Monday, December 5, 2016

MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITY COLLEGE BESTARI KALI KE-3 JULUNG KALI LAHIRKAN GRADUAN SARJANA

Pada 3 Disember 2016 telah berlangsung Majlis Konvokesyen University College Bestari kali-3 yang diadakan di Dewan Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu .

Seramai 431 orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang di UCBestari. Termasuklah peringkat Ijazah Sarjana, Sarjana Muda, Diploma serta Asasi melalui 3 fakulti iaitu Fakulti Ekonomi dan pengurusan, Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Teknologi Maklumat. Majlis konvokesyen kali ke-3 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Samsuddin bin Osman iaitu Canselor University College Bestari.

Buat pertama dalam sejarah University, UC Bestari telah memperkenalkan Anugerah Kehormat Ijazah Sarjana dalam Bidang Perniagaan. Graduan berkenaan iailah Dato'Sri Wan Mohd Muzri bin Ramli. Anugrah ini diberikan kepada beliau kerana kejayaan dalam bidang penulisan dan penerbitan novel-novel tempatan sehingga melayakkan beliau mendapat Anugerah Perdana yang dinobatkan sebagai Tokoh Penerbit Muda 2013 dan Penerbit Bestseller-Karjaseni 2013. 


Konvokesyen kali ini juga telah melakar sejarah kerana UC Bestari telah menghasilkan graduan di peringkat Sarjana Muda Perniagaan dengan kepujian dan Sarjana Pertadbiran Perniagaan (MBA) seramai 8 orang. Bermula tahun depan UC Bestari juga akan mula membuat penawaran program di peringkat PhD.









Thursday, December 1, 2016

MAJLIS PECAH TANAH KOMPLEKS PEMBANGUNAN USAHAWAN UNIVERISTY COLLEGE BESTARI

23 Nov 2016 Hari yang bersejerah bagi warga UCB dengan sempurnanya Majlis Pencah Tanah Kompleks Keusahawanan yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (DR) Haji Abdul Rahman Bin Hajia Abbas yang merupakan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. 

Hasrat Pembinaan kompleks Pembangunan Usahawan ini adalah untuk merealisasikan agenda negara untuk melahirkan graduan yang holistik,seimbang dan berciri keusahawanan seperti yang terkandung dalam lonjakan pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2015-2055. 

Semoga diharapkan UC Bestari dapat melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah di samping memberi peluang pekerjaan yang akan bertindak sebagai pemangkin ekonomi Negara.




Friday, November 4, 2016

OFFERS OF ADMISSION TO UNIVERSITY COLLEGE BESTARI

University College Bestari offers excellent opportunities for student to further their studies in FOUNDATION, DIPLOMA, BACHELOR and MASTER level. University College Bestari also offers qualified students a wide range of programmes catering for variety  of interests. This offer is subject to term and conditions.

REGISTER NOW at www.ucbestari.edu.my

Tuesday, November 1, 2016

UNIT EQUINE BESTARI BINA KEYAKINAN DIRI PELAJAR UCBESTARI

 Alhamdulillah atas nikmat yang telah Allah berikan, akhirnya Unit Berkuda Bestari dapat diwujudkan di UCBestari yang lebih dikenali sebagai "Unit Equine Bestari". 

Tujuan asal penubuhan Unit Equine Bestari adalah untuk mendidik warga univeristy College Bestari mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Dengan kemudahan yang ada ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk menyertai kelab yang diadakan di university, disamping itu juga para pensyarah juga dapat mengunakan sukan berkuda sebagai pengajaran dan penyelidikan 

Perkhidmatan berkuda juga disediakan kepada warga University College Bestari dan masyarakat tempatan. Penubuhan Unit Equine Bestari ini, dilihat sebagai suatu platform bagi melahirkan warga universiti yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, berkeyakinan, bijak mengendali situasi mempunyai personaliti yang mampan dari sudut lahiriah dan rohani.

