Monday, October 12, 2015

PELUANG PEKERJAAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT







Pada masa kini permintaan yang tinggi dalam bidang terknologi maklumat telah membantu ramai graduan-graduan dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, kejuruteraan Perisian dan lain-lain untuk mendapat peluang pekerjaan dalam sistem maklumat adalah terbaik. Terdapat banyak pekerjaan dalam sistem maklumat yang boleh dipertimbangkan. Antaranya ialah juruanalisis sistem, pengurus Web, pentadbir pangkalan data, pengaturcara, pengurus rangkaian, penulis teknikal dan jurulatih komputer. dibawah saya sertakan antara bidang-bidang yang menjadi pilihan organisasi dalam industri IT

Entri kali ini saya akan memperjelaskan 5 kerjaya / pekerjaan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT sama ada IPTA atau IPTS. Mengikut statistik dari Kementerian Pengajian Tinggi, bilangan graduan tersebut melebihi 25 000 orang dari tahun 2001 – 2007. Oleh itu, ramai di luar sana tertanya-tanya dan mempersoalkan apakah kerjaya graduan-graduan tersebut sedangkan pasaran kerja sekarang tidak menentu.



Mengikut laporan dari JobStreet.com [rujukan], pasaran kerja dalam industri IT, Komputer dan Pembangunan Sistem masih lagi mendapat 3 teratas selepas industri Pembuatan dan Elektronik.Ini menunjukkan bahawa peratus popular kerjaya graduan IT & Sains Komputer masih di tahap membanggakan. Mengikut artikel JobStreet.com tersebut, industri pembuatan dan elektronik juga memerlukan kepakaran dari bidang IT atau Komputer. Oleh itu, inilah fakta yang patut dibanggakan seterusnya menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada graduan IT dan Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian, Bioinfomatik, Grafik, Komputer Industri, Sains Maklumat dan sebagainya).



Berikut adalah 9 kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT :

Juruanalisis Sistem

  • Pekerjaan ini amat diperlukan dan ia dijangka meningkat dua kali ganda pada tahun 2005.
  • Antara tugasnya;
    • Bekerjasama dengan individu lain dalan organisasi untuk menilai keperluan maklumat.
    • Merekabentuk perisian dan perkakasan komputer untuk memenuhi keperluan 
    • Melaksanakan sistem maklumat.

Pengurus Web

  • Salah satu perkerjaan terbaru dan mendapat permintaan tinggi.
  • Antara tugasnya – merekabentuk, membina, mengawas dan menilai halaman Web korporat.
  • Kepentingan dan permintaan terhadap pengurus Web akan terus bertambah berikutan perlaksanaan intranet dan extranet dalam organisasi.
  • Kemahiran – gabungan antara kemahiran teknik Internet dalam kepakaran merekabentuk susun atur.

Pentadbir Pangkalan Data

  • Peranannya dalam sesebuah organisasi besar adalah kritikal.
  • Bertanggungjwab menstruktur, menyelaras, menggabung dan mengemaskini pangkalan data dalaman.
  • Terlibat dalam memilih dan mengawasi pangkalan data luaran termasuk pangkalan data Internet.

Pengaturcara

  • Satu perkerjaan yang mempunyai permintaan yang tinggi.
  • Tugas – 
    • merekabentuk perisian baru atau menyemak semula atur cara sedia ada.

Penulis Teknikal

  • Tugas – menulis penerangan bagaimana aturcara komputer berfungsi.
  • Bekerja rapat dengan juruanalisis sistem dan pengguna, untuk mendokumen sistem maklumat dan menghasilkan manual pengguna yang ditulis dengan jelas.


Pengurus Rangkaian

  • Hampir kesemua sistem maklumat sesebuah organisasi disambungkan ke rangkaian.
  • Tugas – menentukan maklumat sedia ada dan sistem komunikasi beroperasi dengan berkesan, dan melaksana sistem komunikasi baru jika perlu.
  • Kepentingan pekerjaan ini dalam kebanyakan organisasi meningkat dengan mendadak setelah Internet memainkan peranan yang lebih besar dalam komunikasi korporat.
  • Bertanggungjawab menentukan keselamatan komputer dan rahsian individu.

Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi

  • Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. 
  • Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. 
  • Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.

Jurulatih Komputer

  • Langkah utama dalam merekabentuk sistem maklumat baru ialah menyedia dan melatih pengguna. 
  • Tugas – menyediakan kelas latihan untuk penggunadan memberiu peluang mereka menjelajah sistem baru, menanya soalan dan mencuba fungsi umum. 

Jurutera Rangkaian

  • Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian. 


Software Developer, System Analyst dan Web Developer adalah senarai kerjaya paling best tahun 2014 yang dinyatakan dalam akhbar portal USNEWS. Sila ke link berikut: http://money.usnews.com/careers/best-jobs/rankings/the-100-best-jobs

No comments:

Post a Comment