Thursday, October 27, 2016

STAF DAN PELAJAR GOTONG ROYONG MASAK BUBUR ASYURA


Dalam Muharram ada dari hari Asyura . Jika di Malaysia ni, selain berpuasa, ramai yang akan bergotong-royong memasak bubur Asyura. Di UCBestari juga tidak melepas peluang bergotong royong dalam memasak bubur asyura. 

Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun, Staf dan pelajar UCBestari akan sama-sama turun padang untuk menyediakan dan menagihkan bubuk asyura kepada semua pelajar dan kakitangan. Aktiviti sebegini sangat bagus dan dapat membantu para warga UCBestari dalam memupuk sifat tolong menolong dan bekerjasama selain dari dapat menjamu asyura. 

YM.Prof .Dato' Dr.Haji Tengku Mahmud turut serta dalam program.

Antara kakitangan UCBestari membuat gotong royong masak bubur

Rehat seketika sambil menunggu bubur masak

Pelajar juga mengambil peluang


MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA PROGRAM ASASI UC BESTARI

20 OCT 2016 | Satu majlis  penyerahan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang mengambil program Asasi telah disempurnakan oleh YM.Prof.Dato'Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor yang merupakan Presiden Peyatim (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia).


 Program yang pertama kali itu adalah sebagai memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyambung pengajian dalam program Asasi. Program asasi merupakan program yang satu-satunya yang mendapat tajaan dari Peyatim untuk meneruskan pengajian secara percuma selama 1 tahun pengajian. Selaras dengan itu pihak univeristy amat mengalu-alukan kepada semua pelajar yang masih mencari peluang mengajian agar merebut peluang ini supaya dapat meringankan beban yuran pengajian.


Program itu juga menjadi satu dorongan kepada pelajar-pelajar yang bakal mengambil SPM kelak agar belajar bersungguh-sungguh, kerana untuk mendapat tajaan biasiswa adalah amat pitis jika keputusan yang diterima kelak kurang baik. Syarat untuk melayakkan untuk berdapat biasiswa dari peyatim ini adalah perlu sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Matematik, terdapat 2 program asasi di UC Bestari iaitu Asasi Pengurusan dan Asasi Teknologi Maklumat.


UC Bestari merupakan satu-satunya University yang menyediakan biasiswa kepada pelajar. selarasnya dengan itu dapat membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemanpuan. 

Ucapan tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa tersebut, gunakanlah biasiswa yang disediakan itu dengan baik dan belajar bersungguh-sungguh demi diri sendiri,keluarga,univeristy dan tanah air tercinta. 

LAWATAN PELAJAR TERATAK PULAI,BACHOK KELANTAN

Syukur Allhamdulilah, 
Hari ini university college Bestari menerima satu lagi lawatan akademik dari pelajar-pelajar serta guru dari SMK Teratak Pulai yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengharungi dunia atau kehidupan di University serta mendapat info tentang pengajian yang terdapat di UC Bestari. In sha Allah dengan lawatan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar dalam menetapkan halatuju selepas SPM kelak.

Bagi pihak University kami sememangnya mengalu-alukan rombongan atau lawatan dari sekolah dalam membantu pelajar dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tertinggi. Program yang dijalankan oleh pihak SMK teratak pulai dihadiri senarai 35 orang pelajar dari pelbagai aliran berserta dengan 2 orang guru pengirim. 

Antara program yang menunjuk minat kepada pelajar semasa lawatan adalah seperti Diploma Kejururawatan serta Diploma Sains Komputer. UC Bestari juga menyediakan program lain seperi Asasi Pengurusan, Asasi Teknologi maklumat yang juga menarik minat pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Antara tempat yang sempat dilawati sekitar University adalah seperti makmal kejururawatan, dewan teater, makmal multimedia, perpustakaan, unit equin dan banyak lagi. 

 kami juga membawa pelajar-pelajar ke Institut kemahiran Bestari (IKB), iaitu tempat untuk pelajar yang mengambil bidang kemahiran, IKB merupakan institusi yang menumpukan sepenuhnya dalam bidang kemahiran seperti Program Jahitan Pakaian Wanita, Jahitan Pakaian Lelaki dan Pemesinan. IKB juga akan menyediakan satu lagi program yang agak menarik iaitu Kulinari yang masih dalam menunggu lampu hijau dari JPK untuk menjalankan program tersebut.