Selaras dengan penubuhan University College Bestari sebagai universiti waqaf, penubuhan Unit Equine Bestari ditubuhkan bagi menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di kalangan staf dan siswa siswi di University College Bestari dan memberi kesedaran perihal kebaikan berkuda secara fizikal dan mental. Sabda Rasulullah s.a.w, “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda)” (Riwayat Muslim).


Dengan adanya unit berkuda ini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyelami rekreasi sunnah ini.

Hikmah dan Falsafah Rekreasi Sunnah Berkuda :
– Melihat kebesaran Allah melalui ciptaanNya
– Memahami peranan kuda dalam sirah nabawiyah
– Membuang perasaan gementar dan takut
– Membina kepimpinan dalam diri (leadership)
– Melatih keseimbangan (balancing)
– Melatih dan menguatkan kesabaran (patient)
– Membentuk sifat saling memahami (trustworthy)
– Mewujudkan ketenangan dalam diri (tranquility)
– Menstabilkan koordinasi tubuh badan
– Menajamkan daya fokus individu

Thursday, October 27, 2016

STAF DAN PELAJAR GOTONG ROYONG MASAK BUBUR ASYURA


Dalam Muharram ada dari hari Asyura . Jika di Malaysia ni, selain berpuasa, ramai yang akan bergotong-royong memasak bubur Asyura. Di UCBestari juga tidak melepas peluang bergotong royong dalam memasak bubur asyura. 

Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun, Staf dan pelajar UCBestari akan sama-sama turun padang untuk menyediakan dan menagihkan bubuk asyura kepada semua pelajar dan kakitangan. Aktiviti sebegini sangat bagus dan dapat membantu para warga UCBestari dalam memupuk sifat tolong menolong dan bekerjasama selain dari dapat menjamu asyura. 

YM.Prof .Dato' Dr.Haji Tengku Mahmud turut serta dalam program.

Antara kakitangan UCBestari membuat gotong royong masak bubur

Rehat seketika sambil menunggu bubur masak

Pelajar juga mengambil peluang


MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA PROGRAM ASASI UC BESTARI

20 OCT 2016 | Satu majlis  penyerahan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang mengambil program Asasi telah disempurnakan oleh YM.Prof.Dato'Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor yang merupakan Presiden Peyatim (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia).


 Program yang pertama kali itu adalah sebagai memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyambung pengajian dalam program Asasi. Program asasi merupakan program yang satu-satunya yang mendapat tajaan dari Peyatim untuk meneruskan pengajian secara percuma selama 1 tahun pengajian. Selaras dengan itu pihak univeristy amat mengalu-alukan kepada semua pelajar yang masih mencari peluang mengajian agar merebut peluang ini supaya dapat meringankan beban yuran pengajian.


Program itu juga menjadi satu dorongan kepada pelajar-pelajar yang bakal mengambil SPM kelak agar belajar bersungguh-sungguh, kerana untuk mendapat tajaan biasiswa adalah amat pitis jika keputusan yang diterima kelak kurang baik. Syarat untuk melayakkan untuk berdapat biasiswa dari peyatim ini adalah perlu sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Matematik, terdapat 2 program asasi di UC Bestari iaitu Asasi Pengurusan dan Asasi Teknologi Maklumat.


UC Bestari merupakan satu-satunya University yang menyediakan biasiswa kepada pelajar. selarasnya dengan itu dapat membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemanpuan. 

Ucapan tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa tersebut, gunakanlah biasiswa yang disediakan itu dengan baik dan belajar bersungguh-sungguh demi diri sendiri,keluarga,univeristy dan tanah air tercinta. 

LAWATAN PELAJAR TERATAK PULAI,BACHOK KELANTAN

Syukur Allhamdulilah, 
Hari ini university college Bestari menerima satu lagi lawatan akademik dari pelajar-pelajar serta guru dari SMK Teratak Pulai yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengharungi dunia atau kehidupan di University serta mendapat info tentang pengajian yang terdapat di UC Bestari. In sha Allah dengan lawatan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar dalam menetapkan halatuju selepas SPM kelak.

