Saturday, November 18, 2017

WAQAF PENDIDIKAN PEYATIM

1.2 Juta Ringgit Malaysia akan di guna bagi membangun bangunan keusahawanan UCB di setiu, Terengganu . Semua wang ini datang dari hasil Waqaf yang diberi oleh Tuan/puan semua.. Terima kasih saya ucapkan bagi wakil Warga UCB dan Peyatim . Jadi Marilah Sama-sama kita membantu agar dapat dibangunkan dengan cepat Wisma Keusahawanan ini ..

University College Bestari ( UC Bestari ) di Terengganu adalah sebuah universiti yang berkonsepkan waqaf pendidikan untuk membantu anak yatim atau anak miskin di seluruh negara. Kini lebih daripada 5,000 siswazah telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana (MBA)
        
UC Bestari juga telah mengeluarkan biasiswa kepada 560 siswa program Asasi dengan belanja RM5.6 juta. UC Bestari juga telah mengeluarkan pendahuluan bagi menampung sara hidup, yuran pengajian dan asrama yang berjumlah lebih daripada RM21 juta. 

Jadi kepada seluruh umat Islam kami merayu, bantulah UC Bestari dengan membeli tanah bernilai RM30.00 satu lot 0.1 meter persegi  dan mewaqafkannya kepada Peyatim untuk menampung operasi UC Bestari. 

Lot tanah ini boleh juga dibeli dan dibayar di kaunter Pos Malaysia, BSN, Bank Rakyat, Bank Islam Malaysia Berhad atau di Cawangan Pasaraya Mydin. Dengan mewaqafkan itu, insya-Allah lebih ramai anak yatim atau anak miskin dapat dibantu untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka di UC Bestari.

Mari sama-sama kita membeli waqaf secara online.

Waqaf Pendidikan Peyatim
                         
JOM WAQAF online sekarang.







Wallahu A'lam

Thursday, November 9, 2017

University College Bestari Cipta Nama di Korea

Oleh Aminudin Ismail

University College Bestari (UCB), Setiu berjaya mencipta nama di persada dunia apabila menang pertandingan yang dianjurkan oleh KoreaPEN dengan kerjasama EUROPEN-PEN International iaitu Global Enterprise Challenge, PE Fair Asia 2017 dan PE StartUP Challenge, yang diadakan di Korea Selatan, baru-baru ini.


Naib Canselor UCB, Prof. Dr. Ab Aziz Yusof berkata, lebih membanggakan penyertaan kali pertama oleh Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa (BestPEC), UCB membuahkan hasil apabila menang dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Juara, Naib Juara dan tempat Ketiga dalam tiga kategori pertandingan yang disertai itu.

"BestPEC UCB mengambil peluang ini untuk memberi pengalaman kepada pelajar dan pelatih BestPEC di peringkat antarabangsa.

"PE (Practice Enterprise) yang dibawa adalah Trigona Champions Sdn Bhd. Produk yang dibawa untuk pameran adalah madu trigona dan sabun pelbagai jenis yang dihasilkan sendiri oleh trigona UCB," katanya.

Menurutnya, UCB merupakan satu-satunya universiti yang mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.

Antara kategori yang telah dipertandingkan ialah Best Salesmanship, Best Booth dan Global Enterprise Challenge.

Global Enterprise Challenge, PE Fair Asia 2017 dan PE StartUP Challenge merupakan pertandingan berbentuk keusahawanan.

Tahun 2017 merupakan tahun kedua pertandingan seumpamanya diadakan di Asia. Kali pertama pertandingan tersebut diadakan di Shanghai, China pada tahun 2016.

Delegasi ke Korea terdiri daripada sepuluh orang iaitu empat orang pelajar, dua orang pensyarah serta empat orang pengurusan tertinggi (Timbalan Naib Canselor HEPA, bendahari, Timbalan Pendaftar dan pengarah bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa).

Pensyarah yang terlibat adalah Norulhuda Abdul Razak, Pensyarah Perakaunan selaku Ketua Jabatan Bestari Practice Enterprise Centre (BESTPEC) sebagai Pensyarah Perakaunan dan Norhafizah Ahmad, Pensyarah Kewangan selaku BESTPEC Trainer.

Pertandingan keusahawanan itu memberi peluang kepada pelajar dan pelatih Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa (BestPEC) UCB menimba pengalaman peringkat antarabangsa," katanya sewaktu mengadakan sidang media di UCB, hari ini.

Katanya, produk yang dibawa oleh pasukan Trigona Champions Sdn Bhd itu untuk dipertandingkan adalah madu kelulut Trigona dan lima jenis sabun berasaskan madu dihasilkan sendiri Trigona UCB.

Dalam pada itu empat penuntut terbabit iaitu Puteri Shafiqatul Atras Megat Hamari, 24, Intan Sofea Zulkarnain, 21,Mohamad Noorfitri Jaafar, 22, dan Muhammad Ideham Isa, 21, bersyukur kerana penyertaan kali pertama mereka berjaya membuahkan hasil.

Ketua delegasi itu ialah Prof. Dr. Sulaiman bin Yamin, (TNC HEPA) dan turut disertai Iskandar Arash bin Mahmud (Bendahari UCB), Zainah Jamil (Timb.Pendaftar UCB) dan Abdul Razak Salleh (Pengarah Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa).

 sumber :https://www.facebook.com/ImanTribune/