Showing posts with label TEKS. Show all posts
Showing posts with label TEKS. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Panduan panggunaan teks dalam aplikasi multimedia

     Walaupun teks merupakan sumber terbaik untuk menyampaikan maklumat, namun kadangkala ia gagal unutk menyebarkan maklumat dalam kadar yang pantas. Berikut ada beberapa panduan dan perkara yang perlu diberi perhatian semasa bekerja dengan teks di dalma pembangunan sesebuah aplikasi multimedia

v  Ringkas tetapi padat
o   Teks haruslah diminimakan penggunaannya melainkan  aplikasi yang dibina mengandungi bahan rujukan yang banyak dan menyeluruh.
o   Membaca teks pada skrin amat sukar dan meletihkan  sekiranya ianya disediakan dalam kuantiti yang banyak.
o Teks mungkin bukan kaedah yang baik bagi menyampaikan sesuatu idea, konsep dan fakta.
o   “A picture is worth a thousand words” atau : sekeping gambar lebih berkesan dari seribu patah perkataan”
o  penggunaan teks yang maksima diperlukan terutamanya bagi aplikasi multimedia berunsurkan rujukan seperti ensiklopedia
o   kombinasi teks dengan media-media lain sering membantu serta berkesan bagi tujuan mengurangkan penggunaan teks tersebut bagi melahirkan sesebuah konsep.
o   Dari sudut rekabentuk pula, panduan menyatakan bahawa bagi sesebuah aplikasi multimedia, teks yang digunakan haruslah kurang dari separuh penggunaan skrin.

v  Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian
o Pemilihan typeface dan fon yang bersesuaian dengan isi kandungan, konsep, kumpulan pengguna sasaran serta mood sesebuah aplikasi multimedia amat penting di dalam menentukan keberkesanan penyampaian seseuatu maklumat.
o   Kesilapan pemilihan akan memberi kebosanan kepada pengguna didalam menerima sesuatu maklumat yang hendak disampaikan
o   Typeface dan fon sering digunakan bagi menarik perhatian pada maklumat yang hendak disampaikan pada skrin, meningkatkan kebolehbacaan, menetapkan nada atau mood (sama ada serius, sedih, kelakar) dan juga bagi tujuan menetapkan konsep sesebuah aplikasi      ( seperti progresif atau konservetif)
o  Ilistrasi yang dipaparkan pada mukasurat yang berikutnya menunjukkan penggunaan pelbagai jenis fon yang disesuaikan dengan situasi, isi kandungan dan kumpulan sasaran sesebuah aplikasi multimedia.
o Jika pemilihan jenis fon yang digunakan bersesuaian, isi kandungan atau situasi yang berbeza kelihatan lebih hidup dan menarik.
o Biasanya, kebanyakan pilihan atau keputusan di dalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia amat bergantung rapat dengan objektif aplikasi serta pengguna sasaran yang akan menggunakan aplikasi tersebut.
o  Begitu juga dengan pemilihan jenis fon, objektif sesbuah aplikasi serta kumpulan sasaran pengguna memainkan peranan yang penting.
o   Contoh :

Objektif aplikasi :     berkaitan “Sejarah Melaka dan Kesannya  
         Terhadap Pembangunan Malaysia”
Kumpulan sasaran :  pelajar kolej

Maka : penggunaan teks dioptimumkan dalam penyampaian maklumat. Bahagian tajuk boleh digunakan fon dari kategori dekoratif.

v  Pastikan teks tersebut boleh dibaca
o   Ciri utama dalam pemilihan teks ialah supaya ia mudah dibaca.
o   Walaupun fon jenis dekoratif amat menarik perhatian dan cantik tetapi sering kali fon  jenis ini sukar dibaca.
o   Terdapat juga aplikasi yang memerlukan teks memenuhi skrin bagi penyampaian maklumat
o   Sering juga berlaku di mana saiz teks terpaksa dikecilkan bagi membolehkan sejumlah teks yang diperlukan dimuatkan di dalam ruangan yang disediakan. Ini mengakibatkan teks yang terhasil sukar dibaca.


