University College Bestari telah melaksanakan satu kempen penjimatan Utiliti di peringkat University sabagai salah satu langkah yang baik untuk mendidik para pelajar dan juga staf.
Objektif kempen ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kakitangan dan pelajar menggunakan utiliti dengan cara yang lebih berhemah disamping mengurangkan pembaziran utiliti selaras dengan tuntutan agama serta mengurangkan kos utiliti supaya kewangan dapat dibelanjakan dengan lebih optimum dan berkesan. semoga dengan adanya kempen sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos air dan elektrik.
LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK
1. Laraskan suhu bilik pada 24°C sebagaimana arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan.
2. Padamkan lampu atau penghawa dingin apabila tidak digunakan atau keluar dari pejabat untuk jangka masa yang panjang.
3. Menguatkuasakan waktu ON dan OFF sistem elektrik di pejabat am seperti waktu rehat (1-2 petang dan mematikan bekalan selepas waktu bekerja (5 petang)
4.Tutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penghawa dingin.
5. Menjalankan penyelenggaraan berkala untuk penghawa dingin dan peralatan elektrik.
6. Memastikan ‘setting’ monitor computer dalam keadaan ‘sleep mode’ apabila tidak digunakan untuk jangka masa yang singkat dan mematikan terus jika tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.
LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK
1. Laraskan suhu bilik pada 24°C sebagaimana arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan.
- Bilik yang mempunyai suhu < 24°C dianggap terlalu sejuk. Dalam keadaan ini, ‘compressor’ bagi alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga yang lebih banyak bagi mencapai suhu yang rendah. Penetapan suhu khusus pada ruang kritikal tertentu seperti dewan bedah, unit rawatan rapi dan sebagainya.
2. Padamkan lampu atau penghawa dingin apabila tidak digunakan atau keluar dari pejabat untuk jangka masa yang panjang.
3. Menguatkuasakan waktu ON dan OFF sistem elektrik di pejabat am seperti waktu rehat (1-2 petang dan mematikan bekalan selepas waktu bekerja (5 petang)
4.Tutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penghawa dingin.
5. Menjalankan penyelenggaraan berkala untuk penghawa dingin dan peralatan elektrik.
- Penyelenggaraan berkala dapat memastikan penghawa dingin dan peralatan elektrik berada dalam keadaan baik dan mencapai keupayaan yang maksima.
6. Memastikan ‘setting’ monitor computer dalam keadaan ‘sleep mode’ apabila tidak digunakan untuk jangka masa yang singkat dan mematikan terus jika tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.
- Komputer dalam setting ‘sleep mode’ akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
7. Menggalakkan penggunaan monitor computer jenis LCD
berbanding monitor jenis CRT.
- Monitor jenis CRT menggunakan lebih tenaga elektrik berbanding monitor jenis LCD.
8. Menggantikan lampu-lampu yang rosak dengan lamp
jenis jimat tenaga (energy saving) seperti lampu compact
fluorescent (CFL) dan lampu LED (Light Emitting Diode).
- Lampu jenis compact fluorescent (CFL)/LED menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
9.Memastikan setiap sistem dijalankan mengikut
kehendak beban semasa (Chiller/Cooling
Tower/Pump/AHU dan lain-lain)
- Langkah ini dapat mengelakkan penggunaan tenaga yang sia-sia.
10.Memeriksa dan melaraskan ‘Timer’ bagi semua
lampu koridor/penghawa dingin bagi setiap 3
bulan.
- Langkah ini dapat mengelakkan lampu koridor/penghawa dingin beroperasi di luar jangka waktu yang dikehendaki.
11. Menggalakkan penggunaan peralatan elektrik yang
mempunyai kemampuan ‘Cekap Tenaga’
- Label ‘EnergyStar’ atau ‘Cekap Tenaga’ pada perlatan elektrik membuktikan peralatan elektrik tersebut menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
12. Mewujudkan satu jawatankuasa audit khusus
bagi memantau cara penggunaan elektrik di
samping memberi teguran secara berterusan
kepada pengguna.
- Jawatankuasa tersebut perlu membuat laporan bertulis terus kepada Ketua Jabatan yang berkaitan agar tindakan segera dapat diambil
13. Mengadakan kempen penjimatan elektrik di
semua peringkat dengan menampal poster dan
mengedar risalah-risalah berkaitan penjimatan
elektrik
14. Memastikan suis dimatikan dan ‘plug’
ditanggalkan apabila peralatan elektrik tidak
digunakan.
- plug perlu ditanggalkan dan bukan hanya mematikan suis sahaja kerana masih terdapat tenaga elektrik yang mengalir.
#JOMJIMAT