Thursday, November 9, 2017

University College Bestari Cipta Nama di Korea

Oleh Aminudin Ismail

University College Bestari (UCB), Setiu berjaya mencipta nama di persada dunia apabila menang pertandingan yang dianjurkan oleh KoreaPEN dengan kerjasama EUROPEN-PEN International iaitu Global Enterprise Challenge, PE Fair Asia 2017 dan PE StartUP Challenge, yang diadakan di Korea Selatan, baru-baru ini.


Naib Canselor UCB, Prof. Dr. Ab Aziz Yusof berkata, lebih membanggakan penyertaan kali pertama oleh Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa (BestPEC), UCB membuahkan hasil apabila menang dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Juara, Naib Juara dan tempat Ketiga dalam tiga kategori pertandingan yang disertai itu.

"BestPEC UCB mengambil peluang ini untuk memberi pengalaman kepada pelajar dan pelatih BestPEC di peringkat antarabangsa.

"PE (Practice Enterprise) yang dibawa adalah Trigona Champions Sdn Bhd. Produk yang dibawa untuk pameran adalah madu trigona dan sabun pelbagai jenis yang dihasilkan sendiri oleh trigona UCB," katanya.

Menurutnya, UCB merupakan satu-satunya universiti yang mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.

Antara kategori yang telah dipertandingkan ialah Best Salesmanship, Best Booth dan Global Enterprise Challenge.

Global Enterprise Challenge, PE Fair Asia 2017 dan PE StartUP Challenge merupakan pertandingan berbentuk keusahawanan.

Tahun 2017 merupakan tahun kedua pertandingan seumpamanya diadakan di Asia. Kali pertama pertandingan tersebut diadakan di Shanghai, China pada tahun 2016.

Delegasi ke Korea terdiri daripada sepuluh orang iaitu empat orang pelajar, dua orang pensyarah serta empat orang pengurusan tertinggi (Timbalan Naib Canselor HEPA, bendahari, Timbalan Pendaftar dan pengarah bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa).

Pensyarah yang terlibat adalah Norulhuda Abdul Razak, Pensyarah Perakaunan selaku Ketua Jabatan Bestari Practice Enterprise Centre (BESTPEC) sebagai Pensyarah Perakaunan dan Norhafizah Ahmad, Pensyarah Kewangan selaku BESTPEC Trainer.

Pertandingan keusahawanan itu memberi peluang kepada pelajar dan pelatih Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa (BestPEC) UCB menimba pengalaman peringkat antarabangsa," katanya sewaktu mengadakan sidang media di UCB, hari ini.

Katanya, produk yang dibawa oleh pasukan Trigona Champions Sdn Bhd itu untuk dipertandingkan adalah madu kelulut Trigona dan lima jenis sabun berasaskan madu dihasilkan sendiri Trigona UCB.

Dalam pada itu empat penuntut terbabit iaitu Puteri Shafiqatul Atras Megat Hamari, 24, Intan Sofea Zulkarnain, 21,Mohamad Noorfitri Jaafar, 22, dan Muhammad Ideham Isa, 21, bersyukur kerana penyertaan kali pertama mereka berjaya membuahkan hasil.

Ketua delegasi itu ialah Prof. Dr. Sulaiman bin Yamin, (TNC HEPA) dan turut disertai Iskandar Arash bin Mahmud (Bendahari UCB), Zainah Jamil (Timb.Pendaftar UCB) dan Abdul Razak Salleh (Pengarah Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa).

 sumber :https://www.facebook.com/ImanTribune/

No comments:

Post a Comment