Tuesday, December 29, 2015

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA


  • Secara ringkasnya kita dapati trend perkembangan komputer di Malaysia mengikuti apa yang berlaku di dunia luar oleh kerana secara amnya Malaysia menggunakan teknologi yang diimport.
  • Di akhir tahun 70an, minikomputer dan mikrokomputer 8-bit telah mula diperkenalkan dan banyak lagi organisasi yang telah menggunakan komputer di Malaysia.
  • IBM PC pada tahun 1981 diperkenalkan telah mempercepatkan impak komputer di kalangan masyarakat Malaysia.
  • Perkembangan ini membolehkan banyak industri mengautomatkan operasi harian mereka sehaluan dengan peningkatan kemudahan dan peralatan rangkaian yang berlaku di luar negara.


Komputer di Industri Perbankan


  • Industri perbankan merupakan sektor yang menggunakan teknologi maklumat paling meluas di Malaysia.
  • Pada mulanya, komputer digunakan bagi membantu aspek pengurusan dalaman dalam menguruskan rekod kewangan akaun pelanggan.
  •  Penggunaan mesin ATM merupakan permulaan IT yang menyeluruh. Penempatannya di kawasan lebuh raya, tempat kerja, pusat membeli belah, stesen minyak petrol dana sebagainya telah memberi lebih kesenangan kepada warga Malaysia.
  • Pembayaran bil juga dapat dilakukan di bank sama ada di premis mahu pun di mesin ATM. Lebih menarik sekarang telah mula diperkenalkan pembayaran bil melalui talian telefon dan laman web.
  • Faedah pelaburan di bidang IT mula mendapat pulangan kerana urusan perbankan menjadi bertambah efisyen.
  • Pengawalan oleh badan pengawal seperti Bank Negara dapat membantu meyakinkan pelanggan untuk berurusan dengan bank yang menggunakan IT.
  • Persaingan dari dalam dan luar negara juga menggalakkan bank untuk terus menggunakan IT sebagai tulang belakang perjalanan operasi organisasi mereka.


Telekomunikasi

  • Komunikasi merupakan satu kegiatan yang amat penting kepada organisasi dan individu dalam mengendalikan urusan harian mereka.
  • Penggunaan komputer pada mulanya bertujuan untuk memudahkan urusan pengebilan dan ini berkembang sejajar dengan apa yang berlaku di dunia luar.
  • Sektor telekomunikasi juga menyaksikan percantuman IT dengan komunikasi. Istilah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah diperkatakan.
  • Keseluruhan pengendalian saluran komunikasi membolehkan telefon berfungsi menggunakan ICT disamping perkhidmatan tambahan seperti SMS dan WAP semuanya berkemungkinan menggunakan IT.

Sektor Peruncitan

  • Bidang umum yang telah mula terdapat aplikasi yang kesannya dapat dikecapi oleh orang awam.
  • Pada masa ini, semakin banyak urusniaga yang mana ianya dilakukan dengan menggunakan teknologi maklumat. Ini termasuklah urus niaga di pasaraya, panggung wayang, tol plaza lebuhraya dan di pelbagai kenderaan awam.
  • Kebanyakannya menggunakan kad pintar.

Sektor Awam

  • Penggunaan komputer dalam mengurus dan menyediakan dokumen seperti kad pengenalan dan pasport serta urusan lain dalam pengutipan hasil kerajaan.
  • Pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kerajaan Tempatan, Pejabat Daerah, Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain agensi telah menggunakan komputer dalam melicinkan lagi urusan kutipan hasil mereka.
  • Perkembangan ini telah dibuat untuk memperbanyak dan mengemaskini maklumat yang disebarkan melalui pautan yang disediakan oleh laman web tertentu.
  • Perkembangan ini menjadi lebih teratur apabila Majlis Teknologi Maklumat Negara telah memainkan peranan mereka dengan menggubal apa yang disebut sebagai Agenda Teknologi Maklumat Negara (NITA).
  • Salah satu projek yang dirancang untuk mencapai matlamat NITA ialah Koridor Raya Multimedia (MSC) yang sedang giat dilaksanakan oleh Multimedia Development Corporation (MDC).







INFO TERKINI !!!

WAQAF PENDIDIKAN PEYATIM

1.2 Juta Ringgit Malaysia akan di guna bagi membangun bangunan keusahawanan UCB di setiu, Terengganu . Semua wang ini datang dari hasil Wa...