalam sesebuah bangunan yang akan dibina kelak.
  • Ia membantu menunjukkan keadaan dan pemandangan sebenar bangunan tersebut sebelum bangunan sebenar didirikan.
  • Ia juga membolehkan arkitek mengesan sebarang kecacatan dalam model atau rekabentuk semasa peringkat awal.
  • Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan masa.
  • Keseluruhan proses melukis dan susunatur sehingga lah mencipta model 3 dimensi dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan sistematil.

Bidang kimia

  • Terdapat banyak bahan kimia yang mempunyai saiz yang amat kecil (atom atau molekul sesuatu bahan) sehingga ia sukar unutk dilihat dengan mata kasar
  • Animasi membantu dalam proses membetnuk model molekul dengan lebih realistik
  • Ini membolehkan seseorang ahli kimia mendapt gambaran 3D penuh yang dapat dilihat dari pelbagai sudut unutk tujuan eksperimen.

Pendidikan

  • Animasi komputer digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang merangsang dan menyeronokkan bagi tujuan pendidikan
  • Juga untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasrkan kehendak pengguna kerana pengguna mempunyai kawalan dalam setiap aspek animasi yang hendak dipaparkan.
  • Sebagai contoh, proses sistem solar berlaku dalam matapelajaran Sains dan manipulasikan persamaan algebra dalam Matematik.


Kejuruteraan

  • Lebih dikenali sebagai computer Aided Design (CAD)
  • Penting untuk melakukan proses pemodelan sesebuah kenderaan dalam merekabentuk automobil
  • Dengan animasi berkomputer, model tersebut dapat dihasilkan dengan lebih menarik dan efektif melalui persembahan tiga dimensi yang mampu dikawal oleh pengguna

Filem dan hiburan

  • Contoh : jurassic park, terminator, titanic, independent day, dinasour, hollow man merupakan filem yang membawa animasi komputer kepada tahap yang baru dalam industri perfileman.
  • Ia mempunyai elemen animasi yang mendapat perhatian ramai dan mampu meraih keuntungan yangbesar memandangkan ianya menjanjikan sesuatu yang baru, dinamik dan mengkagumkan.

Simulasi penerbangan 


  • Seseorang pengaturcara dan animator mampu menghasilkan satu keadaan yang memamparkan keadaan atau situasi penerbangan masa nyata dengan menggunakan animasi dan konsep simulasi.
  • Dengan membentuk kamera yang menunjukkan pemandangan melalui tingkap kokpit,seseorang juruterbang dapat berlatih memandu sepertimana di dalam keadaan sebenar.
  • Juruterbangbpelatih juga akan didedahkan kepada gangguan yang sering dihadapi oleh seseorang juruterbang yang sebenar sperti kapal terbang lain yang berlepas dan mendarat,gangguan cuaca dan sebagainya.
  • Ini semua telah membawa era baru dalam bidang pendidikan dan latihan yang mana ianya membolehkan sesuatu


Perubatan

  • Seseorang doktor akan mengalami kesukaran sekiranya kajian yang hendak dilakukan melibatkan anggota dalaman tubuh seseorang manusia.
  • Sejak komputer digunakan dengan meluas, setiap organ didalam badan manusia boleh dimodelkan serta dianimasikan.
  • Ini seterusnya membolehkan para doktor melihat model-model ini seta berpeluang menjelajah bahagian-bahagian pada tubuh seseorang pesakit yang akan dibedah.
  • Ini juga membolehkan gambaran yang lebih meluas mengenai pembedahan yang akan dilaksanakan diperolehi dan sekaligus akan meningkatkan tahap kejayaan sesuatu proses pembedahan.

Tuesday, December 2, 2014

JENIS-JENIS ANIMASI

Hand-Drawn Animation


  • juga dikenali sebagai cel animation atau 2D animation
  • melibatkan beberapa proses yang berturutan :
    • Pencil Drawing : proses melukis
    • Pencil Test : memastikan lukisan yang dihasilkan berjaya memenuhi setiap animasi yang terlibat dan memastikan bahawa lukisan adalah kemas contohnya saiz line yang digunakan
    • Clean-Up : merupakan proses untuk menyamakan standard keseluruhan gaya/style lukisan dari segi penggunaan keyframe dan in-Betweening (contohnya ramai animator yang terlibat dalam satu projek, jadi gaya setiap animator adalah berbeza)
    • Ink & Paint : proses untuk memasukkan warna line dan fill