Bagi pihak University kami sememangnya mengalu-alukan rombongan atau lawatan dari sekolah dalam membantu pelajar dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tertinggi. Program yang dijalankan oleh pihak SMK teratak pulai dihadiri senarai 35 orang pelajar dari pelbagai aliran berserta dengan 2 orang guru pengirim. 

Antara program yang menunjuk minat kepada pelajar semasa lawatan adalah seperti Diploma Kejururawatan serta Diploma Sains Komputer. UC Bestari juga menyediakan program lain seperi Asasi Pengurusan, Asasi Teknologi maklumat yang juga menarik minat pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Antara tempat yang sempat dilawati sekitar University adalah seperti makmal kejururawatan, dewan teater, makmal multimedia, perpustakaan, unit equin dan banyak lagi. 

 kami juga membawa pelajar-pelajar ke Institut kemahiran Bestari (IKB), iaitu tempat untuk pelajar yang mengambil bidang kemahiran, IKB merupakan institusi yang menumpukan sepenuhnya dalam bidang kemahiran seperti Program Jahitan Pakaian Wanita, Jahitan Pakaian Lelaki dan Pemesinan. IKB juga akan menyediakan satu lagi program yang agak menarik iaitu Kulinari yang masih dalam menunggu lampu hijau dari JPK untuk menjalankan program tersebut.

Monday, September 5, 2016

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA AIM DAN UNIVERSITY COLLEGE BESTARI


11 Ogos 2016, Selaras dengan usaha ke arah melahirkan komuniti anak-anak peserta AIM yang berdaya saing dallam bidang keusahawanan, satu kerjasama antara amanah ikhtiar Malaysia dan University College Bestari (UC Bestari) telah dimeterai.

Progtam anjuran AIM dengan kerjasama UC Bestari ini adalah bertujuan untuk menggabungkan sumber yang ada dan bakal diperoleh melalui kepakaran dan kemahiran masing-masing untuk kepentingan bersama di dalam bidang yang diterokai.

kedua-dua pihak bersetuju untuk menggalakkan kerjasama berkaintan mempromosikan pelajar ke UC Bestari. Disini. AIM bertindak sebgai perantara bagi memastikan anak-anak sahabat AIM mendapat pendedahan berkenaan UC Bestari ke arah mencapai matlamat tersebut, Pihak UC Bestari akan menggunakan segala usaha sewajarnya untuk memastikan segala bimbingan yang berkaitan serta proses memperkenalkan UC Bestari dapat diberikan kepada kakitangan AIM yang terlibat.

Selain itu, kedua-dua pihak akan mengatur program susulan bagi merialisasikan objektif kerjasama ini, seperti mengadakan sesi perbincangan, bimbingan, merangka program promosi dan sebagainya.

kerjasama ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu AIM dan UC bestari. ia juga diharapkan dapat mewujudkan jaringan yang lebih luas sesama pihak yang terlibat. 

Disediakan oleh : Unit Komunikasi Korpotar AIM.

Monday, June 27, 2016

KEMPEN PENJIMATAN UTILITI


University College Bestari telah melaksanakan satu kempen penjimatan Utiliti di peringkat University sabagai salah satu langkah yang baik untuk mendidik para pelajar dan juga staf. 

Objektif kempen ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kakitangan dan pelajar menggunakan utiliti dengan cara yang lebih berhemah disamping mengurangkan pembaziran utiliti selaras dengan tuntutan agama serta mengurangkan kos utiliti supaya kewangan dapat dibelanjakan dengan lebih optimum dan berkesan. semoga dengan adanya kempen sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos air dan elektrik.  

LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK

1. Laraskan suhu bilik pada 24°C sebagaimana arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan. 

  • Bilik yang mempunyai suhu < 24°C dianggap terlalu sejuk. Dalam keadaan ini, ‘compressor’ bagi alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga yang lebih banyak bagi mencapai suhu yang rendah.  Penetapan suhu khusus pada ruang kritikal tertentu seperti dewan bedah, unit rawatan rapi dan sebagainya. 


