Wednesday, January 29, 2014

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA

Koridor raya multimedia adalah satu kawasan kira-kira 50 km dengan 15 km yang meliputi tiga projek mega. Tiga projek mega tersebut ialah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Putrajaya dan Lapangan TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini menggunakan produk dan perkhidmatan multimedia. Di kawasan Koridor raya Mulrimedia terdapat pusat pemangkin aktiviti dan projek multimedia.
Syarikat multimedia bertaraf dunia telah banyak menerima pelawaan kerjaaan untuk mendirikan pusat perniagaan dna kemudahan penyelidikan mereka di sini.


Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
  • Diwujudkan sebagai kawasan komersil di Kuala Lumpur.
  • Dianggap sebagai bandaraya dalam bandaraya (city within city)
  • Menggunakan kemudahan LRT ,jalan raya dan sistem pengangkutan antara Bandar (intercity)yang dicadangkan
  • Sistem komunikasi yang disambungkan terus dengan satelit Malaysia(Measat1) dan satelit laiN
  • Bangunan di sini mempunyai cirri bangunan pintar (intelligent building) yang terletak di taman rekreasi yang luas.


Putrajaya

  • Dibangunkan sebagai pusat pentadbiran baru kerajaan Malaysia
  • Akan dijadikan sebagai sebuah bandaraya pintar menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang paling canggih.


Cyberjaya

  • Terletak di tengah-tengah kawasan pembangunan MSC. Bakal menjadi bandar teknologi maklumat yang paling unik dan pertama di dunia yang menggabungkan konsep empat hala – manusia dengan manusia, alam, teknologi dan Pencipta
  • Luas kawasan = 7000 hektar, mengekalkan 35% kawasan hijau, menawarkan konsep mesra ekonomi dan kehidupan berasaskan ilmu
  • Cyberjaya bakal menampung 240000 penduduk termasuk 10000 pekerja professional dalam cabang IT.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

  • Terletak di Sepang, bahagian selatan MSC.
  • Dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998 dengan kos pembinaan ialah RM 13 billion
  • Merupakan lapangan terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia selepas Lapangan Terbang Denver (AS)

Tujuan

  • Menjadikan Malaysia salah sebuah Negara yang maju dan berteknologi tinggi.
Perlaksanaan

MDC

  • Multimedia Development Corporation (MDC) bertanggungjawab mengkoordinasi perlaksanaan sepenuhnya tujuh aplikasi flagship MSC.
  • Kerajaan telah mengenalpasti tujuh agensi untuk mengetuai perlaksanaan setiap aplikasi flagship tersebut. Agensi tersebut ialah:
    • Malaysia Administrative Modernisation and Management Planning Unit or MAMPU (kerajaan elektronik)
    • Ministry of Health (teleperubatan)
    • Ministry of Education (sekolah bestari)
    • Bank Negara (kad pelbagaiguna)
    • Ministry of Science, Technology and Environment (pusat penyelidikan dan pembangunan)
    • Ministry of International Trade and Industry (Jalinan perkilangan dunia)
    • MDC ( pemasaran tanpa sempadan)

Panel Penasihat Antarabangsa (IAP)
  • International Advisory Panel (IAP) merupakan badan yang akan memfokus pada kemahiran dan pembinaan kerja berniali tinggi serta perkongsian perkhidmatan dan peluang di MSC dan Malaysia.

Aplikasi Utama Flagship : Konsep dan CRFP

  • 15 Concept Requestfor Proposals (CRFP) di bawah 4 aplikasi iaitu Kerajaan elektronik, TelePerubatan, Sekolah Bestari dan Kad Pelabagaiguna telah dilancarkan pada 26. Julai 1997 oleh Perdana Menteri.
  • CRFP merujuk kepada dokumentasi (proceurement) yang berkomsep baru.
  • Dokumen menyenaraikan teknikal yang minima dan keperluan yang berkaitan seperti kefungsian, operasi, kewangan dan keupayaan penglibatan organisasi yang menawarkan penyelesaian inovatif dan kreatif.
  • Dokumen disediakan melalui usaha kerjasama MDC, ketua-ketua agensi, webshaper yang mewakili domestic dan luar Negara.
  • Pilihan aplikasi atau projek untuk setiap aplikasi Flagship MISC bargantung kepada dua iaitu feasibility dan kesan nya.
  • Setiap apliksi akan dinilai untuk memastikan ia mempunyai high visibility, high value, high urgency yang boleh meningkatkan keefisienan nya.
  • Feasibility = kesediaadaan teknologi yang mudah untuk diimplementasikan yang munasabah dengan kos kerajaan, rangka masa pendek, dan penerimaan pengguna yang tinggi.
  • Terdapat tujuh aplikasi utama Flagship bagi MSC iaitu:

