Monday, February 17, 2014

Jenis-Jenis Grafik

JENIS-JENIS GRAFIK

Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.  

  • Fotograf (Gambar Foto)
         Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan di dalam sesuatu komunikasi. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik.
  • Lukisan
Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.
  • Kartun
          Sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna. Ia juga sering digunakan sebagai watak pengacara di dalam sesebuah aplikasi multimedia yang menbantu serta membimbing pengguna disepanjang perlajanan sesebuah  aplikasi.
  • Diagram
Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang sebenar.

  • Graf/Carta
Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.





KATEGORI GRAFIK

Grafik Vektor
  •      Juga dikenali sebagai imej lukisan (draw-type images) atau imej berasaskan objek (object oeriented images)
  • Merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer menggunakan perisian –perisian tertentu.
  • Diwakili dalam bentuk geometrik (arahan metematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dan sebagainya.
  • Imej jenis ini dibina berdasarkan dua garisan pada dua penpenjuru yang bertentangan.
  • Contoh : sebuah segiempat boleh diwakili seperti berikut :

RECT : 0, 0, 200, 200
RECT : 0, 0, 200, 200 ,RED, BLUE

  •  Ataupun menerusi kod aturcara yang berikut:


Line startcoord=”x, 01  y, 01”
Endcoord=”x,20  y,20”  thickness=”3”

  • Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut
  • Sekiranya terdapat lebih dari satu garisan yang dilukis maka ianya akan mengandungi maklumat perkaitannya dengan bahagian (lukisan) yang lain.
  • Sekiranya perubahan dilakukan contohnya dari sudut saiz bulatan, hubungkait perkaitan antara bulatan dan garisan tersebut masih kekal tidak berubah.



Kelebihan imej vektor
  • dapat mengubah saiz dan memutarkan sesebuah grafik atau imej       tanpa gangguan terhadap kualitinya.
  • Saiz fail atau ruang storan untuk menyimpan imej adalah kecil kerana imej ini disimpan dalam set-set arahan kompter
  • Imej vektor mudah diubahsuai seperti putaran, translasi dan pantulan.
  • Imej vektor juga boleh mewakili gabungan objek yang lebih kompleks seperti roda, enjin, sayap, pintu dan sebagainya  


Kelemahan imek vektor
  • Imej adlah kurang realisitk kerana dihasilkan menggunakan komputer.
  • Semakin kompleks imej yang dilukis semakin besar saiz failnya dan semakin lambat ianya dipaparkan pada skrin
  • Memerlukan kepakaran dalam komputer yang tinggi


Kegunaan imej vektor
  • Popular digunakan bagi tujuan mrnyimpan fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clip Art dan kemudian dikomersilkan.
  • Sering digunakan dalam bidang teknikal seperti CAD/CAM, permodelan saintifik, senibina, senireka dan sebagainya  yang memerlukan keupayaan bagi proses memanipulasikan imej seperti memindah, memadam, menukar saiz, membuat salinan dan lain-lain.
  • Imej vektor juga sering digunakan dalam dunia senireka grafik dan multimedia terutamanya hasil sokongan perisian grafik komputer berasaskan vektor seperti Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, AutoCad, CorelDraw dan sebagainya.

Grafik Bitmap
  • Juga dikenali sebagai imej raster.
  • Ia mewakili sesuatu imej sebagai susunan titik yang dikenali sebagai piksel atau bit.
  • Bitmap mewakili imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrik mudah yang menerangkan setiap piksel yang wujud dalam membentuk imej.
  • Matrik satu dimensi diperlukan oleh komputer monokrom (hitam dan putih).
  • Kedalaman(depth) yang lebih tinggi diperlukan bagi mewakili elemen yang mempunyai warna yang lebih banyak.
  • Imejnya diwakili sebagai imej 4 bit, 8 bit, 16 bit, 24 bit dan sebagainya
  • Sekiranya diperhatikan sesebuah skrin komputer dengan lebih dekat, maka dapat diperhatikan bahwa setiap aksara atau imej padanya dibentuk hasil gabungan titik-titik yang dinamakan piksel (picture element)
  • Piksel merupakan elemen terkecil yang dipaparkan pada skrin komputer.