2. Padamkan lampu atau penghawa dingin apabila tidak digunakan atau keluar dari pejabat untuk jangka masa yang panjang. 

3. Menguatkuasakan waktu ON dan OFF sistem elektrik di pejabat am seperti waktu rehat (1-2 petang dan mematikan bekalan selepas waktu bekerja (5 petang)


4.Tutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penghawa dingin. 

5. Menjalankan penyelenggaraan berkala untuk penghawa dingin dan peralatan elektrik.

  • Penyelenggaraan berkala dapat memastikan penghawa dingin dan peralatan elektrik berada dalam keadaan baik dan mencapai keupayaan yang maksima. 


6. Memastikan ‘setting’ monitor computer dalam keadaan ‘sleep mode’ apabila tidak digunakan untuk jangka masa yang singkat dan mematikan terus jika tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.


  • Komputer dalam setting ‘sleep mode’ akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
7. Menggalakkan penggunaan monitor computer jenis LCD berbanding monitor jenis CRT.
  • Monitor jenis CRT menggunakan lebih tenaga elektrik berbanding monitor jenis LCD. 
8. Menggantikan lampu-lampu yang rosak dengan lamp jenis jimat tenaga (energy saving) seperti lampu compact fluorescent (CFL) dan lampu LED (Light Emitting Diode).
  • Lampu jenis compact fluorescent (CFL)/LED menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah. 
9.Memastikan setiap sistem dijalankan mengikut kehendak beban semasa (Chiller/Cooling Tower/Pump/AHU dan lain-lain)
  • Langkah ini dapat mengelakkan penggunaan tenaga yang sia-sia. 

10.Memeriksa dan melaraskan ‘Timer’ bagi semua lampu koridor/penghawa dingin bagi setiap 3 bulan.
  • Langkah ini dapat mengelakkan lampu koridor/penghawa dingin beroperasi di luar jangka waktu yang dikehendaki.
11. Menggalakkan penggunaan peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan ‘Cekap Tenaga’
  •  Label ‘EnergyStar’ atau ‘Cekap Tenaga’ pada perlatan elektrik membuktikan peralatan elektrik tersebut menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
12. Mewujudkan satu jawatankuasa audit khusus bagi memantau cara penggunaan elektrik di samping memberi teguran secara berterusan kepada pengguna.
  • Jawatankuasa tersebut perlu membuat laporan bertulis terus kepada Ketua Jabatan yang berkaitan agar tindakan segera dapat diambil 

13. Mengadakan kempen penjimatan elektrik di semua peringkat dengan menampal poster dan mengedar risalah-risalah berkaitan penjimatan elektrik

14. Memastikan suis dimatikan dan ‘plug’ ditanggalkan apabila peralatan elektrik tidak digunakan. 
  • plug perlu ditanggalkan dan bukan hanya mematikan suis sahaja kerana masih terdapat tenaga elektrik yang mengalir.
#JOMJIMAT

Sunday, May 29, 2016

Universiti pertama yang memartabatkan anak melayu miskin, golongan PPRT dan anak yatim seluruh Malaysia

KENALI UC BESTARI



Sejarah dan latarbelakang UC Bestari

University College Bestari (UC Bestari) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Merupakan Kolej Universiti pertama yang berusaha memartabatkan anak-anak melayu miskin, gologan PPRT(Program Pembangunan Rakyat Miskin) dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu penubuhan Kolej Universiti Bestari yang tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit making institution) tetapi lebih ke arah kebajikan ini cuba merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut sama dikecapi oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara.

