Oleh: Aminudin Ismail
Seramai 2,074 pelajar menyertai Sukbest atau Sukan Kolej Universiti Bestari (UCB) diadakan dengan meriah dan semangat kesukanan selama tiga hari yang berakhir, kelmarin (Sabtu).
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UCB, Prof Dr. Sulaiman Yamin berkata, Sukbest kelima itu adalah paling ramai penyertaan dan membanggakan pihaknya.
"Alhamdulillah, mengikut penyertaan kontinjen dan jumlah pelajar ianya adalah satu kejayaan besar di mana 2,074 pelajar terbabit dengan sukan ini.
"Memang banyak peningkatan jumlah penyertaan berbanding kejohanan Sukbest sebelum ini dan kita melihat ada beberapa peserta yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang sukan ini," katanya.
Dalam pada itu, pasukan The Virus 3.0 muncul juara pertandingan bola sepak manakala Shark Warrior menjuarai bola jaring.
Sebanyak lapan acara dipertandingkan pada kejohanan yang disertai empat pasukan itu dan pasukan terbaik dimenangi Harimau Bestari manakala tempat kedua dan ketiga ialah The Virus 3.0 dan Golden Eagle.
Manakala anugerah olahragawan dimenangi Ahmad Afnan Farhan Abdul Mubin manakala olahragawati pula dimenangi Nik Hadyanee Nik Othman.
https://www.facebook.com/ImanTribune/?hc_ref=PAGES_TIMELINE