Thursday, January 17, 2013

CARA MELUKIS GUNA FLASH 8









Bagaimana melukis menggunakan perisian Flash 8?




1. Mula-mula, buka perisian ini dan klik pada New > Flash Document. Anda akan dibawa ke dokumen kosong seperti di atas yang dikenali sebagai stage.





2. Seterusnya, klik pada menu Properties pada bahagian bawah paparan stage (anak panah kecil di tengah-tengah bahagian atas bar hitam) dan klik pada saiz (lihat kotak biru). Pop-up akan keluar seperti di atas. Kemudian, selaraskan saiz stage mengikut kesukaan anda. Saya sukakan saiz 800 x 600 atau 1024 x 768, dan klik OK apabila selesai.




3. Seterusnya, klik pada File dan klik pada Import. Menu seperti di atas akan dipaparkan. Anda boleh pilih untuk klik pada Import to Stage atau Import to Library untuk membawa gambar pilihan dari komputer anda untuk ditekap. 





4. Jika anda pilih Import to Stage, saya sarankan anda pilih hanya satu gambar sahaja kerana gambar tersebut akan dibawa terus ke atas stage anda. Jika anda pilih Import to Library, anda boleh pilih gambar-gambar pilihan secara multiple selected kerana akan dibawa ke dalam Library anda (lihat gambar atas, ruang kosong bawah kanan). Seterusnya anda boleh pilih mana-mana gambar tersebut dengan cara drag gambar tersebut untuk dibawa ke stage anda.




5. Apabila gambar dalam Library dipilih, thumbnail akan dipaparkan (lihat gambar atas, sebelah kanan). Di sebelah kiri (anak panah) terdapat menu toolbar yang terdapat pelbagai alat boleh digunakan untuk melukis :-)





6. Untuk mula melukis/menekap gambar, kuncikan (lock) layer yang anda letakkan gambar pilihan anda tadi. Secara default, layer tersebut akan dipaparkan sebagai Layer 1. Anda boleh ubah namanya jika mahu.




7. Seterusnya, buatkan satu layer lain di atas lapisan (layer) gambar yang anda kunci tadi. Secaradefault, akan dipaparkan sebagai Layer 2. Klik pada Layer 2 untuk highlight layer tersebut dan lukiskan/tekapkan gambar di atas layer ini. Lihat anak panah. Gunakan warna yang sesuai sebagai warna outline lukisan anda. Dalam contoh ini, saya pilih warna merah. Lihat pada menu toolbarsebelah kiri.




8. Anda juga boleh buatkan lebih banyak lagi lapisan (layer) sekiranya terdapat banyak item untuk dibezakan. Jika anda sekadar mahu menekap item yang tertentu, dua atau tiga layer sudah memadai. Lihat bahagian anak panah dan kotak kuning, di menu ini terdapat ikon Layer (untuk buat layer baru), ikon masking (untuk buat masking), dan tong sampah (untuk buang layer), ikon mata(untuk tutup/tunjuk layer), ikon kunci (untuk lock layer).




9. Apabila anda telah selesai menekap atau ingin melihat progres lukisan anda yang sebenar, anda boleh tutupkan sementara gambar asal pada Layer 1 dengan cara klik pada ikon mata (lihat gambar sebelumnya).





10. Teruskan menekap sehingga selesai dan warnakan gambar yang anda tekap tadi. Buangkan mana-mana garisan dan layer yang sudah tidak diperlukan.




11. Seterusnya, untuk menjadikan lukisan lebih menyerlah, tukarkan warna outline kepada warna hitam. Anda boleh klik pada layer (yang anda lukis tadi) dan komputer akan select all lukisan anda secara automatik. Klik pada menu stroke pada toolbar sebelah kiri dan pilih warna hitam. Klik pada ikonmata jika ada mana-mana layer yang masih tertutup/terbuka untuk lihat gambar anda yang telah siap dengan lengkap.





Selesai! Selamat Mencuba



No comments:

Post a Comment