Monday, December 5, 2016

MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITY COLLEGE BESTARI KALI KE-3 JULUNG KALI LAHIRKAN GRADUAN SARJANA

Pada 3 Disember 2016 telah berlangsung Majlis Konvokesyen University College Bestari kali-3 yang diadakan di Dewan Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu .

Seramai 431 orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang di UCBestari. Termasuklah peringkat Ijazah Sarjana, Sarjana Muda, Diploma serta Asasi melalui 3 fakulti iaitu Fakulti Ekonomi dan pengurusan, Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Teknologi Maklumat. Majlis konvokesyen kali ke-3 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Samsuddin bin Osman iaitu Canselor University College Bestari.

Buat pertama dalam sejarah University, UC Bestari telah memperkenalkan Anugerah Kehormat Ijazah Sarjana dalam Bidang Perniagaan. Graduan berkenaan iailah Dato'Sri Wan Mohd Muzri bin Ramli. Anugrah ini diberikan kepada beliau kerana kejayaan dalam bidang penulisan dan penerbitan novel-novel tempatan sehingga melayakkan beliau mendapat Anugerah Perdana yang dinobatkan sebagai Tokoh Penerbit Muda 2013 dan Penerbit Bestseller-Karjaseni 2013. 


Konvokesyen kali ini juga telah melakar sejarah kerana UC Bestari telah menghasilkan graduan di peringkat Sarjana Muda Perniagaan dengan kepujian dan Sarjana Pertadbiran Perniagaan (MBA) seramai 8 orang. Bermula tahun depan UC Bestari juga akan mula membuat penawaran program di peringkat PhD.









Thursday, December 1, 2016

MAJLIS PECAH TANAH KOMPLEKS PEMBANGUNAN USAHAWAN UNIVERISTY COLLEGE BESTARI

23 Nov 2016 Hari yang bersejerah bagi warga UCB dengan sempurnanya Majlis Pencah Tanah Kompleks Keusahawanan yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (DR) Haji Abdul Rahman Bin Hajia Abbas yang merupakan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. 

Hasrat Pembinaan kompleks Pembangunan Usahawan ini adalah untuk merealisasikan agenda negara untuk melahirkan graduan yang holistik,seimbang dan berciri keusahawanan seperti yang terkandung dalam lonjakan pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2015-2055. 

Semoga diharapkan UC Bestari dapat melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah di samping memberi peluang pekerjaan yang akan bertindak sebagai pemangkin ekonomi Negara.