Menghasilkan produk digital adalah sangat mudah. Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu berdasarkan apa sahaja permintaan yang ada. Produk digital boleh jadi berkaitan komputer, software, peralatan rumah atau apa sahaja yang ada di sekeliling anda termasuklah cara membina reban ayam.
Untuk
memudahkan anda membina produk digital, saya telah menyediakan enam langkah
yang anda boleh ikut untuk menghasilkan produk digital anda sendiri. Enam
langkah berikut adalah
Pilih satu
tajuk di dalam niche anda.
Seperti
biasa, langkah pertama dalam penghasilan produk digital adalah pemilihan tajuk.
Cari satu tajuk yang agak kontroversi di dalam niche anda dan mempunyai banyak
permintaan. Contohnya di dalam niche kewangan, anda boleh tulis tujuh cara
memaksa diri sendiri untuk menyimpan wang.
Niche
pendidikan pula, anda boleh tulis 7 cara belajar bahasa Inggeris. Tidak kiralah
apa tajuk yang anda pilih, ia perlulah mempunyai permintaan yang banyak. Ini
kerana permintaan yang banyak boleh memberi keuntungan segera kepada anda.
Buat kajian 7 tip mengenai topik
anda.
Selepas
memilih tajuk, tanpa berlengah, anda cari tujuh tip yang berkaitan dengan topik
anda. Katakan anda memilih topik tujuh cara memberitahu anak perempuan mengenai
haid. Anda buat carian di Internet untuk cari maklumat mengenainya. Anda juga
boleh bertanyakan pada mereka yang pakar.
Selain
itu, anda boleh lakukan kajian di perpustakaan. Selepas anda menyiapkan tujuh
tip tersebut, anda perlulah menulis rumusan bagi setiap tip atau panduan.
Bagi setiap tip anda tulis 50 patah perkataan mengenai topik tersebut.
Tujuh
tip yang anda cari itu, anda perlu tulis rumusan mengenai topik tersebut sekurang-kurangnya
50 patah perkataan. Anda perlu teruskan kajian mengenai topik yang anda pilih
itu berdasarkan tujuh tip yang anda dapat cari. Bagi setiap tip pula, dengan
menggunakan ayat sendiri, anda perlu tulis rumusan mengenainya.
Bagi setiap tip, jadikan ia sebagai
satu bab.
Proses
seterusnya adalah melakukan kajian lebih mendalami bagi setiap tip atau
panduan. Bentuk tujuh bab berdasarkan satu tip. Tulis segala maklumat penting
yang ada bagi setiap tip dan bentuk setiap tip menjadi satu bab yang lengkap
dengan maklumat.
Buat video bagi setiap tips.
Langkah ini adalah
pilihan. Kadangkala pembeli malas hendak membaca ebook dan mereka lebih senang
untuk menonton video. Anda boleh cipta video berbentuk slide yang di sertakan
dengan suara untuk menghuraikan segala maklumat yang ada di dalam ebook anda.
Setiap tip, anda buat satu video.
Gabungkan ebook dan video menjadi produk digital.
Ebook yang siap di tulis
dan video yang siap di rakam di gabungkan untuk di jadikan produk digital. Tentukan
harga bagi produk anda dan ia sedia untuk di
jual kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment