Wednesday, January 16, 2013

JENIS-JENIS GRAFIK

JENIS-JENIS GRAFIK


Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya. 

1.Fotograf (Gambar Foto) 

Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan di dalam sesuatu komunikasi. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik. 

2.Lukisan 

Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak. 

3.Kartun 

Sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna. Ia juga sering digunakan sebagai watak pengacara di dalam sesebuah aplikasi multimedia yang menbantu serta membimbing pengguna disepanjang perlajanan sesebuah aplikasi.

4.Diagram 

Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang sebenar.

5.Graf/Carta 

Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.



GRAFIK

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud ‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan.

Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza.

Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.


Kepentingan Grafik

Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.


Format Fail Grafik untuk internet

Biasanya bagi penggunaan grafik di dalam internet, sambungan atau format fail yang biasa digunakan ialah GIF (Graphic Interchange Format) dan JPEG (Joint Photographic Expert Group). 


GIF (Graphic Interchange Format)


Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ianya merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer. Piawaian jenis ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe iaitu salah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan papan buletin(bulletin board) yang terkemuka. Format penyimpanan fail grafik secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.

Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit yang mana ini bermakna ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza. Ini membolehkan satu fail yang kecil dihasilkan dan ini merupakan antara faktor kenapa imej berformat GIF sering digunakan bagi tujuan pindah terima memerusi talian internet.

Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi namun ianya mempunyai satu kelemahan di mana ianya tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna


JPEG (Joint Photographic Expert Group) 


Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan. Ini memandangkan JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF.


Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.

Format Fail Grafik Yang lain


· BMP (Bitmap)


BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar. Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima ofrmat fail ini.


· TIFF (Tagged Image File Format) 


TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ianya khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. Kini ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.


· PICT


PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada mana-mana perkataan. Format fail ini muncul kali pertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw. Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vektor. 


· TGA (Targa) 


TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia juga sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej statik.


· EPS (Encapsulated PostScript) 


EPS merupakan format fail yang piawai bagi menyimpan ilustrasi PostScript yang mempunyai resolusi yang tinggi. Format jenis ini juga sesuai digunakan bagi meyimpan imej pada komputer yang menggunakan sistem Macintosh mahupun Windows bagi tujuan persembahan secara elektronik.



· WMF (Windows Metafile Format)


Format ini digunakan bersama – sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya “clipart”. Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini.


Perisian-perisian Grafik


Sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal (dari hasil imbasan misalnya) biasanya perlu diubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan di dalam pembangunan sesebuah projek multimedia. Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini sama ada dari sudut saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakan perisian bahasa gubahan. Namun adalakanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi menghasilkan kerja grafik yang berkualiti tinggi. Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah :


(i) Microsoft Paint atau Paint Brush


(ii) Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator


(iii) Corel Draw


(iv) Painter 3D


(v) Macromedia Freehand


(vi) Micrograft Designer


(vii) Autucad




KATEGORI GRAFIK


Grafik Vektor

Juga dikenali sebagai imej lukisan (draw-type images) atau imej berasaskan objek (object oeriented images) 
Merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer menggunakan perisian –perisian tertentu. 
Diwakili dalam bentuk geometrik (arahan metematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dan sebagainya. 
Imej jenis ini dibina berdasarkan dua garisan pada dua penpenjuru yang bertentangan. 
Contoh : sebuah segiempat boleh diwakili seperti berikut : 


RECT : 0, 0, 200, 200


RECT : 0, 0, 200, 200 ,RED, BLUE


Ataupun menerusi kod aturcara yang berikut: 


Line startcoord=”x, 01 y, 01”


Endcoord=”x,20 y,20” thickness=”3”


Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut 
Sekiranya terdapat lebih dari satu garisan yang dilukis maka ianya akan mengandungi maklumat perkaitannya dengan bahagian (lukisan) yang lain. 
Sekiranya perubahan dilakukan contohnya dari sudut saiz bulatan, hubungkait perkaitan antara bulatan dan garisan tersebut masih kekal tidak berubah. 


Kelebihan imej vektor

dapat mengubah saiz dan memutarkan sesebuah grafik atau imej tanpa gangguan terhadap kualitinya. 
Saiz fail atau ruang storan untuk menyimpan imej adalah kecil kerana imej ini disimpan dalam set-set arahan kompter 
Imej vektor mudah diubahsuai seperti putaran, translasi dan pantulan. 
Imej vektor juga boleh mewakili gabungan objek yang lebih kompleks seperti roda, enjin, sayap, pintu dan sebagainya 


Kelemahan imek vektor

Imej adlah kurang realisitk kerana dihasilkan menggunakan komputer. 
Semakin kompleks imej yang dilukis semakin besar saiz failnya dan semakin lambat ianya dipaparkan pada skrin 
Memerlukan kepakaran dalam komputer yang tinggi 


Kegunaan imej vektor

Popular digunakan bagi tujuan mrnyimpan fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clip Art dan kemudian dikomersilkan. 
Sering digunakan dalam bidang teknikal seperti CAD/CAM, permodelan saintifik, senibina, senireka dan sebagainya yang memerlukan keupayaan bagi proses memanipulasikan imej seperti memindah, memadam, menukar saiz, membuat salinan dan lain-lain. 
Imej vektor juga sering digunakan dalam dunia senireka grafik dan multimedia terutamanya hasil sokongan perisian grafik komputer berasaskan vektor seperti Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, AutoCad, CorelDraw dan sebagainya. 

