Monday, February 3, 2014

Typeface dan font

Typeface dan font
  • Typeface merupakan sekumpulan aksara grafik (graphic characters) yang biasanya terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.
  • Fon (font) pula merupakan satu koleksi aksara yang mempunyai stail serupa yang dimiliki oleh sekumpulan typeface.
  • Contoh jenis fon yang biasa ialah bold dan italic. Selain dari itu garisan (underlining), garis kasar (outlining) dan sebagainya juga merupakan fon-fon tambahan yang biasa digunakan.
  • Arial, Helvetica dan Times New Roman merupakan contoh typeface.
  • Arial 12 point Italic pula merupakan contoh fon
  • Secara amnya, fon merujuk kepada jenis tulisan dan typeface merujuk kepada stail tulisan.
  • Pemilihan fon yang betul amat memberi kesan dalam menentukan kebolehbacaan sesuatu paparan sama ada secara bercetak mahupun di dalam sesebuah persembahan multimedia.
  • Fon yang berseseuian dari sudut saiz dan bentuk akan memberi kesan yang berbeza kepada pendekatan, rekabentuk dan makna sesuatu paparan.


Kateogri typeface dan font
Fon dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu serif, sans serif dan dekoratif.

  •  Serif
    • Merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat pada penghujung seseuatu aksara.
    • Contoh : Times News Roman, New Century, SchoolBook dan Palatino.  

  • San serif
    • Sans bermakna tanpa (without) dalam bahasa Perancis, maka fon san serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif.
    • Contoh : Arial, Helvitica dan Optima

No comments:

Post a Comment