Stop-motion Animation


  • Juga dikenali sebagai stop motion photography
  • Telah ditemukan oleh Stuart Blakton pada tahun 1906 melukis facial expression seorang tokoh di papan tulis
  • kemudian beliau mengambil gambar dengan still camera
  • seterusnya memadamkan lukisan tersebut dan melukis kembali facial expression yang lain pula
  • Dulu : model dibina menggunakan clay
  • sekarang : sambungan wayar-wayar dan ditutupi dengan kulit getah
  • Mengandungi animasi untuk jointed model dan rakaman posisi/ kedudukan yang berlainan pada satu frame
  • Contoh untuk filem :Wallace & Gromite, Chicken Run King Kong, Jason and The Agronouts (visual effect)


Animatronics


  • Merupakan model yang dikawal oleh komputer dan boleh dianimasikan secara masa nyata
  • Sistem kawalan pergerakan mempunyai komponen mekanikal dan elektronik dan biasanya terdiri daripada metal-joined armature yang dilitupi dengan kulit sintetik dan bergerak menggunakan servomotors
  • Pergerakan animatronics biasanya telah diprogramkan menggunakan perisian forward and inverse kinematic yang mana ia boleh diulang berkali-kali dan dimodifikasi sebaik sahaja disimpan sebagai dalam komputer (digital information)


Performance Animation


  • Puppetry adalah teknik lama dalam performance animation
  • Idea asas adalah menggunakan puppet / aktor yang memakai kostum
  • Apabila diaplikasi secara animasi computer 3D, mempunyai dua modality
    • Live motion captured
    • Processes motion captured
  • Apabila dilaksanakan dengan kemahiran, ia akan menghasilkan pergerakan lebih segar dan semulajadi pada live performance

Character Animation


  • Dianggapkan sebagai tahap animasi tertinggi
  • Memberi kehidupan kepada karektor berkomputer
  • Biasanya dibangunkan dengan kombinasi teknik inverse and forwared kinematics dan motion capture
  • Kebanyakan produksi animasi :
    • Animator – bertanggungjawab untuk membina primary motion untuk setiap karektor
    • Assistant Animator – memperkemaskan primary motion dan menambah secondary motion
  • Primary Motion : aksi utama




Effects Animation


  • Animasi untuk not character-oriented
  • animasi untuk fenomena semulajadi seperti
    • Api, angin, debu dan air (hujan, salji, awan, sungai, air terjun, laut, dll)
    • kesan pencahayaan (percikan api, kilat, bayang, dll)
  • Biasanya akan bergantung kepada prop dan keseluruhan set




Visual Effects Animation for Live Action


  • Memerlukan pendekatan unik yang biasanya berbeza dengan animasi tradisional
  • Matlamat utama – menambah kesan pada live action dan setiap elemen animasi, visual hendaklah sepadan dengan pergerakan, warna, pencahayaan dan perspektif pada live sequence

KONSEP ASAS ANIMASI

PENGENALAN
  • Animasi bermaksud menghidupkan objek/ imej atau lukisan yang tidak bergerak
  • Anima berasal dari bahasa latin yang bermaksud soul (english) / jiwa (melayu)
  • Animasi merupakan seni pergerakan imej yang dipersembahkan yang mana ia tidak bergerak secara realitinya.
  • Dalam animasi, ilusi pergerakan dicapai dengan memaparkan imej statik (pegun) atau kerangka-kerangka dalam turutan secara pantas

DEFINISI ANIMASI

Suatu jujukan imej-imej yang disusun pada satu selang masa tertentu sehingga tercipta sebuah ilusi imej bergerak.



JENIS-JENIS ANIMASI

Terdapat tujuh (7) jenis animasi :

•Hand-Drawn Animation
•Stop Motion Animation
•Animatronics
•Performance Animation
•Character Animation
•Effects Animation
•Visual Effects Animation for Live Action


Tuesday, November 4, 2014

FAHAM DULU APA ITU ANIMASI

Pengenalan  

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Ia membolehkan sesuatu objek yang pegun atau statik dapat bergerak dan kelihatan seolah-olah hidup. Animasi di dalam sebuah aplikasi multimedia dapat menjanjikan suatu persembahan yang lebih dinamik serta menarik kepada penonton kerana ia memungkinkan sesuatu yng mustahil atau kompleks berlaku di dalam kehidupan sebenar direalisasikan di dalam aplikasi tersebut.

Animasi boleh  dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.


Walaupun demikian, proses penghasilan animasi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ianya memerlukan pengalaman kemahiran serta kepakaran yang tinggi bagi tujuan penghasilan. Pakar animasi yang juga sering dikenali sebagai animator diperlukan dalam jumlah yang banyak bagi menghasilkan suatu animasi yang berkualiti tinggi. Kos penghasilannya juga agak tinggi disamping tempoh masa yang diperlukan bagi membentuk animasi yang dikehendaki juga agak lama. Ini semua memerlukan perancangan yang teliti serta komitmen yang tinggi di kalangan kumpulan pembangunan sesebuah aplikasi yang memerlukan penggunaan animasi.

