Showing posts with label KOMUNIKASI. Show all posts
Showing posts with label KOMUNIKASI. Show all posts

Monday, December 21, 2015

PERANTI KOMUNIKASI (COMMUNICATIONS DEVICES)

  • Ialah jenis perkakasan yang cekap menghantar data, arahan dan maklumat antara peranti menghantar dan peranti menerima.
  • Kadang-kadang, peranti komunikasi juga menukar data, arahan dan maklumat dari isyarat analog ke digital, bergantung pada peranti dan media terlibat
  • Jenis peranti komunikasi ialah :
    • Dial-up modem
    • ISDN dan DSL modems
    • Cable modems
    • Network Interface Cards / Network Cards
    • Wireless Access Points
    • Routers
    • Hubs
  • Modem
    • Juga dipanggil dial-up modem
    • Modem diwujudkan dari kombinasi perkataan, modulasi-demodulasi
      • Modulasi (Modulation) – proses yang menukar isyarat digital kepada analog
      • Demodulasi (Demodulation) – proses yang menukar isyarat analog ke digital
  • Saluran komunikasi mesti mempunyai modem untuk transmisi data berlaku
  • Modem : peranti luaran (external) dan dalaman (internal) 
  • Modem luaran ialah peranti yang dipasang pada port siri khas, seperti RS-232, pada komputer dengan talian telefon standard disambung ke tempat keluar telefon
  • Modem dalaman ialah kad yang dimasukkan ke slot tambahan (expansion slot) pada papan induk (motherboard) komputer
  • Sesetengah pengguna bergerak (Mobile Users) mempunyai modem tanpa wayar (wireless modem) yang membenarkan capaian ke Web tanpa wayar dari notebook dan handheld computer, telefon selular dan peranti mobile lain
  • Modem ISDN dan DSL
    • Modem digital (digital modem) ialah modem yang hantar dan menerima data dan maklumat ke dan dari talian telefon digital seperti ISDN dan DSL
  • ISDN – rangkaian digital khidmat bersepadu
    • Modem ISDN, dipanggil ISDN adapter, hantar data digital dan maklumat dari komputer ke talian ISDN dan menerima data digital dan maklumat dari talian ISDN – digunakan oleh organisasi kecil dan individu
  • DSL – Talian Pelanggan Digital 
    • Modem DSL hantar data digital dan maklumat dari komputer ke talian DSL dan menerima data digital dan maklumat
  •  Modem Kabel (Cable Modems)
    • Juga dipanggil broadband modem – Modem Jalur Lebar rangkaian
    • Ialah modem digital yang hantar dan terima data digital melalui kabel televisyen (CATV)
    • Biasanya boleh menghantar data pada kelajuan yang lebih pantas berbanding sambungan modem atau ISDN
  •  Modem Tanpa Wayar (Wireless Modems)
    • Digunakan oleh pengguna bergerak yang membenarkan capaian internet
    • Mempunyai antenna, biasanya menggunakan gelombang yang sama dengan telefon bimbit seperti kad PC dan kad Flash 
  • Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card)
    • Ialah kad penyesuai (adapter card) atau kad PC yang membolehkan komputer / peranti mencapai rangkaian
    • NIC menyelaras transmisi dan penerimaan data, arahan dan maklumat ke dan dari komputer / peranti yang mengandungi NIC
    • NIC wujud dalam pelbagai corak 
    • NIC bekerja dengan teknologi rangkaian seperti Ethernet / token ring
    • Kadar penghantaran pada rangkaian Ethernet ialah 10 Mbps, 100 Mbps atau 1000 Mbps (1Gbps)


KOMUNIKASI MELALUI RANGKAIAN TELEFON



  • PSTN (Public Switched Telephone Network) ialah sistem telefon yang mengawal panggilan telefon berorentasikan suara 
  • Berikut merupakan jenis sambungan :
    • Dial-up Lines
    • Dedicated Lines
    • ISDN Lines
    • DSL (Digital Subscriber Line)
    • T-Carrier Lines
    • Asynchronous Transfer Mode
  • ISDN Lines (Integrated Services Digital Network)
    • Ialah set standard untuk transmisi digital data melalui talian telefon standard
    • Dengan ISDN, talian telefon boleh membawa 3 atau lebih isyarat melalui talian yang sama, menggunakan teknik multipleksan (multiplexing)
    • Untuk perniagaan kecil dan pengguna rumah
  • Dail – Up Lines
    • Sambungan sementara yang menggunakan satu atau lebih talian telefon
    • Penggunaan yang hamper sama seperti panggilan memlaui telefon
    • Modem pada penghantar akan mendail nombor telefon bagi modem penerima 
    • Apabila modem penerima menajawab maka data boleh dihantar.
  • DSL
    • Talian digital alternative bagi pengguna rumah atau perniagaan kecil
    • Menghantar data pada kelajuan yang pantas menggunakan wayar telefon tembaga yang standard.
    • Untuk menyambung pada DSL, pengguna mesti ada network cards” yang khusus dan modem DSL (hamper sama dengan ISDN modem tapi berbeza dengan dail-up modem)
    • Tidak semua kawasan membekalkan khidmat DSL kerana syarikat telefon tempatan tidak menyedikan teknologi ini.
    • Jarak antara syarikat modem DSL dengan modem pengguna mesti dalam lingkungan 3.5 batu.
    • ADSL (Asymmetric Digital Subscriber line) merupakan satu jenis DSL yang popular yang menyokong kadar penghantaran lebih pantas.
    • ASDL sesuai untuk capaian internet.



Sunday, December 20, 2015

PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI






Berikut merupakan teknologi komunikasi :
1. Internet
2. Web
3. E-mail
4. Instant Messaging
5. Chat Room
6. Newsgroup
7. FTP
8. Web Folders
9. Video Conferencing
10. Fax machines atau computer fax / modem
Internet
  • Koleksi rangkaian yang menghubungkan berjuta-juta perniagaan, jabatan agensi, institusi pendidikan dan individu
Web
  • Koleksi dokumen elektronik di Internet yang boleh dicapai melalui Web browser
E-mel (E-mail –Electronic Mail)
  • Ialah menukarkan teks mesej dan penghantaran fail komputer melalui rangkaian komunikasi seperti Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) atau Internet
  • Peranti komunikasi menghantar mesej e-mel ke dan daripada komputer / terminal pada rangkaian yang sama atau berlainan
  • Untuk menghantar dan menerima mesej e-mel, perisian e-mel perlu dipasang (installed) pada komputer

Mesej Segera (Instant Messaging) (IM)

  • Ialah perkhidmatan komunikasi internet masa sebenar yang memberitahu anda bila satu / lebih manusia berada dalam talian dan membenarkan anda untuk bertukar mesej atau fail di antara mereka atau sesiapa yang menyertai ruang sembang (chat room) peribadi.
  • Manusia boleh menggunakan IM pada semua jenis komputer, termasuklah komputer meja (dekstop computers), wireless Web-enabled handheld computer dan peranti.

Ruang Sembang (Chat Rooms)

  • Ruang sembang membenarkan pengguna bertutur dalam masa sebenar dengan yang lain melalui komputer bila disambungkan ke Internet
  • Sesetengah ruang sembang menyokong sembang suara (voice chats) dan sembang video (video chats), bila anda dengar dan lihat yang lain, maka mereka boleh dengar / lihat anda semasa dalam ruang sembang
  • Sembang radio (radio chats) memainkan muzik semasa bersembang

Kumpulan Berita (Newsgroups)

  • Juga dipanggil threaded discussion, ialah kawasan pada Web dimana pengguna mengawal perbincangan bertulis tentang kursus tertentu
  • Perbezaan antara ruang sembang dan kumpulan berita ialah ruang sembang adalah perbincangan langsung (live conversation), manakala kumpulan berita tidak
  • Sesetengah manusia menggunakan sinkroni (synchronous) untuk merujuk ke komunikasi langsung masa sebenar (real-time live communications) dan tidak sinkroni (asynchronous) merujuk ke komunikasi yang bukan masa sebenar
  • Dgn menggunakan teknologi tersebut, maka chat room ialah sinkroni (synchronous) dan kumpulan berita ialah tidak sinkroni (asynchronous)

FTP

  • Internet standard yang membenarkan pengguna untuk upload dan download fail ke dan dari server di Internet

Sidang Video (Videoconferencing)
  • Perjumpaan di antara 2 / lebih individu berlainan geografi yang menggunakan rangkaian untuk menghantar audio dan data video
  • Membenarkan peserta bekerjasama jika mereka dalam ruang yang sama
  • Sidang video juga popular diguna untuk sokongan teknikal, temuduga kerja, pembelajaran jarak jauh dan telekomunikasi
  • Persidangan Web (Web conference) ialah sistem persidangan yang menggunakan Internet Web Browser dan Web Server ke pengirim perkhidmatan

Faks (Faxs)
  • Mengandungi tulisan tangan / teks bertaip, ilustrasi, fotografi / grafik lain
  • Penggunaan modem faks komputer lebih menjimatkan dan efisien berbanding mesin faks tersendiri (stand-alone fax machine)
  • Ia juga bukan hanya menjimatkan kertas, malahan modem faks komputer membenarkan anda menyimpan fak yang diterima pada komputer
  • Juga boleh menggunakan program e-mel untuk menghantar faks ke lain
  • Digunakan oleh kebanyakan syarikat besar, seperti syarikat insurans

Penggunaan komunikasi yang lain ialah :

1. Internet telephony

2. Internet printing

3. Web services

4. Collaboration

5. Groupware

6. Public Internet access points

7. Cyber cafes

8. Global Positioning Systems

9. Voice Mail

10. Short Message Service


Internet Telephony
  • Juga dipanggil Voice over IP (VoIP)
  • Membenarkan pengguna untuk bercakap dengan pengguna lain melalui internet
  • Internet Telephony menggunakan internet untuk menghubungkan pihak memanggil (calling party) dan satu / lebih yang dipanggil pelbagai pihak (parties)

Bekerjasama (Collaboration)


  • Banyak produk perisian menyediakan kerjasama / kerja dengan pengguna lain berhubung ke pelayan (server)
  • Dengan Microsoft Office XP, anda boleh mengawal mesyuarat / perjumpaan atas talian (online meeting)
  • Online meeting membenarkan anda berkongsi dokumen dengan yang lain dalam masa sebenar

Groupware


  • Ialah aplikasi perisian yang membantu kumpulan manusia bekerjasama dan berkongsi maklumat melalui rangkaian
  • Juga merupakan komponen konsep luas, dipanggil pengkomputeran kumpulan kerja (workgroup computing), termasuklah perkakasan rangkaian dan perisian yang membenarkan rakan kerja berkomunikasi, mengurus projek, menskedul perjumpaan, dan membuat keputusan
  • Menyediakan fungsi Personal Information Manager (PIM) seperti kalendar elektronik, buku alamat, dan notepad
  • Ciri utama groupware ialah penskedulan kumpulan, kumpulan kalendar mana perlu menjejak jadual / menskedul banyak pengguna dan membantu mengawal masa perjumpaan 

Global Positioning System (GPS)
  • Terdiri dari 1 / lebih penerima yang menerima dan analisis isyarat hantar melalui satelit dalam susunan yang menentukan lokasi geografi penerima 
  • GPS mempunyai banyak kegunaan :
    • menempatkan manusia / objek
    • memastikan jalan terbaik antara titik
    • mengawas pergerakan manusia / objek 
    • membina peta

Mel Suara (Voice Mail)

  • Berfungsi seperti mesin menjawab, membenarkan pemanggil meninggalkan mesej suara yang dipanggil pihak (party)
  • Kotak Mel Suara (Voice Mailbox) – lokasi storan pada komputer dalam sistem mel suara


Short Message Service (SMS)

  • SMS bermaksud untuk smart phone, celullar telephone atau pengguna PDA untuk hantar dan terima mesej pada peranti mereka 

APA ITU TEKNOLOGI KOMUNIKASI?


  • Komunikasi komputer menerangkan proses yang mana dua atau lebih komputer menghantar data, arahan, dan maklumat ke komputer lain
  • Untuk komunikasi yang baik memerlukan :
    • Peranti menghantar memulakan arahan untuk memindahkan data, arahan / maklumat
    • Peranti komunikasi yang menghubungkan peranti menghantar ke saluran komunikasi
    • Saluran komunikasi atau media transmisi
    • Peranti komunikasi yang menghubungkan saluran komunikasi untuk peranti penerima
    • Peranti penerima menerima transmisi data, arahan / maklumat



  • Isyarat Analog terdiri daripada gelombang elektrik berterusan
  • Isyarat Digital terdiri daripada perwakilan komputer bit ke bait
  • Sejenis peranti komunikasi yang menghubungkan saluran komunikasi ialah modem
  • Modem disambungkan ke komputer menukar isyarat digital komputer ke isyarat analog
  • Isyarat analog dihantar melalui saluran komunikasi seperti talian telefon
  • Pada akhir penerimaan, modem akan menukar isyarat analog ke isyarat digital yang mana penerima boleh dikenalpasti

INFO TERKINI !!!

WAQAF PENDIDIKAN PEYATIM

1.2 Juta Ringgit Malaysia akan di guna bagi membangun bangunan keusahawanan UCB di setiu, Terengganu . Semua wang ini datang dari hasil Wa...