Showing posts with label MULTIMEDIA. Show all posts
Showing posts with label MULTIMEDIA. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

MULTIMEDIA DALAM KES MH17


Keguaan multimedia dalam memberi gambaran dalam sesuatu kejadian adalah amat penting, penggunaan sistem simulasi dalam kes MH17 telah memberi gambaran kepada masyarakat berkaitan kejadian penerbangan pesawat MH17 dan beberapa kes yang lain.
Beginilah impact yang terjadi pada pesawat MH17 yang telah ditembak jatuh. Pesawat tersebut ditembak jatuh oleh sistem rudal BUK buatan Rusia. kejadian tembakan terjadi pada 17 Julai 2014, saat pesawat Boeing 777 (9M-MRD) dengan 280 penumpang dan 15 kru, penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur, dan jatuh di 50NM barat laut Donetsk, timur Ukraina.
Pesawat itu ditembak oleh rudal Buk surface-to-air 9M38-series dengan hulu ledak 9N314M yang menghantam left hand side of the cockpit.
Disini menunjukkan bahawa kegunaan multimedia dalam dunia ini amat penting sebagai bantuan kepada pihak-pihak tertentu dalam menyelesaikan kes-kes yang besar dan rumit.


Monday, March 31, 2014

MEMBINA PROJEK MULTIMEDIA





Langkah untuk Membangunkan Projek Multimedia

-      Kebanyakan projek multimedia dan web mesti dibangunkan langkah demi langkah
-    Sesetengah langkah mesti diselesaikan sebelum langkah yang lain dan ada langkah yang boleh diabaikan/ skip atau digabungkan.

Empat langkah asas dalam membangunkan projek multimedia ialah:

1.   Planning and Costing (Perancangan dan Belanjawan)


  • Projek bermula dengan idea atau keperluan yang didapati daripada menyenaraikan mesej dan objektif yang ingin disampaikan
  • Menentukan/mengenalpasti bagaimana setiap mesej dan objektif dapat dicapai menggunakan sistem pengarangan
  • Merancang apa writing skills, graphic art, music, video dan kepakaran multimedia lain yang diperlukan
  • Menganggarkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan elemen multimedia dan menyediakan bajet
  • Membina short “prototype” atau “proof-of-concept”
  • Memulakan projek tanpa merancang biasanya menyebabkan false start dan membazirkan masa –  meningkatkan kos pembangunan

2.   Designing and Producing (Rekabentuk dan Pengeluaran)

  • Melaksanakan setiap langkah tugas yang telah dirangcangkan untuk menghasilkan finished product
  • Pada langkah ìni, banyak sesi maklumbalas dengan klien perlu dibuat sehingga klien berpuas hati dengan hasilkerja.

3.   Testing (Pengujian)

  • Sentiasa uji program untuk memastikan :
    • ia mencapai objektif projek
    • boleh dilaksanakan dengan baik pada platform penghantaran (delivery platforms)
    • memenuhi kehendak klien atau pengguna akhir

4.   Delivering (Persembahan/ Penghantaran)

  • Pakejkan dan hantar projek kepada pengguna


Keperluan Projek Multimedia
  • Perlukan perkakasan, perisian dan idea yang baik untuk membina projek multimedia
  • Perkakasan
    • Platform yang biasa diguna untuk produce dan delivering multimedia ialah sistem pengoperasian Apple Macintosh dan Microsoft Windows kerana ramai pengguna di seluruh dunia dan GUI yang baik.
    • Multimedia yang lebih detail juga dibangunkan pada workstation khas contohnya Silicon Graphics, Sun Microsystems malah pada mainframe. 

  • Perisian
    • Memberitahu hardware apa yang perlu dilakukan
    • Banyak jenis software digunakan untuk penghasilan multimedia dan dibahagikan pada dua kategori besar iaitu peralatan pengeluaran dan peralatan pengarangan.
    • Idea yang baik (Kreatif)
    • Aset paling berharga yang boleh dibawa ke multimedia workshop ialah kreativiti.


  • Perlukan  kepakaran dan kemahiran
    • Perlu pengurusan yang baik
    • semasa kerja pembangunan sedang dijalankan, semua bahan-bahan atau cebisan kandungan multimedia mungkin hilang di bawah timbunan kertas yang makin sentiasa bertambah, maka kena uruskan dengan baik bahan-bahan tersebut
Perlukan masa dan kos

    • Mesti menyediakan bajet/ anggaran belanjawan yang betul supaya belanja mencukupi untuk sumber seperti CD-R kosong dan memory/digital storage, urusan yang menggunakan telefon dan bayaran pos serta perkhidmatan lain.
    • Perlukan pertolongan orang lain


  • Pembangunan projek multimedia yang lebih besar, memerlukan team work/pasukan pembangunan
    • Artwork by graphic artist
    • Video shoots by video producer
    • Sound editing by audio producer
    • Programming by programmer

  • Memerlukan peruntukan masa yang lebih (hingga larut malam) dalam membina aplikasi multimedia.



Sunday, March 30, 2014

KEGUNAAN MULTIMEDIA




Multimedia sesuai diguna di mana sahaja antaramuka manusia (human interface) menghubungkan pengguna ke pelbagai jenis maklumat elektronik. Multimedia memperbaiki pengekalan maklumat (information retention) Sistem multimedia yang dibangun dan digabungjalin dengan baik akan jadi sangat menghiburkan 

Multimedia dalam Perniagaan

  • Termasuk pembentangan, latihan, pemasaran, pengiklanan, demo produk, pangkalan data, katalog, mesej segera dan komunikasi rangkaian 
  • Voice mail dan video conferencing biasanya disediakan dalam LAN dan WAN menggunakan rangkaian teragih dan protokol internet
  • Multimedia boleh membuat audien / rasa seperti hidup (nyata)/ come alive.
  • Multimedia digunakan dengan meluas dalam program latihan (training). 
  • Contoh: 
    • Flight attendants : manage terrorism and security through simulation
    • Drug enforcement : using interactive videos and photograph to recognize hiding places on airplanes and ships
    • Mechanics : learn to repair engine
    • Salespeople : product lines and train customers
  • Dokumen presentation dihantar (attached) bersama e-mail dan video conferencing boleh didapati dengan meluas
  • PDA dan cell phone yang menggunakan teknologi komunikasi Bluetooth menjadikan komunikasi dan perniagaan lebih efisyien

Multimedia di Sekolah

  • Sekolah merupakan tempat yang paling memerlukan multimedia
  • Di US, pentadbiran Clinton/Gore mencabar industri telekomunikasi merangkaikan setiap bilik darjah, perpustakaan, klinik dan hospital ke information superhighway. 
  • National Grid for Learning (NGfL) telah membentuk matlamat yang sama untuk sekolah-sekolah di UK
  • Multimedia akan membawa perubahan yang radikal dalam proses pengajaran
  • Perubahan daripada passive-learner ke experiential learning atau active-learner akan berlaku

Multimedia di Rumah

  • Di rumah, multimedia digunakan untuk belajar berkebun, memasak, merekabentuk rumah dan seumpamanya. 
  • Pada akhirnya, kebanyakan projek multimedia akan sampai ke rumah menerusi set TV atau monitor komputer, mungkin dengan pay-for-use basis.
  • Multimedia juga banyak digunakan dalam video games
  • Permainan pay-for-play secara langsung di Internet semakin popular 
  • Di masa depan, apabila kos perkakasan dan tv multimedia semakin mampu dimiliki serta sambungan ke data highway lebih meluas, rumah di waktu itu akan menjadi sangat berbeza à Smart homes

Multimedia di Tempat Awam

  • Contoh kegunaan multimedia di tempat awam ialah di hotel, stesyen keretapi atau LRT, tempat membeli-belah, muzium dan kedai runcit.
  • Multimedia boleh didapati samada di stand-alone terminals atau kiosk untuk sediakan maklumat dan bantuan
  • Multimedia juga boleh didapati di wireless devices contohnya cell phones dan PDA.
  • SMS (Short Message Service) dan MMS (Multimedia Message Service)