Sejarah dan Kronologi Penubuhan

Kalau ditinjau dari aspek kronologi penubuhan University College Bestari ini, ia bermula dari kegiatan dan gerakan kumpulan yang terlibat dengan aktiviti kebajikan anak yatim Malaysia. Pada tahap pertama perjuangan mereka adalah berkonsepkan memberi perlindungan dan penjagaan kepada anak-anak yatim. Setelah melangkaui lebih 20 tahun mereka bergiat dalam perjuangan tersebut, mereka dapati untuk mencapai matlamat akhir perjuangan membela nasib anak-anak yatim sukar dicapai kalau hanya tumpuan pembangunan kanak-kanak terhenti pada aspek penjagaan dan pemeliharaan semata-mata. Dari itu kumpulan 'Think tank' PEYATIM yang diketuai oleh YM Dato' Dr. Tengku Mahmud bin Mansor telah merancang untuk membangun sebuah Kolej yang bermatlamat untuk menjadikannya sebagai satu saluran(outlet) kepada anak-anak yatim bagi medapat peluang pengajian tinggi sebaik mungkin, kerana dikalangan anak-anak yatim itu mempunyai kemampuan ke arah itu. Disamping itu, perubahan paradigma aktiviti-aktiviti di rumah anak-anak yatim itu mula berlaku dan mejurus kepada pembangunan pendidikan.

Sungguhpun pada peringkat perancangannya, penubuhan kolej ini semata-mata untuk menampung keperluan aliran bagi anak-anak yatim, tetapi mungkin aspek perluasan peluang kepada pihak-pihak lain perlu juga diberi, seperti anak-anak dari golongan Program Pembangunan Rakyat Termiskin(PPRT), anak-anak Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), anak-anak luar bandar dan sebagainya yang tidak dapat ditampungi oleh Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Dari itu, penubuhan UC Bestari ini terbukti memberi manfaat kepada semua pihak. Lantaran itu, usaha yang berani dan bijaksana ini perlulah diberi sokongan dari semua pihak dan segenap lapisan bagi menjayakan cita-cita pembangunan umat yang sebahagiannya tersisih dan tertinggal ini.


Ketika di awal penubuhannya pada tahu 1998, Kampus Kolej Universiti Bestari terletak di Kg. Saujana, Permaisuri Setiu Terengganu. Kampus yang disewakan dari Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu(YPKT) mempunyai kemudahan lengkap seperti 2 blok bangunan asrama, pejabat, bilik-bilik kuliah berhawa dingin, surau dan kafeteria, dan beroperasi sehingga tahun 2004. Kemudian berpindah ke kampus baru serba lengkap di Kg. Putera Jaya, 5 km dari Bandar Permaisuri.

Lokasi kampus sekarang ini sangat sesuai dan dilengkapi pelbagai kemudahan asas. Suasana persekitaran yang dikelilingi oleh perkampungan sangat mendamaikan dan menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Di antara kemudahan yang disediakan ialah Bangunan Pentadbiran dan Akademik, Dewan Teater, 3 Blok asrama yang boleh memuatkan 2160 orang pelajar, surau, kafeteria, gelanggang sukan, dewan serbaguna dan banyak lagi. Terletak di pertengahan laluan jalan raya utama yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kota Bharu. Perjalanan dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu sejauh 65km hanya memakan masa lebih kurang 1jam. Para pelajar juga boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas(K.Terengganu - jertih) dengan kekerapan perjalanan setiap 1 jam. Bagi pelajar yang memerlukan pengangkutan ke luar Terengganu, stesyen bas Pemaisuri menyediakan kaunter tiket perjalanan ke hampir semua destinasi ke seluruh tanah air.

Thursday, May 19, 2016

Cara Membuat Blog dengan CMS Blogspot.


Anda sudah tau apa itu CMS? Kalau belum anda  membaca tentang CMS di
halaman sebelumnya, pada halaman sebelumnya telah dibahas secara ringkas tentang
apa itu CMS sebenarnya.
Jadi kita langsung belajar bagaimana “Cara Membuat blog dengan CMS
Blogspot”hal yang diperlukan untuk membuat blog dengan CMS blogspot hanyalah
koneksi internet, Leptop dan secangkir kopi hangat yang akan menemanikita :D, Tapi
saya tidak ngopi jadi teh aja.
Setelah semua persiapan selesai mari kita berdoa dulu agar di berikan
kelancaran pada saat proses pembuatan Blog. Mari kita simak sama-sama bagaimana
cara atau tahap-tahap membuat sebuah blog di CMS Blogspot.
1. Pertama, anda harus mengunjungi alamat web penyedia atau pemberi
layanan CMS blogspot dengan mengetikan link pada Adresse bar browser
anda seperti gambar dibawah ini:

Tuesday, March 15, 2016

BORANG PERMOHONAN UCBESTARI


Wednesday, March 9, 2016

Apakah beza pinjaman PTPTN dengan MARA


Ramai bakal-bakal mahasiswa yang bertanya kelebihan antara pinjaman PTPTN dan pinjaman MARA, disini saya rumuskan sedikit info berkaitan dengan pinjaman antara kedua organisasi tersebut. diharap dengan adanya ringkasan diatas sedikit sebanyak memberi maklumat kepada bakal mahasiswa/siswi.  

Sunday, February 7, 2016

KINI MUDAHNYA BERWAQAF




Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM) ditubuhkan pada 2 November 2011 oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) bagi tujuan mengumpul derma melalui skim Waqaf Tanah Tapak Kolej Teknologi Bestari (kini dikenali sebagai University College Bestari). 

Bagi setiap derma bernilai RM30, penderma akan diberi 0.1 meter persegi (1 kps) dari tanah tapak UCB tersebut, yang akan didaftar diatas nama penderma dan  kemudiannya diwaqafkan balik oleh penderma kepada PEYATIM.

Dana yang dikumpul dari derma waqaf tanah tersebut adalah diguna untuk membiaya pembangunan institusi pengajian tinggi di bawah PEYATIM serta kebajikan anak-anak yatim atau miskin yang belajar di IPT tersebut.

Strategi YAWATIM ialah untuk memudahkan orang Muslim berwaqaf pada bila-bila masa dan di mana mana sahaja. 


University College Bestari


Dulu dikenali sebagai Kolej Teknologi Bestari (KTB), ditubuhkan pada 14hb Jun 1988 di Saujana, Setiu, Terengganu. Pada tahun 2004 KTB telah berpindah ke kampus tetap di Putera Jaya, Setiu, Terengganu.


KTB menjalin kerjasama dengan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dan luar negara. Kursus di peringkat Ijazah, Diploma dan juga Sijil dalam pelbagai disiplin ilmu ditawarkan di KTB.

Pelajar disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti asrama, perpustakaan, dewan teater, surau, gelanggang untuk rekreasi dan pengangkutan.

Pelajar juga diusahakan mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada pelbagai agensi seperti MARA, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan PTPTN.

Pada Ogos 2012, Kolej Teknologi Bestari dinaiktaraf sebagai sebuah kolej universiti yang diiktiraf dan kini dinamakan UNIVERSITY COLLEGE BESTARI (UCB). UCB menawarkan kursus di peringkat Diploma, Ijazah, Masters serta PhD.

Beberapa buah cawangan Pusat Pengajian (Learning Centre) juga sedang dalam proses penubuhan di seluruh Malaysia.


Institut Kemahiran Bestari



Institut Kemahiran Bestari (IKB) ditubuhkan pada 26 September 2002. Tujuan utamanya adalah untukmenyediakan program latihan yang kompetitif kepada anak yatim dan golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) di seluruh negara.Penubuhan IKB juga membuka peluang kepadaanak yang lebih cenderung dalam bidang kemahiran, dan yang kurang berminat dalam bidangakademik.




Kini Mudahnya Berwaqaf : 
Semua orang mampu, Mana-mana pun boleh!!

Cara menderma Waqaf di pejabat pos:

Dapatkan Borang Aqad di mana-mana cawangan pos, isi dan bayar di kaunter 
atau
 secara pembayaran online di 
dan klik open payment, dan pilih Wakaf PEYATIM


Cara menderma Waqaf di BSN:

Isi Borang SIMP1 di cawangan BSN dan buat bayaran di kaunter atau
 secara online di www.mybsn.com.my/
1410 0410 0019 1303




YAYASAN WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM ATAU MISKIN MALAYSIA
(YAWATIM)
NO.37, JALAN NIRWANA 39,
TAMAN NIRWANA,
68000 AMPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: 03-92846911 
Fax: 03-92847909