1.     Kerajaan Elektronik

    • Putrajaya telah dibangunkan menjadi pusat pentadbiran kerajan Malaysia yang baru yang terletak di kawasan MSC
    • System pentadbiran kerajaan elektronik akan menggunakan teknologi computer dan multimedia yang melibatkan urusan kerajaan.
    • Perhubungan antara jabatan kerajaan akan dijalankan dengan cara elektroniik dan multimedia. 
    • Urusan orang ramai juga akan dibuat dengan secara elektronik seperti dalam urusan kad pengenalan, pendaftaran beranak & mati dan lessen memandu
    • Beberapa kementerian akan dilengkapi dengan kemudahan persidangan video (video conferencing). Oleh itu kakitangan kementerian tersebut tidak perlu ke tempat mesyuarat.
    • Kelebihan melaksanakan kerajaan elektronik ialah :
      • Memajukan perkhidmatan penghantaran
      • Rakyat memperolehi capaian yang lebih baik .
      • Contohnya : perkhidmatan pelbagai (multi services) dibekalkan menerusi one-stop shop seperti kiosk, sementara penghantaran maklumat pelbagaisaluran disediakan melalui kiosk, PC, TV interaktif,telefon dan fax.
      • Semua perkhidmatan kerajaan (transaksi dan pembayaran atau capaian maklumat.
        • Meningkatkan keefektifan dan keberkesanan kerajaan
      •  Meningkatkan hubungan antara agensi dan rakyat
      • System kerja dan proses boleh ditingkatkan
      • Sebagai tambahan, kepantasan membuat keputusan boleh dikembangkan bergantung kepada aliran maklumat yang licin.

2. Sekolah Bestari
    • Kerajaan bercadang untuk mengadakan kemudahan computer dan internet ke semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2000
    • Tujuannya supaya dapat dipercepatkan usaha celik IT di kalangan rakyat.
    • Beberapa sekolah bestari contoh dimajukan di kawasan MSC dan ia diperluaskan ke sekolah luar kawasan MSC.
    • Syarikat yang mempunyai status MSC akan membantu sekolah bestari dengan memajukan aplikasi computer, kurikulum, bahan kursus, latihan guru dan kakitangan serta penyediaan infrastruktur.
    • Tiga projek Pilot yang dirancang di bawah aplikasi ini ialah :
      • Teaching-learning Materials
      • Assesement System
      • Management System

3. TelePerubatan

    • Teknologi multimedia akan disepadukan (incorporated) ke dalam system kesihatan Negara melalui aplikasi teleperubatan (telemedicine)
    • Aplikasi ini termasuk menyimpan rekod pesakit, pengesahan penyakit & rawatan dan perundingan perubatan jarak jauh secara elektronik.
    • Beberapa syarikat dan universiti akan memajukan aplikasi teleperubatan yang berpusat di kawasan MSC
    • Hospital pertama yang dilengkapi dengan kemudahan teleperubatan telah siap dibina di Selayang, Selangor pada tahun 1998 yang menjadi perintis bagi semua hospital lain di Malaysai untuk menggunakan system multimedia.
    • Empat projek Pilot yang dirancang di bawah aplikasi ini ialah :
      • Mass Customised / Personalised Health Information and Education
      • Continuing Medical Education
      • Teleconsultation
      • Lifetime Health Plan

4. Pusat-pusat Penyelidikan ( R&D Clusters)

    • Malaysia merancang untuk menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi multimedia yang maju dengan kerjasam syarikat besar dan universiti.
    • Universiti Multimedia terlatak dalam kawasan MSC menjadi pemangkin (catalyst) bagi sesebuah masyarakat penyelidik yang dinamik.
    • Dengan kepakaran penyelidik dan persekitaran MSC yang unik banyak produk multimedia dan aplikasi baru dapat diuji dan dimajukan.

5.Kad Pintar Kebangsaan

  • Kad Pintar Pelbagaiguna Kerjaan (KPPK) merupakan kad pintar pertama di dunia yang menggabungkan 4 aplikasi kerajaan dan 2 aplikasi pilihan.
  • Kad pintar ini akan menggantikan kad pengenalan dan lessen memandu
  • Disamping itu, maklumat passport dan maklumat mengenai kesihatan juga disimpan di dalam kad.
  • Sebgaai tambahan aplikasi e-tunai dan prasarana kunci awam (PKI) turut dimasukkan.
  • KPPK juga mempunyai cirri-ciri keselamatan yang tinggi untuk mengelakkan penyalahgunaan kad.
  • Teknologi cip KPPK membolehkan maklumat tambahan dimuatkan ke dalam kad yang meliputi maklumat asas KPPK serta gambar pemegang kad, tempat lahir, cap jari dan nombor pemilik.
  • Cip ini juga maklumat imigresen seperti nombor siri passport dan tarikh luput passport.
  • Rekod kesihatan yang penting seperti alahan(allergy) dan jenis darah dimuatkan di dalam cip
  • Maklumat dalam cip KPPK,boleh dibaca menggunakan Alat Membaca Kad Mini dan Alat Pembaca Kad Mudahalih.
  • KPPK telah dilancarkan pada 2001 dan dikenali MyKad

6. Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan

  • Koridor raya Multimedia akan dihubungkan dengan semua Negara di kawasan Asia Pasifik dan dunia melalui system telekomunikasi yang canggih.
  • Undang-undang dan polisi yang fleksibel, infrastruktur yang baik dan kemahiran rakyat dalam pelbagai bahasa menjadi asas perniagaan yang baik.
  • Ini kerana syarikat MSC mampu menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan dalam segala urusan perniagaan di rantau ini
  • MSC akan bertindak sebagai pentas (platform) untuk syarikat menyediakan perkhidmatan pelanggan seperti telepemasaran (telemarketing), sokongan teknikal dan pemprosesan data.

7. Jalinan Perkilangan Dunia

  • Koridor raya multimedia boleh digunakan sebagai pusat perkilangan dunia.
  • Melalui hubungan telekomunikasi rekabentuk barangan yang dibuat di luar Negara akan dapat di bawa dengan cepat ke kilang di kawasan MSC
  • Kilang tempatan ini akan menghasilkan barangan yang akan diagihkan dengan cepat ke seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment