Thursday, October 27, 2016

MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA PROGRAM ASASI UC BESTARI

20 OCT 2016 | Satu majlis  penyerahan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang mengambil program Asasi telah disempurnakan oleh YM.Prof.Dato'Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor yang merupakan Presiden Peyatim (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia).


 Program yang pertama kali itu adalah sebagai memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyambung pengajian dalam program Asasi. Program asasi merupakan program yang satu-satunya yang mendapat tajaan dari Peyatim untuk meneruskan pengajian secara percuma selama 1 tahun pengajian. Selaras dengan itu pihak univeristy amat mengalu-alukan kepada semua pelajar yang masih mencari peluang mengajian agar merebut peluang ini supaya dapat meringankan beban yuran pengajian.


Program itu juga menjadi satu dorongan kepada pelajar-pelajar yang bakal mengambil SPM kelak agar belajar bersungguh-sungguh, kerana untuk mendapat tajaan biasiswa adalah amat pitis jika keputusan yang diterima kelak kurang baik. Syarat untuk melayakkan untuk berdapat biasiswa dari peyatim ini adalah perlu sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Matematik, terdapat 2 program asasi di UC Bestari iaitu Asasi Pengurusan dan Asasi Teknologi Maklumat.


UC Bestari merupakan satu-satunya University yang menyediakan biasiswa kepada pelajar. selarasnya dengan itu dapat membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemanpuan. 

Ucapan tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa tersebut, gunakanlah biasiswa yang disediakan itu dengan baik dan belajar bersungguh-sungguh demi diri sendiri,keluarga,univeristy dan tanah air tercinta. 

No comments:

Post a Comment