Sunday, March 23, 2014

Apakah Animasi?

  • Animasi ialah paparan pantas urutan imej-imej karya seni 2-D atau 3-D atau kedudukan model untuk mewujudkan ilusi pergerakan.
  • Kesannya adalah Ilusi optik Pergerakan disebabkan oleh fenomena penglihatan, dan boleh diwujudkan dan ditunjukkan dalam beberapa cara.
  • Kaedah yang biasa digunakan untuk mempersembahan Animasi sebagai motion picture atau video program, walaupun terdapat kaedah lain.
  • Animasi "ditemui dari Anima nama puneri," prinsip animasi ", berkuat kuasa penting di dalam setiap makhluk yang hidup. 
  • Ianya selalu digunakan sebagai terjemahan bagi perkataan kombdi puneri, danyang berkaitan dengan konsep hindu jiwa. 
  • "Animasi" akan teknik memberikan hindu "jiwa" untuk melompat haiwan, flyings, dll.
  • Contoh-contoh awal cubaan untuk menangkap fenomena lukisan usul bolehdidapati dalam lukisan gua Paleolitik, di mana haiwan digambarkan dengan kakiberganda dalam kedudukan yang melapisi, jelas cuba untuk menyampaikanpersepsi gerakan.
Mesir perkuburan kebuk mural, ca. Berusia 4000 tahun

  • Mangkuk Gili 5000 tahun yang ditemui di Iran pada Shahri Sokhta mempunyailima imej kambing yang dicat di sepanjang sisi.
  • Ini telah dituntut untuk menjadi contoh animasi awal.
  • Bagaimanapun, sejak peralatan tidak wujud untuk menunjukkan imej dalamgerakan, satu siri imej-imej tidak boleh dipanggil animasi dalam erti kata sebenar.

Lima imej urutan dari pasu yang terdapat di Iran

Wednesday, March 5, 2014

Teknologi animasi dalam kehidupan


  •   Pengiklanan

o   Pengiklanan barangan secara komersil melalui media seprti tv merupakan salah satu bidang di ana animasi komputer yang amat  popular digunakan.
o   Bidang ini memerlukan media yang dinamik serta menarik seperti mana animasi yang digunakan dengan imej dalam filem sebenar
o   Kadngkala ciri-ciri animasi yang tinggi serta berkualiti mampu mengaburi mata manusia sehinggakan sukar untuk penonton membezakan antara animasi komputer denga kehidupan yang sebenar.
o   Animasi berkomputer menjanjikan suatu persembahan yang menarik perhatian penonton keran aia memungkinkan sesuatu yang mustahil berlaku di dalam kehidupan sebenar direalisasikan di dalam skrin tv.

  • Arkeologi

o   Ahli arkerologi memeperolaehi data melalui pengembaraan dan penggalian bahan artifak yang kemudiannya dibentuk mejadi model fiizikal yang biasanya bersifat rapuh, memerlukan penjagaan rapi dan memakan masa yang agak lama bagi menyiapkannya.
o   Melalui sistem komputer, ahli arkeologi memperolehi perkakasan atau teknologi yang baru (animasi berkomputer)
o   Model sesuatu objek dapat dibentuk melaui kaedah animasi komputer dengan menggunakan pendigit 3D dengan pantas tanpa mengganggu kualiti artifak yang asli.
o   Semua pemandangan atau persekitaran dimodelkan serta digabungkan dalam satu skrin.
o   Model ini membenarkan pelbagai perkara dilakuakn ke atasnya tanpa sebarang halangan.
o   Kedudukan artifak yang tepat disimpan dalam komputer dan boleh dilihat tanpa perlu melawat tempat penggaliannya lagi.

  • Seni bina

o   Artiket dapat mencipta animasi berkonsepkan perjalanan atau penerokaan dalaman (walkthrough) bagi membbolehkan seseorang solah-olah bergerak di dalam sesebuah bangunan yang akan dibina kelak.
o   Ia membantu menunjukkan keadaan dan pemandangan sebenar bangunan tersebut sebelum bangunan sebenar didirikan.
o   Ia juga membolehkan arkitek mengesan sebarang kecacatan dalam model atau rekabentuk semasa peringkat awal.
o   Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan masa.
o   Keseluruhan proses melukis dan susunatur  sehingga lah mencipta model 3 dimensi dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan sistematil.


  • Bidang kimia

o   Terdapat banyak bahan kimia yang mempunyai saiz yang amat kecil (atom atau molekul sesuatu bahan) sehingga ia sukar unutk dilihat dengan mata kasar
o   Animasi membantu dalam proses membetnuk model molekul dengan lebih realistik
o   Ini membolehkan seseorang ahli kimia mendapt gambaran 3D penuh yang dapat dilihat dari pelbagai sudut unutk tujuan eksperimen.

  • Pendidikan

o   Animasi komputer digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang merangsang dan menyeronokkan bagi tujuan pendidikan
o   Juga untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasrkan kehendak pengguna kerana pengguna mempunyai kawalan dalam setiap aspek animasi yang hendak dipaparkan.
o   Sebagai contoh, proses sistem solar berlaku dalam matapelajaran Sains dan manipulasikan persamaan algebra dalam Matematik.

  • Kejuruteraan

o   Lebih dikenali sebagai computer Aided Design (CAD)
o   Penting untuk melakukan proses pemodelan sesebuah kenderaan dalam merekabentuk automobil
o   Dengan animasi berkomputer, model tersebut dapat dihasilkan dengan lebih menarik dan efektif melalui persembahan tiga dimensi yang mampu dikawal oleh pengguna
o    

  • Filem dan hiburan

o   Contoh : jurassic park, terminator, titanic, independent day, dinasour, hollow man merupakan filem yang membawa animasi komputer kepada tahap yang baru dalam industri perfileman.
o   Ia mempunyai elemen animasi yang mendapat perhatian ramai dan mampu meraih keuntungan yangbesar memandangkan ianya menjanjikan sesuatu yang baru, dinamik dan mengkagumkan.

  • Simulasi penerbangan

o   Seseorang pengaturcara dan animator mampu menghasilkan satu keadaan yang memamparkan keadaan atau situasi penerbangan masa nyata dengan menggunakan animasi dan konsep simulasi.
o   Dengan membentuk kamera yang menunjukkan pemandangan melalui tingkap kokpit,seseorang juruterbang dapat berlatih memandu sepertimana di dalam keadaan sebenar.
o   Juruterbangbpelatih juga akan didedahkan kepada gangguan yang sering dihadapi oleh seseorang juruterbang yang sebenar sperti kapal terbang lain yang berlepas dan mendarat,gangguan cuaca dan sebagainya.
o   Ini semua telah membawa era baru dalam bidang pendidikan dan latihan yang mana ianya membolehkan sesuatu

  • Perubatan
    • Seseorang doktor akan mengalami kesukaran sekiranya kajian yang hendak dilakukan melibatkan anggota dalaman  tubuh seseorang manusia.
    • Sejak komputer digunakan dengan meluas, setiap organ didalam badan manusia boleh dimodelkan serta dianimasikan.
    • Ini seterusnya membolehkan para doktor melihat model-model ini seta berpeluang menjelajah bahagian-bahagian pada tubuh seseorang pesakit yang akan dibedah.
    • Ini juga membolehkan gambaran yang lebih meluas mengenai pembedahan yang akan dilaksanakan diperolehi dan sekaligus akan meningkatkan tahap kejayaan sesuatu proses pembedahan.


Thursday, February 20, 2014

Performance Animation

  • Puppetry(anak patung) adalah teknik lama dalam performance animation
  • Idea asas adalah menggunakan puppet / aktor yang memakai kostum
  • Apabila diaplikasi secara animasi computer 3D, mempunyai dua modality
    • Live motion captured 
    • Processes motion captured 
  • Apabila dilaksanakan dengan kemahiran, ia akan menghasilkan pergerakan lebih segar dan semulajadi pada live performance

Animatronics

  • Merupakan model yang dikawal oleh komputer dan boleh dianimasikan secara masa nyata
  • Sistem kawalan pergerakan mempunyai komponen mekanikal dan elektronik dan biasanya terdiri daripada metal-joined armature yang dilitupi dengan kulit sintetik dan bergerak menggunakan servomotors
  • Pergerakan animatronics biasanya telah diprogramkan menggunakan perisian forward and inverse kinematic yang mana ia boleh diulang berkali-kali dan dimodifikasi sebaik sahaja disimpan sebagai dalam komputer (digital information)

Stop Motion Animation (Clay)

  • Juga dikenali sebagai stop motion photography
  • Telah ditemukan oleh Stuart Blakton pada tahun 1906
    • melukis facial expression seorang tokoh di papan tulis
    • kemudian beliau mengambil gambar dengan still camera
    • seterusnya memadamkan lukisan tersebut dan
    • melukis kembali facial expression yang lain pula
  • Dulu : model dibina menggunakan clay(tanah liat) 
  • sekarang : sambungan wayar-wayar dan ditutupi dengan kulit getah 
  • Mengandungi animasi untuk jointed model dan rakaman posisi/ kedudukan yang berlainan pada satu frame 
    • Contoh untuk filem : 
      • Wallace & Gromite, Chicken Run 
      • King Kong, Jason and The Agronouts (visual effect)




