Monday, September 5, 2016

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA AIM DAN UNIVERSITY COLLEGE BESTARI


11 Ogos 2016, Selaras dengan usaha ke arah melahirkan komuniti anak-anak peserta AIM yang berdaya saing dallam bidang keusahawanan, satu kerjasama antara amanah ikhtiar Malaysia dan University College Bestari (UC Bestari) telah dimeterai.

Progtam anjuran AIM dengan kerjasama UC Bestari ini adalah bertujuan untuk menggabungkan sumber yang ada dan bakal diperoleh melalui kepakaran dan kemahiran masing-masing untuk kepentingan bersama di dalam bidang yang diterokai.

kedua-dua pihak bersetuju untuk menggalakkan kerjasama berkaintan mempromosikan pelajar ke UC Bestari. Disini. AIM bertindak sebgai perantara bagi memastikan anak-anak sahabat AIM mendapat pendedahan berkenaan UC Bestari ke arah mencapai matlamat tersebut, Pihak UC Bestari akan menggunakan segala usaha sewajarnya untuk memastikan segala bimbingan yang berkaitan serta proses memperkenalkan UC Bestari dapat diberikan kepada kakitangan AIM yang terlibat.

Selain itu, kedua-dua pihak akan mengatur program susulan bagi merialisasikan objektif kerjasama ini, seperti mengadakan sesi perbincangan, bimbingan, merangka program promosi dan sebagainya.

kerjasama ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu AIM dan UC bestari. ia juga diharapkan dapat mewujudkan jaringan yang lebih luas sesama pihak yang terlibat. 

Disediakan oleh : Unit Komunikasi Korpotar AIM.