Tuesday, July 7, 2015

CIRI-CIRI PERISIAN GRAFIK





1.     Jenis program grafik
  • Program untuk melukis, mengecat (bitmap) dan program penyuntingan-imej (image-editing program)
  • Kebanyakan program menyediakan kemudahan untuk melukis dan mengecat mengikut jenis grafik yang digunakan.

2.     Kesesuaian platform (cross-platform compatibility)
  • Terdapat dua versi sistem pengoperasian iaitu Windows dan Macintosh yang boleh digunakan untuk membina grafik pada kedua-dua platform.

3.    Sokongan fail grafik
  • Membenarkan penukaran (converting) fail imej grafik menggunakan sesetengah format fail yang popular seperti TIFF (Tagged Image File Format), BMP (Bitmap), PCX (Windows Paint), PICT (Macintosh picture format), dan sebagainya.
  • Untuk kepentingan/faedah yang sangat besar bagi WWW (World Wide Web), fail JPEG (Joint Photographic Expert Group) dan GIF (Graphic Interchange Format- CompuServe format fail) adalah penting kerana mereka adalah piawai format fail bagi WWW.

4.    Lapisan / Layer
  • Program yang menyokong lapisan objek dimana ia memberi kebenaran untuk memasukkan lebih daripada satu imej bitmap dan mengedit sesetengah imej yang berbeza secara bebas dalam satu masa.

5.    Penambahan imej guna peralatan mengecat

  • Program mempunyai pensil, berus, airbrush, teks dan alatan garisan. Pengguna boleh mentakrifkan berus dan kemampuan untuk paparkan saiz berus, dan pilihan untuk mengecat bersama-sama dengan tekstur dan paten (corak) dan juga sentuhannya untuk kelihatan seperti tompokan kotor (coreng), tajam dan ciri-ciri yang kabur.

Thursday, July 2, 2015

Enam langkah menghasilkan produk digital

Menghasilkan produk digital adalah sangat mudah. Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu berdasarkan apa sahaja permintaan yang ada. Produk digital boleh jadi berkaitan komputer, software, peralatan rumah atau apa sahaja yang ada di sekeliling anda termasuklah cara membina reban ayam.


Untuk memudahkan anda membina produk digital, saya telah menyediakan enam langkah yang anda boleh ikut untuk menghasilkan produk digital anda sendiri. Enam langkah berikut adalah


Pilih satu tajuk di dalam niche anda.

Seperti biasa, langkah pertama dalam penghasilan produk digital adalah pemilihan tajuk. Cari satu tajuk yang agak kontroversi di dalam niche anda dan mempunyai banyak permintaan. Contohnya di dalam niche kewangan, anda boleh tulis tujuh cara memaksa diri sendiri untuk menyimpan wang.


Niche pendidikan pula, anda boleh tulis 7 cara belajar bahasa Inggeris. Tidak kiralah apa tajuk yang anda pilih, ia perlulah mempunyai permintaan yang banyak. Ini kerana permintaan yang banyak boleh memberi keuntungan segera kepada anda.

Buat kajian 7 tip mengenai topik anda.


Selepas memilih tajuk, tanpa berlengah, anda cari tujuh tip yang berkaitan dengan topik anda. Katakan anda memilih topik tujuh cara memberitahu anak perempuan mengenai haid. Anda buat carian di Internet untuk cari maklumat mengenainya. Anda juga boleh bertanyakan pada mereka yang pakar.

Selain itu, anda boleh lakukan kajian di perpustakaan. Selepas anda menyiapkan tujuh tip tersebut, anda perlulah menulis rumusan bagi setiap tip atau panduan.

Bagi setiap tip anda tulis 50 patah perkataan mengenai topik tersebut.

Tujuh tip yang anda cari itu, anda perlu tulis rumusan mengenai topik tersebut sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. Anda perlu teruskan kajian mengenai topik yang anda pilih itu berdasarkan tujuh tip yang anda dapat cari. Bagi setiap tip pula, dengan menggunakan ayat sendiri, anda perlu tulis rumusan mengenainya.


Bagi setiap tip, jadikan ia sebagai satu bab.

Proses seterusnya adalah melakukan kajian lebih mendalami bagi setiap tip atau panduan. Bentuk tujuh bab berdasarkan satu tip. Tulis segala maklumat penting yang ada bagi setiap tip dan bentuk setiap tip menjadi satu bab yang lengkap dengan maklumat.


Buat video bagi setiap tips.

Langkah ini adalah pilihan. Kadangkala pembeli malas hendak membaca ebook dan mereka lebih senang untuk menonton video. Anda boleh cipta video berbentuk slide yang di sertakan dengan suara untuk menghuraikan segala maklumat yang ada di dalam ebook anda. Setiap tip, anda buat satu video.


Gabungkan ebook dan video menjadi produk digital.

Ebook yang siap di tulis dan video yang siap di rakam di gabungkan untuk di jadikan produk digital. Tentukan harga bagi produk anda dan ia sedia untuk di jual kepada orang ramai.

Menentukan Format Digital Untuk Penerbitan Produk


Bila disebut tentang produk digital, ianya terdiri dari pelbagai aspek digital seperti perisian, audio, video, ebook dan beberapa lagi aspek digital lain. Masalah dalam penerbitan produk adalah apakah format digital yang sesuai untuk menerbitkan sesebuah produk.

Kebanyakan produk digital adalah dalam format eBook, yang mana adalah jenis buku yang boleh dimuat turun dan dibaca di komputer atau alat-alat elektronik lain. Format sebegini banyak digunakan dalam penerbitan produk-produk informasi. Hal ini kerana, eBook dapat dicetak dan dibaca dalam bentuk buku (hardcopy). Secara langsung ianya tetap dapat memberikan perasaan yang sama seperti membaca buku yang dibeli dikedai.
Video adalah format yang amat popular. Sesetengah orang lebih gemar maklumat mereka dalam format video kerana ia lebih menyeronokkan, tetapi anda perlu ingat bahawa tidak semua orang menggemari kandungan video. 
Terdapat juga orang yang mempunyai sambungan Internet perlahan yang tidak boleh tonton video secara online, jadi anda mesti pastikan untuk menawarkan kandungan bertulis bagi mereka yang tidak boleh muat turun video.
Audio adalah satu lagi kemungkinan. Anda boleh baca eBook anda dan letakkannya dalam format audio, upah jurucakap untuk bercakap bagi pihak anda, atau anda boleh tawarkan fail audio tambahan yang mempertingkatkan nilai produk anda. Sebagai contoh, jika anda ada produk tafakur, anda boleh tawarkan muzik yang menenangkan hati atau bunyi-bunyian alam semulajadi.
Anda boleh juga gunakan kombinasi format-format ini dan cipta satu tawaran pakej. Ini akan membuatkan tawaran anda lebih memikat kepada pendengar yang lebih berbagai-bagai, dan ia juga akan membuatkan produk anda nampak lebih bernilai berbanding hanya eBook tunggal. Anda harus ingat, prospek mempunyai keinginan yang berbeza. untuk menarik minat prospek, anda harus memberikan mereka sesuatu yang mereka minati.