Tuesday, June 6, 2017

AKADEMIK: 60 Pelajar UCB Terima Zakat


Seramai 60 penuntut Kolej Universiti Bestari (UCB) menerima sumbangan zakat berjumlah RM42,000 dari MAIDAM dan orang perseorangan di kolej universiti itu, hari ini.
Majlis Cakna UC Bestari disempurnakan oleh Pengerusi ekskutifnya, Dato' Tengku Mahmud Mansor di Dewan Teater UCB, Setiu.
Turut menerima sumbangan pada majlis itu ialah seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Aliff Norhakim Majid sebuah kerusi roda bernilai RM9,000.
Dalam ucapanya, Tengku Mahmud mengumunkan derma siswa iaitu bantuan bulanan RM300 kepada dua pelajar OKU di kolej universiti itu.
"Seramai lapan pelajar OKU lagi yang menyambung pelajaran mereka di sini akan menerima bantuan itu selepas ini.
"Kita akan terus membantu pelajar anak yatim, pelajar OKU dan pelajar kurang kemampuan untuk mereka meneruskan pengajian sehingga tamat di UCB," katanya.
Hadir sama di program itu ialah Naib Canselor UCB, Prof Dr. Ab. Aziz Yusof.

Oleh Aminudin Ismail