Friday, November 4, 2016

OFFERS OF ADMISSION TO UNIVERSITY COLLEGE BESTARI

University College Bestari offers excellent opportunities for student to further their studies in FOUNDATION, DIPLOMA, BACHELOR and MASTER level. University College Bestari also offers qualified students a wide range of programmes catering for variety  of interests. This offer is subject to term and conditions.

REGISTER NOW at www.ucbestari.edu.my

Tuesday, November 1, 2016

UNIT EQUINE BESTARI BINA KEYAKINAN DIRI PELAJAR UCBESTARI

 Alhamdulillah atas nikmat yang telah Allah berikan, akhirnya Unit Berkuda Bestari dapat diwujudkan di UCBestari yang lebih dikenali sebagai "Unit Equine Bestari". 

Tujuan asal penubuhan Unit Equine Bestari adalah untuk mendidik warga univeristy College Bestari mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Dengan kemudahan yang ada ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk menyertai kelab yang diadakan di university, disamping itu juga para pensyarah juga dapat mengunakan sukan berkuda sebagai pengajaran dan penyelidikan 

Perkhidmatan berkuda juga disediakan kepada warga University College Bestari dan masyarakat tempatan. Penubuhan Unit Equine Bestari ini, dilihat sebagai suatu platform bagi melahirkan warga universiti yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, berkeyakinan, bijak mengendali situasi mempunyai personaliti yang mampan dari sudut lahiriah dan rohani.

Selaras dengan penubuhan University College Bestari sebagai universiti waqaf, penubuhan Unit Equine Bestari ditubuhkan bagi menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di kalangan staf dan siswa siswi di University College Bestari dan memberi kesedaran perihal kebaikan berkuda secara fizikal dan mental. Sabda Rasulullah s.a.w, “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda)” (Riwayat Muslim).


Dengan adanya unit berkuda ini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyelami rekreasi sunnah ini.

Hikmah dan Falsafah Rekreasi Sunnah Berkuda :
– Melihat kebesaran Allah melalui ciptaanNya
– Memahami peranan kuda dalam sirah nabawiyah
– Membuang perasaan gementar dan takut
– Membina kepimpinan dalam diri (leadership)
– Melatih keseimbangan (balancing)
– Melatih dan menguatkan kesabaran (patient)
– Membentuk sifat saling memahami (trustworthy)
– Mewujudkan ketenangan dalam diri (tranquility)
– Menstabilkan koordinasi tubuh badan
– Menajamkan daya fokus individu