Kaedah menghasilkan imej Bitmap
  • Imej bitmap bukan dihasilkan komputer tetapi sebaliknya diperolehi dari sumber sebenar kemudian diterjemahkan ke dalam bentuk digital oleh peranti seperti pengimbas, kamera digital dan sebagainya.
  • Secara amnya, terdapat 3 kaedah utama bagi menghasilkan imej jenis bitmap.
o   Dihasilkan dari awal dengan menggunakan Program Lukisan berasaskan komputer (Paint Program)
o   Menggunakan kaedah menangkap imej terus dari skrin (screen capture)
o   Menggunakan pengimbas (scanner), kamera digital atau kad video.
  • Antara perisian grafik yang popular yang digunakan bagi mengubah atau meminda imej jenis bitmap ialah Adobe Photoshop, Macromedia X-Res dan Painter.


Resolusi dan warna dalam bitmap
  • Resolusi imej bitmap ditentukan oleh dimensi imej tersebut dalam keadaan menegak dan melintang dalam unit piksel. Contohnya : imej bitmap mempunyai resolusi 640 x 480 akan memenuhi keseluruhan paparan skrin VGA yang normal.
  • Satu prinsip asas yang mudah untuk menentukan kualiti sesebuah imej bitmap ialah semakin tinggi nilai piksel sesebuha imej maka semakin baik resolusi dan smekain jelas sesebuah imej tersebut.
  • Kedalaman warna (color depth) bagi sesebuah imej bitmap pula ditentukan oleh jumlah ingatan atau maklumat yang ada bagi setiap piksel
  • Prinsip asas yang mudah : jumlah warna yang mampu dipaparkan pada sesebuah imej ditentukan oleh kuasa dua kepada jumlah bit yang ada pada imej tersebut bagi setiap piksel.
  • Inibermakan imej bitmap ang mempunyai 4 bit bermakna ia mempunyai 24 iaitu bersamaan 16 warna.
  • Biasanya imej bitmap beresolusi tinggi hanya boleh dipaparkan dengan baik melalui perkaksan yang digunakan adalah baik.

Kelebihan menggunakan bitmap
  • Imej bitmap sesuai digunakna sekiranya tahap imej yang agak mendalam serta kualiti paparan imej seperti mana di dalam kehidupan sebenar diperlukan
  • Mampu mnyimpan sejumlah besar makluma mengenai imej tersesbut dan ia membolehkan imej diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yang tinggi dan mendalam.

Kelemahan imej bitmap
  • Imej jenis adalah bergantung kepada resolusi dan biasanya akan membentuk saiz fail yang agak besar.
  • Pembesaran dan pengecilan saiz akan mengurangkan kualiti imej bitmap kerana ia menambah dan mengurangkan piksel bagi memenuhi keperluan saiz imej yang dikehendaki. Imej yang terhasil akan kelihatan kabur, bergerigi dan tidak begitu menarik perhatian.
  • Imej bitmap juga memerlukan ingatan komputer yang tinggi memandangkan nilai bagi setiap piksel secara individu perlu disimpan serta dirakamkan.
  • Apabila kedalaman warna (color depth) sesebuah imej tersebut meningkat, saiz imej serta ruang ingatan yang diperlukan juga akan turut meningkat.

Anti-aliasing
·         Merupakan satu proses untuk menjadikan bahagian tepi sesebuah imej itu kabur
·         Bertujuan menyingkirkan gerigi (jagged) atau bahagian tepi imej kelihatan kasar
·         Proses anti-aliasing ialah komputer akan secara efektif menambah warna-warna yang diperlukan oleh imej yang berkenaan.


No comments:

Post a Comment