Wednesday, February 5, 2014

AUDIO

  • Pada peringkat awal perkembangan komputer, audio atau bunyi pada komputer hanyalah bunyi asas seperti “beep”atau “ding”.
  • Tetapi kini, bunyi pada komputer sudah berkembang seperti muzik, suara latar, kesan bunyi khas dan juga bunyi-bunyi seperti konsert sebenar.
  • Ia merupakan cara yang paling berkesan bagi menarik perhatian pengguna
  • Bagi persembahan yang lebih kompleks, suara latar (voice-over) dan iringan pastinya mampu meningkatkan perhatian dan menjadikan sesebuah persembahan lebih menarik dan menyeronokkan.
  • Unsur audio juga diterapkan dalam persembahan multimedia untuk mempertingkatkan kefahaman terhadap isi kandungan dari media lain yang hendak dipersembahkan
  • Juga merupakan elemen yang mampu menimbulkan keseronokan, meningkatkan minat danmencorakkan sesebuah persembahan.


Konsep Asas bunyi

  • Andaikan bahawa tekanan udara diwakili oleh kepadatan molekul bagi udara tersebut.
  • Apabila sesuatu objek bergerak, ia akan menganggu susunatur molekul-molekul udara tersebut dan ini akan menyebabkan kepadatan turut berubah.
  • Semasa anada mendengar sesuatu, sebenarnya anda sedang menrasai perubahan tekanan udara di sekeliling telinga anda.
  • Perubahan ini diterima oleh gegendang telinga yang kemudiannya diterjemahkan sebagai isyarat bunyi oleh otak.
  • Ketika tiada gelombang bunyi wujud, tekanan udara adalah tetap.
  • Kekuatan bunyi (volume) sesuatu audio adalah nilai perubahan bunyi yang diterima.
  • Kekuatan bunyi dikenali sebagai amplitud yang diukur dalam unit decibels (dB).
  • Kadar perubahan tekanan udara dinamakan pitch (berkaitan dengan frekuensi gelombang bunyi tersebut).
  • Gelombang bunyi dapat diwakili oleh corak sinus dan sering dikenali sebagai gelmbang analog.
  • Gelombang ini mempunyai dua ciri utama yang membolehkan pengguna bekerja dengan audio dalam komputer iaitu amplitud atau ketinggian suara (volume) dan frekuensi.
  • Amplitud = setiap puncak tertinggi bagi gelombang bunyi.Semakin tinggi puncak, semakin kuat bunyi yang dihasilkan
  • Frekuensi = jarak antara puncak dengan puncak. Semakin jauh jarak setiap puncak, semakin kecil nada suara atau pitch yang terhasil.
  • Frekuensi sebenarnya merujuk kepada bilangan kitaran yang berlaku bagi setiap satu saat.
  • Bilangan frekuensi ini akan mempengaruhi kualiti sesuatu audio yang dirakamkam.
  • Frekuensi diukur dalam unit Hertz (Hz)

No comments:

Post a Comment