Virtual Reality

  • Merupakan penemuan kreatif dalam multimedia
  • Goggles, helmets, special gloves dan bizzare human interface – akan memberi pengalaman persekitaran maya seakan berada dalam kehidupan sebenar
  • Memerlukan terrific computing horsepower untuk nampak realistik
  • Dalam VR, ruang siber (cyberspace) dibentuk oleh beribu objek geometrik yang diplot dalam ruang 3-D 
  • Setiap tindakan atau pergerakan memerlukan komputer untuk mengira semula posisi, sudut, saiz dan bentuk objek
  • Di World Wide Web – piawaian untuk memindahkan (transmit) VR worlds atau scene adalah dalam VRML (Virtual Reality Modeling Language) dengan extension .wrl
  • Flight simulators dibangunkan menggunakan teknologi VR oleh Singer, Redifusion dan lain-lain telah mengkomersialkan penggunaan VR.
  • Di Akademi Marin – simulator yang dikawal oleh komputer diguna untuk mengajar cara memuatkan dan mengeluarkan oil tanker dan container ship yang rumit
  • Sejenis permainan arked telah dibina untuk membolehkan peperangan VR dan pengalaman terbang dirasai 
  • VR ialah lanjutan daripada multimedia – menggunakan elemen asas multimedia iaitu imagery, bunyi dan animasi

CD-ROM DAN LEBUHRAYA MULTIMEDIA



Multimedia memerlukan kapasiti ingatan digital/digital memory yang besar untuk storan dan bandwidth yang besar untuk dihantar melalui wayar, gentian fiber atau gelombang pada rangkaian.


Lebih besar bandwidth dan ‘pipeline’, maka lebih banyak isi kandungan boleh dihantar kepada pengguna akhir dengan cepat.

 

CD-ROM

  •  Compact disk read-only memory
  • Medium penghantaran/pengagihan yang paling kos-efektif untuk projek multimedia 
  • Boleh dihasilkan dalam amaun yang besar dengan harga rendah
  • Boleh memuatkan 80 minit full-screen video atau bunyi
  • Boleh memuatkan campuran unik imej, bunyi, teks, video dan animasi
  • Komputer hari ini dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya satu CD-ROM player
  • Satu CD bersamaan dengan 16 keping atau lebih disket (floppy disk)


DVD-ROM

  • Digital Versatile Disc / Multilayered Digital Versatile Disc
  • Banyak komputer sekarang didatangkan dengan DVD-ROM player
  • Meningkatkan kapasiti dan keupayaan multimedia sehingga 18 GB (biasanya boleh simpan 4.7 GB – 17GB data)
  • CD dan DVD burner digunakan untuk membaca dan membuat disk
  • Bukan saja dari segi kapasiti, kualiti DVD-ROM juga jauh lebih baik daripada CD-ROM kerana imej disimpan pada resolusi tinggi
  • Walaubagaimanapun dalam jangkamasa panjang, CD-ROM dan DVD-ROM dijangka akan digantikan oleh peralatan baru yang tidak memerlukan moving part.
  •  ‘Peralatan’ itu ialah data highway. Dijangka data highway akan membangun dengan pesat, pengguna akan ‘connected’ dengan lebih baik antara satu sama lain dan copper wire, fiber glass dan teknologi selular akan menjadi alat penghantaran untuk fail multimedia interaktif.

Lebuhraya Multimedia

  •  Rangkaian telekomunikasi adalah global
  • Elemen-elemen maklumat (information elements) akhirnya akan dihubungkan di atas talian sebagai sumber-sumber yang disebarkan di lebuhraya data
  • Seluruh isi kandungan daripada buku dan majalah boleh dicapai menerusi modem dan sambungan elektroni
  •  Feature movies dimainkan di rumah
  • Laporan berita terkini dari seluruh dunia
  • Kuliah dijalankan atas talian
  • Boleh lihat peta jalan di seluruh dunia
  • URL di bawah membolehkan capaian kepada maklumat tentang bandar-bandar utama, trip percutian, berita terkini dan restoran boleh didapati dengan cepat di web.

  •  Multimedia interaktif  telah dihantar ke kebanyakan rumah di seluruh dunia




 

DEFINISI MULTIMEDIA

Multimedia :

Kombinasi teks, fotograf, grafik, bunyi, animasi dan elemen video yang boleh diolah secara digital.
  
  • Apabila pengguna akhir dibenarkan mengawal elemen multimedia ketika penyampaian, maka ia dikenali sebagai multimedia interaktif .
    
Multimedia Interaktif :  

Multimedia yang membenarkan pengguna mengawal apa dan bila elemen multimedia dipaparkan.


  • Apabila elemen–elemen multimedia dihubungkan lalu membenarkan pengguna menerokai persembahan maka multimedia interaktif menjadi hypermedia.
Hipermedia :  

Struktur elemen yang dihubungkan satu sama lain, yang mana menerusinya pengguna boleh menjelajah dalam multimedia interaktif.

 

  • Untuk menjadikan sesuatu persembahan multimedia dilaksanakan dengan baik, memerlukan mereka yang tahu menggunakan perisian dan teknologi multimedia untuk menggabungkan elemen-elemen multimedia ke dalam bentuk yang bermakna. Orang yang membangunkan satu sistem multimedia dikenali sebagai pembangun multimedia/ multimedia developer.

Pembangun Multimedia : 

Orang yang ‘menganyam’ atau ‘menjalin’ multimedia ke dalam bentuk yang bermakna.

  • Satu projek multimedia lengkap yang dibangun menggunakan perisian multimedia, mengandungi isi kandungan dan mesej kemudian dipersembahkan di skrin komputer atau televisyen dikenali sebagai  projek multimedia/ multimedia project.

Projek Multimedia:

Software vehicle, mesej dan kandungan yang dipersembahkan bersama pada skrin komputer atau televisyen membentuk projek multimedia.

  • Jika projek multimedia dihantar atau dijual kepada pelanggan atau pengguna akhir, biasanya dalam kotak atau bungkusan atau di Internet, dengan atau tanpa arahan ia dikenali sebagai aplikasi multimedia/ multimedia title.

Aplikasi Multimedia:

Projek multimedia yang dihantar atau dijual kepada pengguna akhir.

  • Satu-satu projek multimedia tidak semestinya interaktif. Terdapat dua jenis projek multimedia iaitu linear dan nonlinear.

Jenis-jenis Projek Multimedia

a.    Linear
*  tidak interaktif
*  tidak boleh dikawal oleh pengguna - bermula dari awal sehingga habis
*  contohnya wayang (movie) atau televisyen

b.    Nonlinear
*  multimedia interaktif
*  pengguna diberi ‘kuasa’ mengawal dan boleh menerokai isi kandungan mengikut kemahuan sendiri
*  laluan ‘berkuasa’ untuk capaian maklumat (powerful gateway to
      information)
*  contohnya: courseware

  • Untuk menentukan bagaimana pengguna akan berinteraksi dan membuat penjelajahan dalam isi kandungan projek multimedia dengan memberi sepenuh perhatian kepada mesej yang ingin disampaikan, storyboarding @ scripting, artwork dan programming perlu dititikberatkan.


  • Elemen multimedia biasanya digabung bersama ke dalam satu projek menggunakan authoring tools.

Wednesday, March 5, 2014

Examples of how these modalities are put to use includes:

  1. Video teleconferencing
  2. Distributed lectures for higher education
  3. Tele-medicine
  4. Co-operative work environments
  5. Searching in (very) large video and image databases for target visual objects
  6. “Augmented’ reality: placing real-appearing computer graphics and video objects into scenes
  7. Including audio cues for where video-conference participants are located 
  8. Building searchable features into new video and enabling very high- to low-bit-rate use of new, scalable multimedia products 
  9. Building “inverse-Hollywood” applications that can recreate the process by which a video was made 
  10. Using voice-recognition to build an interactive environment, say kitchen-wall web browser

What is multimedia?

Different people often have quite different viewpoints.
  • PC vendor: a PC with sound capability, a DVD-ROM drive, multimedia-enabled micro-processors that understand additional multimedia instructions
  • Consumer entertainment vendor: interactive cable TV with hundreds of digital channel, or cable TV-like service delivered over high-speed Internet connection
  • CS student: applications that use multiple modalities including text, images, drawings (graphics), animation, video, sound including speech, and interactivity
  • Mm and computer science



Graphics, HCI, visualization, computer vision, data compression, graph theory, networking, database system


Derived from the word “Multi” and “Media”

  • Multi
    • Many, Multiple,
  • Media
    • Tools that is used to represent or do a certain things, delivery medium, a form of mass communication – newspaper, magazine / tv.
    • Distribution tool & information presentation – text, graphic, voice, images, music and etc.
  • Multimedia is a combination of text, graphic, sound, animation, and video that is delivered interactively to the user by electronic or digitally manipulated means.
TEXT
  • A broad term for something that contains words to express something. 
  • Text is the most basic element of multimedia. 
  • A good choice of words could help convey the intended message to the users (keywords). 
  • Used in contents, menus, navigational buttons
GRAPHIC

  • Two-dimensional figure or illustration 
  • Could be produced manually (by drawing, painting, carving, etc.) or by computer graphics technology. 
  • Used in multimedia to show more clearly what a particular information is all about (diagrams, picture).
AUDIO

  • Produced by vibration, as perceived by the sense of hearing. 
  • In multimedia, audio could come in the form of speech, sound effects and also music score.

ANIMATION
  • The illusion of motion created by the consecutive display of images of static elements. 
  • In multimedia, animation is used to further enhance / enriched the experience of the user to further understand the information conveyed to them.

VIDEO

  • Is the technology of capturing, recording, processing, transmitting, and reconstructing moving pictures. 
  • Video is more towards photo realistic image sequence / live recording as in comparison to animation. 
  • Video also takes a lot of storage space. So plan carefully before you are going to use it.

Tuesday, February 25, 2014

CIRI-CIRI UTAMA DALAM SISTEM MULTIMEDIA




Maklumat (information)

  • Fakta, idea, cerita dan kepercayaan yang berkomunikasi, membekalkan nilai kepada penerima
  • Dalam konteks multimedia, maklumat ada dalam pelbagai bentuk seperti teks, gambar, audio dan video.

Domain

  • Dalam multimedia, domain multimedia secara relatifnya adalah sempit atau focus maklumat/pengetahuan seperti astronomi, pengarang terkenal atau boleh jadi seseuatu yang bersempadan seperti maklumat ensaiklopedia.

Interaktiviti (interactivity)

  • Kebolehan pengguna untuk berkomunikasi dengan program atau perisian computer
  • Video atau filem merupakan contoh media yang mempunyai gabungan pelbagai elemen multimedia dan ianya dipersembahkan secara linear.
  • Multimedia pula membenarkan pengguna menjadi lebih aktif dengan menyediakan kemudahan interaktiviti di mana pengguna boleh mengawal isi kandungan persembahan, apa, bila dan bagaimana ia dipersembahkan.
  • Interaktiviti juga membenarkan pengguna meneroka sesuatu maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan yang tersendiri.
  • Interaktiviti merangkumi:
    • Kecepatan respon atau tindakbalas terhadap aktiviti pengguna
    • Masukkan maklumat yang tidak mengikut urutan di mana maklumat dimasukan mengikut kesesuaian dan kehendak pengguna
    • kebolehsuaian antara manusia dengan system
    • Maklumbalas serta merta
    • Pilihan untuk memberi arahan
    • Komunikasi dua hala antara computer dengan manusia.

Aplikasi (application)

  • Program computer yang menyediakan tujuan khas seperti pemprosesan kata atau lembaran kerja.
  • Produk multimedia termasuklah permainan, program pendidikan dan sebagainya.

Kandungan (content)

  • Maklumat spesifik bagi produk multimedia dalam bentuk teks, gambar, audio dan video.
  • Kandungan mungkin sebagai pitavideo atau pada kertas tetapi akan ditukarkan pada format digital unutk disunting dan digabungkan dalam produk multimedia.
  • Kandungan bagi multimedia biasanya adalah unik.

Pembangun (developer)

  • Pengurus, perekabentuk, pengaturcara, artis grafik, dan lain-lain yang terlibat dalam pembangunan produk multimedia dengan kepakaran masing-masing.
  • Juga dirujuk sebagai penerbit.

Pengguna (end user)

  • Individu atau kumpulan yang menggunakan/ mengaplikasikan produk multimedia untuk bekerja atau bermain.

Alat Pengarangan (Authoring Tools)

  • Program perisian yang digunakan unguk membangunkan dan menghantar produk multimedia.
  • Alat (tools) termasuklah program untuk menyunting teks dan grafik, penangkapan audio dan video, dan pengarangan multimedia.

Produk (product)

  • Produk multimedia yang lengkap yang diagihkan untuk digunakan oleh pengguna.
  • Biasanya dijual kepada pengguna melalui kedai-kedai komersil.




Tuesday, February 11, 2014

Malaysia pusat global, hab industri multimedia

CMCF rangka pelbagai program pastikan kod kandungan dipatuhi

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) akan merangka pelbagai program di seluruh negara mulai tahun ini dalam usahanya mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat global dan hab industri isi kandungan serta multimedia. 



Malaysia   pusat global,  hab industri multimedia

Bagi tujuan itu, CMCF yang telah ditubuhkan sejak 12 tahun lalu bagi mengawal selia peraturan di bawah Kod Kandungan Multimedia dan Komunikasi Malaysia (Kod Kandungan) akan mengadakan beberapa pameran bergerak termasuk di sekolah dalam usahanya meningkatkan tahap kesedaran peserta industri dan orang awam mengenai peranan pertubuhan itu. 


Kami tidak mahu bahan siaran yang melanggar sensitiviti atau menyinggung sesetengah pihak terlepas ke dalam rangkaian sama ada televisyen, radio dan internet” Ahmad Izham Omar, Pengerusi CMCF

Pengerusi, Ahmad Izham Omar, berkata matlamat terdekat CMCF adalah memastikan peraturan Kod Kandungan dapat dipatuhi oleh peserta industri bagi mengelak-kan berlaku masalah yang tidak diingini pada masa depan.

Beliau yang juga Ketua Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima berkata, CMCF juga mahu orang awam menyedari peranan pertubuhan itu sebagai pusat rujukan jika terdapat aduan yang ingin dikemukakan berhubung isi kandungan dalam media elektronik.

“Tahap kesedaran peserta dan orang awam terhadap perkara ini adalah baik, namun kami mahu meningkatkannya ke peringkat lebih tinggi dan sewajarnya.

Enam kategori 
“Bermula tahun ini hingga ke tahun depan, CMCF akan menggerakkan pelbagai program yang turut disertai peserta industri untuk memberikan penerangan lebih menyeluruh mengenai peranan persatuan,” katanya dalam satu pertemuan dengan BH.

CMCF ditubuhkan pada Februari 2001 di bawah fasal Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 untuk mentadbir isi kandungan serta menangani beberapa isu berkaitannya.

Ia terdiri daripada enam kategori anggota iaitu pengiklan, penyedia perkhidmatan teks audio, penyiar, kumpulan sivik, pencipta serta pengedar isi kan-dungan dan penyedia perkhidmatan akses Internet.

Sebagai pertubuhan peraturan kendiri, ia menjadikan Kod Isi Kandungan yang berdaftar pada 2004 sebagai rujukan penting kepada peserta industri mengenai beberapa peraturan yang wajar dipatuhi semasa menerbitkan bahan yang disiarkan kepada orang ramai.

Ahmad Izham berkata, sejak ditubuhkan 12 tahun lalu, jumlah aduan yang diterima oleh CMCF menerusi Biro Aduan berhubung ‘salah laku’ atau bahan siaran yang tidak wajar didapati meningkat pada setiap tahun, sekali gus membuktikan semakin ramai menyedari peranannya sebagai pusat rujukan dalam industri.

“Kami tidak mahu bahan siaran yang melanggar sensitiviti atau menyinggung sesetengah pihak terlepas ke dalam rangkaian sama ada televisyen, radio dan internet sehingga menjejaskan industri isi kandungan tempatan.

“Penurunan jumlah kes sedemikian bergantung kepada sejauh mana peserta dalam industri dapat mematuhi garis panduan yang disediakan dalam Kod Kandungan,” katanya.

Perlu seimbang

Antara prinsip penting Kod Kandungan ialah isi kandungan sama ada berita, laporan, hiburan dan iklan, perlu seimbang antara kehendak penonton, pendengar dan pengguna yang membolehkan mereka mempunyai pilihan yang luas di samping akses kepada maklumat.




Isi kandungan yang diterbitkan itu pula mestilah memelihara undang-undang, ketenteraman dan kesusilaan.

Penerbit mestilah memastikan isi kandungan itu tidak sensitif antaranya berkelakuan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik atau mengandungi bahan atau komen yang bersifat perbezaan terhadap kaum, keturunan etnik, warna kulit, agama, umur, jantina, status perkahwinan serta kecacatan mental atau fizikal.

INFO: CMCF
* Ditubuhkan pada Februari 2001 di bawah fasal Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 untuk mentadbir isi kandungan serta menangani beberapa isu berkaitannya


Sumber : http://www.bharian.com.my

Monday, February 10, 2014

Pertandingan Multimedia Kreatif

Photo: UKM akan menganjurkan satu pertandingan..iaitu Pertandingan Multimedia Kreatif

Pertandingan Multimedia Kreatif ialah program berbentuk pertandingan yang mencabar kemahiran kreatif dan inovatif yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Pertandingan akan berlangsung pada 7 hingga 9 Mac 2014 yang mensasarkan pelajar IPTA/IPTS diseluruh Malaysia termasuk UKM sendiri.

Maklumat Lanjut di : http://www.ftsm.ukm.my/pmk/
atau 
layari facebook Pertandingan Multimedia Kreatif - UKM

UKM akan menganjurkan satu pertandingan..iaitu Pertandingan Multimedia Kreatif

Pertandingan Multimedia Kreatif ialah program berbentuk pertandingan yang mencabar kemahiran kreatif dan inovatif yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Pertandingan akan berlangsung pada 7 hingga 9 Mac 2014 yang mensasarkan pelajar IPTA/IPTS diseluruh Malaysia termasuk UKM sendiri.

Maklumat Lanjut di : http://www.ftsm.ukm.my/pmk/
atau
layari facebook Pertandingan Multimedia Kreatif - UKM

Wednesday, January 29, 2014

Media-media dalam multimedia

Terdapat lima elemen  atau media utama dalam system multimedia.

Teks
  •  Merupakan asas utama bagi penyaluran sesuatu maklumat.
  • Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu maklumat
  • Boleh juga digunakan untuk memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan.


Grafik 

  • Digunakan untuk memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat
  • Membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat secara lebih berkesan
  • Menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan hidup.


Audio
  • Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan (contohnya penggunaan suara latar atau kesan khas audio)
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan
  • Membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan


Video
  • Video menyediakan kaedah penyaluran yang amat menarik dan hidup
  • Merupakan antara sumber ataumedia yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat
  • Sebagai sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan


AnimasI

  • Berperanan bagi menceriakan lagi persemabahan sesebuah maklumat
  • Membantu dalam menerangkan suatu konsep yang kompleks dengan mudah
  • Menarik perhatian pengguna dengan mudah



APA ITU MULTIMEDIA


Pada dasarnya, terlau banyak definisi yang diberikan terhadap multimedia.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
Multimedia (inggeris) = multi + media
Multi bermaksud banyak, berjenis-jenis, bermacam-macam
Media bemaksud alat yang digunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi seperti radio, suratkhabar, televisyen dan sebagainya.

Pendapat JacQuetta Megarry (1990)
Multimedia ialah hypermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara pengguna menggabungkan, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian computer dengan penggunaan tetikus.

Mengikut Waterworth (1992)
Multimedia ialah pesepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan ileh teknologi berasaskan computer.

Rosenberg (1993)
Multimedia sebagai gabungan bunyi, imej static, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan teknologi computer. Beliau menambah bahawa multimedia sebagai “suatu kumpulan ahli teknolgi merekacipta sesuatu untuk menarik perhatian dan memuaskan hati mereka sesame sendiri”

Gayeski (1993)
Multimedia sebagai satu kumpulan media berasaskan computer dan system komunikasi yang berperanan untuk membina, menyimpan, menghantar dan menerima informasi berasaskan teks, grafik, audio dan sebagainya.

Ron White (1996)
Multimedia sebagai paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya delam computer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad audio dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat.

Daripada pelbagai definisi yang ada, jelas dapat diperhatikan bahawa dua cirri uatama yang perlu dibincangkan apabila membina definisi bagi multimedia ialah:


  • Multimedia merujuk kepada suatu persembahan informasi dengan menggunakan gabungan teks, grafik, audio, animasi dan video serta mempunyai interaktivti antara pengguna dan komputer.
  • Multimedia merupakan satu system yang membolehkan capaian informasi dilakukan secara tidak linear (non-linear navigation)

Secara ringkasnya :
Multimedia ialah suatu proses komunikasi interatktif berasaskan computer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.


INFO TERKINI !!!

WAQAF PENDIDIKAN PEYATIM

1.2 Juta Ringgit Malaysia akan di guna bagi membangun bangunan keusahawanan UCB di setiu, Terengganu . Semua wang ini datang dari hasil Wa...