Monday, August 24, 2015

ANTARA 5 KERJAYA DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

Software Developer, System Analyst dan Web Developer adalah senarai kerjaya paling best tahun 2014 yang dinyatakan dalam akhbar portal USNEWS. Sila ke link berikut: http://money.usnews.com/careers/best-jobs/rankings/the-100-best-jobs
Entri kali ini saya akan memperjelaskan 5 kerjaya / pekerjaan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT sama ada IPTA atau IPTS. Mengikut statistik dari Kementerian Pengajian Tinggi, bilangan graduan tersebut melebihi 25 000 orang dari tahun 2001 – 2007. Oleh itu, ramai di luar sana tertanya-tanya dan mempersoalkan apakah kerjaya graduan-graduan tersebut sedangkan pasaran kerja sekarang tidak menentu:?
Mengikut laporan dari JobStreet.com [rujukan], pasaran kerja dalam industri IT, Komputer dan Pembangunan Sistem masih lagi mendapat 3 teratas selepas industri Pembuatan dan Elektronik.Ini menunjukkan bahawa peratus popular kerjaya graduan IT & Sains Komputer masih di tahap membanggakan. Mengikut artikel JobStreet.com tersebut, industri pembuatan dan elektronik juga memerlukan kepakaran dari bidang IT atau Komputer. Oleh itu, inilah fakta yang patut dibanggakan seterusnya menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada graduan IT dan Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian, Bioinfomatik, Grafik, Komputer Industri, Sains Maklumat dan sebagainya). :D
Berikut adalah 5 kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT :
1. Pengaturcara
Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya (sumber dari JobStreet.comSoftware Developer, Java Developer, .Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa aturcara. Anda tidak perlu mahir semua bahasa aturcara dan pemikiran logik serta algoritma perlu tinggi (soft skill pun kena mantap ;) ) untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta.
2. IT Eksekutif
Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.
3. Jurutera Rangkaian
Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel  dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.
4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi
Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini. ;)
5. Pegawai Teknologi Maklumat
Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan sains komputer dan IT ;) . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.
P/s: Berusahalah di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Jangan menunggu masa dan tempat yang ideal :) ~Dr. Shukri Abdullah
Rujukan (Statistik Output Graduan IPTA dari 2001 – 2007) : [klik untuk muat turun]

No comments:

Post a Comment