Hand-Drawn Animation

-    Juga dikenali sebagai cel animation atau 2D  animation
-    melibatkan beberapa proses yang berturutan :
1. Pencil Drawing : proses melukis
2. Pencil Test : memastikan lukisan yang dihasilkan berjaya memenuhi setiap animasi yang terlibat dan memastikan bahawa lukisan adalah kemas contohnya saiz line yang digunakan
3. Clean-Up : merupakan proses untuk menyamakan standard keseluruhan gaya/style lukisan dari segi penggunaan keyframe dan in-Betweening (contohnya ramai animator yang terlibat dalam satu projek, jadi gaya setiap animator adalah berbeza)
4. Ink & Paint : proses untuk memasukkan warna line dan fill





Terdapat tujuh jenis animasi

  • Hand-Drawn Animation
  • Stop Motion Animation
  • Animatronic
  • Performance Animation
  • Character Animation
  • Efects Animation
  • Visual Effects Animation for Live Action

Tuesday, February 11, 2014

ANIMASI BUKAN SEKADAR KARTUN



PASARAN... Siri animasi televisyen, Upin dan Ipin, keluaran Les Copaque, kini berjaya tembusi pasaran antarabangsa. Evolusi animasi negara kian menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Daripada kurangnya keyakinan masyarakat terhadap hala tuju dunia berkenaan, akhirnya ia beralih sebagai sumber dikenalpasti penting menjana pertubuhan ekonomi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemunculan dua kanak-kanak lelaki dengan gelagat tersendiri, Upin dan Ipin, di TV9 pada tahun 2007, bukan sahaja menjadi fenomena malah menyuntik "nafas baru" kepada industri animasi negara.
Ketika itu, sama ada di kedai kopi, pusat membeli-belah atau di mana sahaja lokasinya, karakter dua kanak-kanak lelaki itu menjadi antara perbualan hangat diperkatakan.
Minat? Bukan sekadar merangkumi anak-anak kecil malah si dewasa turut serta. Akan bagaimanapun, ini tidak bererti menerbitkan sentimen "diskriminasi" kepada siri animasi televisyen atau filem cereka animasi sebelum ini.
Karya seperti Usop Sontorian, Anak-anak Sidek pernah membibitkan kehangatan luar biasa kepada industri animasi negara. Cuma, ia agak sepi seketika dan kemunculan Upin dan Ipin mula membuka mata akan potensi kreativiti animasi tempatan.
Namun begitu, situasi demikian akhirnya menyebabkan ramai antara kita merumuskan bahawa 'animasi adalah kartun dan kartun adalah animasi'. Walhal, animasi adalah satu bidang yang sangat luas dan tidak sekadar terhad kepada dunia kartun sahaja.
KALAU LUAS, MENGAPA HANYA KARTUN?
Hasil daripada temuramah bersama beberapa peserta yang menyertai Seminar Animasi anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sempena Hari Seniman baru-baru ini, didapati ramai tidak menyedari kewujudan cabang lain dalam animasi.
"Sebelum ini, saya ingat dunia animasi hanyalah kepada skop kartun sahaja. Tambahan pula, media dilihat lebih memberi fokus kepada kartun sehingga timbulnya persepsi sedemikian.
"Melalui forum, baru saya tahu bahawa animasi ini cabangnya sangat luas dan pengetahuan ini amat bermakna kerana akan membantu saya memilih kursus nanti," kata Amran Saifuddin yang bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang animasi kepadaBernama baru-baru ini.
Bagi Rozaina Hamid pula, beliau sedikit mempertikaikan kewujudan cabang lain dalam dunia animasi.
"Sekiranya luas, mengapa hanya "kartun" sahaja yang lebih dipopularkan? Mengapa lain tidak popular? Adakah ia (cabang lain) tidak berpotensi tinggi?," kata Rozaina.
Menyentuh perkara itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Aswara, Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq berkata, situasi ini wujud bukan disebabkan cabang lain animasi tidak berpotensi tinggi tetapi bisnes animasi di sini lebih tertumpu kepada siri animasi televisyen dan filem cereka animasi.
"Majoriti penonton gemarkan kartun, jadi animasi berkenaan menjadi pilihan pasaran. Lagipun, siri animasi televisyen atau filem cereka animasi bukan sahaja diminati kanak-kanak malahan remaja," katanya.
ANIMASI BUKAN SEKADAR HIBURAN SAHAJA

Merujuk kepada definisi animasi itu sendiri:"Animasi adalah satu siri gambar still (lukisan atau potongan foto), yang mana selepas dirakam satu persatu dan diperlihatkan melalui monitor, akan mendatangkan ilusi pergerakan,".
(Definisi diubahsuai untuk era digital, dipetik daripada kertas kerja penulis skrip dan pengarah filem bebas, Hassan Abd Muthalib ketika membentangkannya di Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Minggu Sastera Kebangsaan pada Nov, 2000).
Sekadar membaca definisi animasi, jelas menunjukkan ia langsung tidak menyentuh bidang itu tertakluk kepada dunia kartun sahaja.
Malah, stigma ramai yang menganggap bahawa animasi adalah berkait rapat dengan 'hiburan' perlu dikikis kerana ia juga melibatkan profesion serius seperti seni bina, kejuruteraan, perubatan dan penerbangan.
Dikenali sebagai "scientific visualization" kerana ia membabitkan pengiraan tepat, Ahmad Rafi berkata animasi telah digunakan untuk mendapatkan ramalan dan jangkaan terhadap sesuatu projek atau perancangan.
"Simulasi adalah satu daripada kaedah di bawah animasi. Ia digunakan untuk mengandaikan apa yang telah dan akan berlaku sekiranya mengambil sesuatu keputusan.
"Sebagai contoh, persediaan menghadapi bencana seperti kes tsunami. Tidak ada jalan lain kecuali menggunakan simulasi berkomputer dengan input fizik untuk menilai sekiranya ombak setinggi ini, bangunan atau ruang mana akan roboh dahulu.
"Ia turut digunakan dalam bidang seni bina, warisan, reka bentuk bandaran, automotif, perubatan dan sebagainya," katanya sambil menjelaskan bahawa bidang pengiklanan juga adalah satu profesion yang tidak ketinggalan menggunakan animasi.
Selain itu, "animasi" juga telah menjadi satu komponen penting dalam kalangan syarikat bermotifkan pendidikan di negara ini yang juga dikenali sebagai "edutainment".
Memandangkan sektor pendidikan adalah satu bidang sangat besar, animasi telah digarapkan sebagai medium interaktif untuk mencetuskan minat pembelajaran anak-anak. Bukan sekadar itu, tetapi filem, kandungan telefon mudah alih dan permainan "games" adalah antara cabang animasi yang semakin meningkat pantas.
"Data keseluruhan khasnya di negara maju menunjukkan 'games' adalah penyumbang utama ekonomi berpendapatan tinggi. Tetapi di Malaysia pembangunan kandungan berbentuk 'games' masih di tahap rendah walaupun berpotensi maju kehadapan," kata Ahmad Rafi.
KERAJAAN KOMITED BANGUNKAN INDUSTRI KREATIF
Animasi, yang adalah antara satu cabang dalam industri kreatif dikenalpasti berpotensi besar menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Atas faktor itu, industri kreatif yang berpaksikan kepada tiga skop utama iaitu, Multimedia, Seni Budaya dan Warisan Budaya telah diberi penekanan serius oleh kerajaan menerusi penggubalan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN).
Dengan memperuntukan sejumlah RM200 juta, DIKN diharap memberi peluang kepada kelompok masyarakat berbakat terutama generasi muda untuk berkarya sama ada dalam aspek multimedia, seni budaya atau warisan budaya dalam menghasilkan sesuatu kreatif.
Selain itu, terdapat juga beberapa agensi kerajaan yang turut berperanan memartabatkan industri kreatif negara ini, termasuklah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)dan Multimedia Development Corporation (MDeC).
Mengenai bantuan MDeC kepada penggiat animasi, Naib Presiden Jabatan Kreatif Multimedia, MDeC, Kamil Othman berkata sebanyak RM75juta diperuntukkan untuk usahasama "co-production" di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
MDeC yang diwujudkan serta dipertanggungjawabkan oleh kerajaan sebagai pemangkin bagi melahirkan lebih ramai tenaga dalam industri multimedia kreatif juga telah membantu penggiat amatur dan profesional menyediakan tempat bagi mereka berkarya.
"Menerusi MaC3 (Pusat Animasi dan Kandungan Kreatif), penggiat amatur yang tidak mempunyai pejabat, boleh menyewa di sini dengan kadar harga berpatutan. Malah segala kelengkapan termasuk 'rendering farm' turut disediakan.
"Antara syarikat yang menggunakan kemudahan ini ialah Animonsta Studios yang menerbitkan BoBoi Boy," katanya.
Bagi mempromosikan karya animasi tempatan di luar negara, MDeC turut membawa penggiat ke MIPCOM, platform khusus untuk pasaran program TV dan hiburan yang diadakan setahun sekali di Cannes, pada bulan Oktober setiap tahun.
Tidak sekadar itu, MDeC turut menganjurkan 'Intellectual Property Creators Challenge' (IPCC) sejak tahun 2006 bagi mencungkil bakat baru dalam dunia animasi tempatan. Setakat ini, sebanyak 126 penggiat animasi telah dibantu MDeC melalui proram ini.
Untuk RMK-10, tumpuan akan diperluaskan kepada penggunaan teknologi animasi kandungan pendidikan, latihan dan kebudayaan, yakni tidak hanya tertumpu kepada bidang hiburan semata-mata.
SALADIN THE ANIMATED SERIES, KARYA KEBANGGAAN NEGARA
Adalah produk kreatif pertama terbitan MDeC, siri animasi televisyen, "Saladin the Animated Series", yang bekerjasama dengan Saluran Kanak-Kanak Al Jazeera (JCC) berpangkalan di Qatar, membuka mata negara luar terhadap potensi animasi negara.
Bukan sahaja ditayangkan di negara ini menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta pangkalan luar di negara-negara Arab, malah siri animasi itu berjaya diedarkan lesen penyiarannya di seluruh dunia. Menurut Pengurus Projek Saladin, Shahrain Jamaluddin: "Antara pembeli lesen penyiarannya adalah Cartoon Network Asia, RCTI Indonesia, ATV Turki dan pengedar antaranbangsa seperti Licenseworks untuk benua India, MondoTV untuk Eropah-Russia-Selatan Afrika,".
Saladin The Animated Series juga berjaya memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah Karyawan Animasi 2011 anjuran Animas dan Accolade Competition Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat.- BERNAMA

Tuesday, January 7, 2014

KENALI ANIMASI

Apa itu animasi?

Secara umumnya, Animasi berarti menghidupkan atau membuat bergerak
• Menganimasi bermakna menggerakkan objek agar menjadi hidup / bergerak.
• Membuat animasi dapat berupa menggerakkan gambar / lukisan sketsa tangan, boneka atau objek tiga dimensi
• Animasi berasal daripada perkataan latin bermaksud dihidupkan (bring to life)
• Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka

– animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup.
• Computer Animation Dictionary

– animasi sebagai satu proses membentuk ilusi pergerakkan di dalam filem atau video menerusi gabungan gambar-gambar atau pun gabungan pergerakan yang direkod daripada kerangka-kerangka imej.
• Animasi berasal dari dari dunia foto, ilustrasi rekabentuk grafik (komunikasi visual).
• Animasi merupakan suatu media yang lahir dari dua disiplin (konvensi), iaitu film dan gambar.

Friday, January 18, 2013

12 Prinsip Asas Animasi


Dunia animasi telah pun dipelopori oleh Walt Disney sekian lama sehingga mereka berjaya menghasilkan prinsip-prinsip asas bagi menghasilkan animasi yang baik dan berkualiti. Prinsip ini telah diperkenalkan oleh Disney animators, Ollie Johnston dan Frank Thomas di dalam buku mereka yang bertajuk The Illusion of Life: Disney Animation pada tahun 1981.




Terdapat 12 prinsip utama yang ditekankan oleh mereka.


1. Squash and Stretch.


Squash and Stretch ini memberi kesan ilusi kepada objek-objek tertentu supaya kelihatan lebih realistik apabila ianya bergerak. Sebagai contoh, kita boleh aplikasikan prinsip di atas kepada pergerakan lantunan bola. Pergerakan yang realistik akan memperlihatkan bola tersebut kelihatan normal (bulat) sebelum ia melantun kemudian




berlaku regangan ketika melantun. Squash and Stretch juga sesuai diaplikasikan pada ekspresi muka bagi memperjelaskan emosi yang lebih asli dan original. Pergerakan atau regangan otot tubuh manusia /binatang di dalam animasi juga bersandarkan prinsip di atas.


2. Anticipation

Anticipation adalah satu prinsip yang diguna pakai di dalam animasi ketika aksi sebenar belum berlaku. Sebagai satu contoh mudah, ialah, aksi seorang pemain golf. Seseorang pemain itu tidak akan terus memukul bola tersebut tanpa ada aksi sebelumnya. Aksi sebelum ini bermaksud tindakan yang dilakukan sebelum ia memukul bola tersebut contohnya beliau akan mengangkat kayu golf tersebut ke atas sebelum menghayunnya ke arah bola.




Di dalam animasi, prinsip ini memberi penonton idea apa yang akan sebenarnya berlaku dan ianya boleh ditambah dengan aksi-aksi komedi yang boleh menarik perhatian. Ekspresi wajah yang memandang ke arah lain sebelum memandang ke objek sebenar juga mendukung prinsip ini.


3. Staging
Staging merupakan konsep di mana meletakkan sesuatu (aksi, scene, dll) danmenjadikan ia sebagai satu daya tarikan kepada penonton.





Pelbagai cara boleh dilakukan dengan mengawal cahaya, me"frame"kan watak atau aksi, kedudukan kamera dan pelbagai lagi.