Grafik Bitmap

Juga dikenali sebagai imej raster. 
Ia mewakili sesuatu imej sebagai susunan titik yang dikenali sebagai piksel atau bit. 
Bitmap mewakili imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrik mudah yang menerangkan setiap piksel yang wujud dalam membentuk imej. 
Matrik satu dimensi diperlukan oleh komputer monokrom (hitam dan putih). 
Kedalaman(depth) yang lebih tinggi diperlukan bagi mewakili elemen yang mempunyai warna yang lebih banyak. 
Imejnya diwakili sebagai imej 4 bit, 8 bit, 16 bit, 24 bit dan sebagainya 
Sekiranya diperhatikan sesebuah skrin komputer dengan lebih dekat, maka dapat diperhatikan bahwa setiap aksara atau imej padanya dibentuk hasil gabungan titik-titik yang dinamakan piksel (picture element) 
Piksel merupakan elemen terkecil yang dipaparkan pada skrin komputer. 


Kaedah menghasilkan imej Bitmap

Imej bitmap bukan dihasilkan komputer tetapi sebaliknya diperolehi dari sumber sebenar kemudian diterjemahkan ke dalam bentuk digital oleh peranti seperti pengimbas, kamera digital dan sebagainya. 
Secara amnya, terdapat 3 kaedah utama bagi menghasilkan imej jenis bitmap. 


o Dihasilkan dari awal dengan menggunakan Program Lukisan berasaskan komputer (Paint Program)


o Menggunakan kaedah menangkap imej terus dari skrin (screen capture)


o Menggunakan pengimbas (scanner), kamera digital atau kad video.

Antara perisian grafik yang popular yang digunakan bagi mengubah atau meminda imej jenis bitmap ialah Adobe Photoshop, Macromedia X-Res dan Painter. 



Resolusi dan warna dalam bitmap

Resolusi imej bitmap ditentukan oleh dimensi imej tersebut dalam keadaan menegak dan melintang dalam unit piksel. Contohnya : imej bitmap mempunyai resolusi 640 x 480 akan memenuhi keseluruhan paparan skrin VGA yang normal. 
Satu prinsip asas yang mudah untuk menentukan kualiti sesebuah imej bitmap ialah semakin tinggi nilai piksel sesebuha imej maka semakin baik resolusi dan smekain jelas sesebuah imej tersebut. 
Kedalaman warna (color depth) bagi sesebuah imej bitmap pula ditentukan oleh jumlah ingatan atau maklumat yang ada bagi setiap piksel 
Prinsip asas yang mudah : jumlah warna yang mampu dipaparkan pada sesebuah imej ditentukan oleh kuasa dua kepada jumlah bit yang ada pada imej tersebut bagi setiap piksel. 
Inibermakan imej bitmap ang mempunyai 4 bit bermakna ia mempunyai 24 iaitu bersamaan 16 warna. 
Biasanya imej bitmap beresolusi tinggi hanya boleh dipaparkan dengan baik melalui perkaksan yang digunakan adalah baik. 


Kelebihan menggunakan bitmap

Imej bitmap sesuai digunakna sekiranya tahap imej yang agak mendalam serta kualiti paparan imej seperti mana di dalam kehidupan sebenar diperlukan 
Mampu mnyimpan sejumlah besar makluma mengenai imej tersesbut dan ia membolehkan imej diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yang tinggi dan mendalam. 


Kelemahan imej bitmap

Imej jenis adalah bergantung kepada resolusi dan biasanya akan membentuk saiz fail yang agak besar. 
Pembesaran dan pengecilan saiz akan mengurangkan kualiti imej bitmap kerana ia menambah dan mengurangkan piksel bagi memenuhi keperluan saiz imej yang dikehendaki. Imej yang terhasil akan kelihatan kabur, bergerigi dan tidak begitu menarik perhatian. 
Imej bitmap juga memerlukan ingatan komputer yang tinggi memandangkan nilai bagi setiap piksel secara individu perlu disimpan serta dirakamkan. 
Apabila kedalaman warna (color depth) sesebuah imej tersebut meningkat, saiz imej serta ruang ingatan yang diperlukan juga akan turut meningkat. 


Anti-aliasing


· Merupakan satu proses untuk menjadikan bahagian tepi sesebuah imej itu kabur


· Bertujuan menyingkirkan gerigi (jagged) atau bahagian tepi imej kelihatan kasar


· Proses anti-aliasing ialah komputer akan secara efektif menambah warna-warna yang diperlukan oleh imej yang berkenaan.




No comments:

Post a Comment