v  Pemilihan stail tulisan dan juga warna teks
o   Tiga jenis stail tulisan : bold, italic dan underline.
o Ia sering digunakan bagi memberikan penekanan atau membezakan sesuatu isi kandungan dengan bahagian yang lain pada media bercetak.
o   Selain dari berfungsi untuk memberi penekanan, ia sering juga digunakan sebagai hiperteks.
o   Apabila perkataan tersebut diaktifkan (diklik dengan tetikus), ia akan membawa pengguna ke paparan yang baru ataupun sekumpulan teks yang baru mahupun menghasilkan sesuatu aksi seperti bunyi ataupun animasi.
o Kontras antara aksara atau perkataan dengan warna latarbelakang amat memainkan peranan penting di dalam menentukan kejelasan dan juga kebolehbacaan sesuatu perkataan.
o   Elakkan menggunakan teks dan latarbelakang yang mempunyai warna yang hampir sama. Contoh : teks warna kuning dengan latarbelakang warna hijau.
o   Kombinasi warna teks dan latarbelakang yang baik contohnya hitam putih, hitam kuning, biru putih dan sebagainya.
o   Elakkan juga teks yang berwarna merah kerana ia sering sukar untuk dibaca.


v  Kawal pemilihan fon serta konsisten
o   Seorang pembangun aplikasi multimedia haruslah berhati-hati agar tidak menghasilkan sesebuah rekabentuk skrin yang kelihatan sibuk dan sukar dibaca hasil dari penggunaan terlalu banyak fon, stail dan warna dalam satu skrin yang sama
o Mengambil kira konsistennsi atau keseragaman dalam penggunaan teks.
o  Contohnya: penggunaan fon, stail dan warna yang tidak berubah-ubah untuk tajuk dan subtajuk bagi beberapa skrin. Begitu juga utuk hiperlinks, jika gunakan fon Time New Roman saiz 12 warna biru, maka ciri ini perlu dikekalkan .
o   Tujuan : supaya suasan mesra pengguna (user friendly) dapat dikekalkan di dalam aplikasi yang dibangunkan.
o   Satu lagi faktor penting dalam pemilihan fon ialah, kesediaan  (avaibality) jenis fon dalam sistem komputer yang akan digunakan untuk tujuan mainbali
o   Cara menanganinya,
§  Menyediakan atau menghantar sekali fon istimewa yang digunakan bersam-sama dengan aplikasi multimedia tersebut.
§  Jadikan teks tersebut sebagai grafik dengan menggunakan perisian grafik
o   Kelemahan teknik menjadiakn teks sebagai grafik ialah
§  ia memerlukan storan yang besar dan ingatan yang lebih besar
§  agak sukar untuk diubahsuai

o  teknik teks sebagai grafik hanya sesuai untuk teks yang dijadikan tajuk atau subtajuk

Kateogri typeface dan font

Fon dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu serif, sans serif dan dekoratif.
  • Serif
    • Merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat pada penghujung seseuatu aksara.
    • Contoh : Times News Roman, New Century, SchoolBook dan Palatino.


  • San serif
    • Sans bermakna tanpa (whitout) dalam bahasa Perancis, maka fon san serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif.
    • Contoh : Arial, Helvitica dan Optima

                                  Sans Serif                               Serif

                                         A               A

  • Dekoratif
    • merujuk kepada fon yang mempunyai unsur-unsur sasatera lama dan agak berbunga-bunga seperti tulisan zaman dahulu kala.



Monday, February 3, 2014

Typeface dan font

Typeface dan font
  • Typeface merupakan sekumpulan aksara grafik (graphic characters) yang biasanya terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.
  • Fon (font) pula merupakan satu koleksi aksara yang mempunyai stail serupa yang dimiliki oleh sekumpulan typeface.
  • Contoh jenis fon yang biasa ialah bold dan italic. Selain dari itu garisan (underlining), garis kasar (outlining) dan sebagainya juga merupakan fon-fon tambahan yang biasa digunakan.
  • Arial, Helvetica dan Times New Roman merupakan contoh typeface.
  • Arial 12 point Italic pula merupakan contoh fon
  • Secara amnya, fon merujuk kepada jenis tulisan dan typeface merujuk kepada stail tulisan.
  • Pemilihan fon yang betul amat memberi kesan dalam menentukan kebolehbacaan sesuatu paparan sama ada secara bercetak mahupun di dalam sesebuah persembahan multimedia.
  • Fon yang berseseuian dari sudut saiz dan bentuk akan memberi kesan yang berbeza kepada pendekatan, rekabentuk dan makna sesuatu paparan.


Kateogri typeface dan font
Fon dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu serif, sans serif dan dekoratif.

  •  Serif
    • Merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat pada penghujung seseuatu aksara.
    • Contoh : Times News Roman, New Century, SchoolBook dan Palatino.  

  • San serif
    • Sans bermakna tanpa (without) dalam bahasa Perancis, maka fon san serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif.
    • Contoh : Arial, Helvitica dan Optima

INFO TERKINI !!!

WAQAF PENDIDIKAN PEYATIM

1.2 Juta Ringgit Malaysia akan di guna bagi membangun bangunan keusahawanan UCB di setiu, Terengganu . Semua wang ini datang dari hasil Wa...