4. Straight ahead action and pose to pose

Pendekatan kedua-dua prinsip ini adalah berbeza kerana ianya bermula daripada asas menghasilkan animasi itu sendiri. Straight ahead action adalah lukisan yang dilukis di atas kertas yang melibatkan setiap pergerakan yang berlaku di dalam proses animasi tersebut. Prinsip ini banyak diguna pakai di awal pembikinan animasi. Masalah yang timbul dengan prinsip ini adalah untuk mengekalkan reka bentuk asal
watak tersebut bagi memastikan kelancaran pergerakannya.
Pose to pose pula hanya melukiskan beberapa pergerakan penting dan tidak terperinci seperti prinsip asal di atas. Pose to pose menekankan aspek emosi dan kompisisi untuk menjadikan ianya lebih dramatik. Animasi berkomputer berjaya menambahbaik kekosongan yang ditinggalkan di dalam straight ahead action dan juga menggabungkan prinsip pose to pose untuk penghasilan animasi yang lebih berkualiti.


5. Follow through and Overlapping Action

Kedua-dua prinsip ini melibatkan pergerakan animasi atau watak menjadi lebih realistik. Prinsip follow through adalah melibatkan pergerakan anggota badan karakter yang berlaku walaupun karakter tersebut telah pun berhenti bergerak. Contohnya watak Boboboy yang berhenti berlari tetapi tangannya masih lagi bergoyang-goyang.

Overlapping Action pula melibatkan pergerakan lain mengikuti pergerakan badan karakter. Contohnya watak Mat di dalam animasi The Kampung Boy. Ketika beliau mula berlari, badannya akan bergerak terlebih dahulu, kemudia baru diikuti dengan pergerakan kain pelikatnya pula.Aksi-aksi yang overacting boleh menghasilkan pergerakan tersebut menjadi komedi yang baik.



6. Slow in and Slow Out

Prinsip ini memberi pergerakan karakter lebih dinamik dan asli. Pengurangan bilangan lukisan di awal scene akan mempercepatkan pergerakan karakter manakala aksi karakter ditengah dilukis dengan kadar bilangan sederhana, manakala pada ending scene pergerakan dilukis dengan dengan lebih banyak bilangannya untuk memperlahankannya.



7. Arcs


Pergarakan straight line


Pergerakan dalam lengkungan Semua aksi, (kecuali pergerakan alatan mekanikal) bergerak di dalam bentuk lengkungan. Pergerakan ini memberikan animasi bergerak secara lebih realistik.


8. Secondary Action




Secondary Action memberikan watak animasi lebih hidup. Ianya melibatkan pergerakan tambahan bagi sesuatu pergerak atau emosi. Sebagai contoh, watak seorang lelaki yang sedang marah sambil berjalan. Pergerakannya harus memperlihatkan sebagai marah. Tangannya digenggam sambil menghayun ke depan dan belakang, langkah kakinya laju, selari dengan ekspresi muka dan emosinya.


9. Timing

Timing merupakan bilangan lukisan atau frame yang perlu dilukis untuk menghasilkan pergerakan animasi. Timing amat penting bagi menghasilkan mood, emosi dan reaksi sesuatu watak itu.



10. Exaggeration

Prinsip ini menekan kesan yang dilakukan oleh watak bagi meyakinkan penonton terhadap aksi atau pergerakan yang dibuat. Aksi-aksi yang terbabit boleh melibat ekspresi muka, perasaan, perbuatan atau pun pose.




Sebagai contoh, pergerakan di dalam filem adalah pergerakan biasa yang dibuat oleh manusia sebagai contoh, berlari, berjalan dan lain-lain. Animasi boleh dibuat dengan meniru pergerakan biasa tersebut tetapi dengan prinsip ini, ia boleh dibuat secara melebih-lebih atau melampau.


11. Solid Drawing


Seorang animator harus memahami konsep melukis secara tiga dimensi, mewarna,penggunaan cahaya dan lain-lain. Semua kemahiran ini semakin menjadi lebih mudah dengan bantuan komputer.



12. Appeal



Appeal adalah salah satu prinsip yang sama seperti karisma yang ada pada seorang pelakon. Appeal memberi satu tafsiran yang lebih mendalam terhadap sesuatu karektor. Contohnya watak Superman perlu ada ciri-ciri keheroannya, Megatron dengan watak jahatnya, Bugs Bunny dengan watak nakalnya dan lain-lain lagi.

INFO TERKINI !!!

WAQAF PENDIDIKAN PEYATIM

1.2 Juta Ringgit Malaysia akan di guna bagi membangun bangunan keusahawanan UCB di setiu, Terengganu . Semua wang ini datang dari hasil Wa...