Multimedia adalah penggunaan komputer untuk menyajikan dan menggabungkan teks, suara, gambar, animasi, audio dan video Multimedia dimanfaatkan juga dalam dunia pendidikan dan perniagaan. Di dunia pendidikan, multimedia digunakan sebagai media pengajaran, baik dalam kelas maupun secara sendirian. Di dunia Perniagaan, multimedia digunakan sebagai media profil perusahaan, profil produk, juga sebagai media kios maklumat dan latihan dalam sistem e-learning.
Monday, December 31, 2012
Thursday, December 27, 2012
KENAL PAPAN CERITA ( STORYBOARD)
Papan Cerita suatu cerita yang dicipta perlu bermula dari idea. Sebelum membina projek multimedia papan cerita adalah perkara pertama yang perlu diperhalusi terlebih dahulu agar jalan cerita yang ingin dibangunkan nanti dapat dijalankan dengan sebaiknya. tanpa papan cerita umpanan kapal yang tiada nakhoda. Idea adalah cetusan ingatan seseorang yang boleh mengembangkanya menjadi apa yang perlu dihasilkan. contohnya, seseorang ternampak pokok lalu timbul idea untuk mengukir pokok itu menjadi action figure.
Dalam konteks penceritaan, perkara sama berlaku. seseorang penulis skrip perlu melakukan beberapa perkara untuk mendapatkan idea. ada yang mengelamun, ada yang berjalan-jalan dan ada yang menconteng untuk mendapatkan sesuatu idea.
MAKSUD PAPAN CERITA
Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses rekabentuk, sebelum melakukan aktiviti multimedia, papan cerita ada perkara yang perlu diambil kita terlebih dahulu. ia merupakan perkara wajib dalam multimedia kursusnya untuk membuat animasi. Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. setiap lakaran yang ada pada skrin aplikasi multimedia mesti ada papan cerita. Dalam melakar papan cerita kita perlu mengaplikasi konsep reka letak agar setiap rekaletak itu memberi fungsi yang baik pada setiap paparan multimedia tersebut. Papan cerita adalah lakran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan aplikasi multimedia.
Wednesday, December 26, 2012
Anak penjual ikan pelajar cemerlang KTB
KUALA TERENGGANU 25 Dis. - Amalan belajar secara bijak yang dilakukan oleh Aemilya Wahab, 21, membolehkan dia menerima Anugerah Presiden pada Majlis Konvokesyen Kolej Tek nologi Bestari (KTB) kali ke-5 di Taman Tamadun Islam di sini semalam.
Bagi pelajar Diploma Pengajian Perniagaan itu, dia tidak menyangka sama sekali akan dipilih untuk menerima anugerah tertinggi pada konvokesyen tersebut.
Anak kepada penjual ikan di Kemaman itu menyifatkan kejayaannya sebagai pengiktirafan membanggakan walaupun tidak pernah meletakkan harapan terpilih sebagai pelajar terbaik.
Beliau yang berjaya mendapat gred purata terkumpul (CGPA) 3.8 itu bercita-cita menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang yang sama memandangkan minatnya terhadap bidang ekonomi.
Pada konvokesyen itu, seramai 204 pelajar menerima sijil dan diploma masing-masing daripada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif KTB, Datuk Tengku Mahmud Mansor.
Aemilya turut menerima Anugerah Graduan Cemerlang yang berjaya mendapat CGPA 3.6 ke atas.
Lima yang lain turut menerima anugerah itu ialah Norazreen Suwaibah Che Lah (Diploma Kewangan dan Perbankan), Siti Sharifah Dahlia Deli (Diploma Teknologi Maklumat), Nurul Emiliana Marzuki (Diploma Teknologi Maklumat), Julifah Arul Bahari (Sijil Pengurusan Perniagaan) dan Mohd. Azlan Harun (Sijil Sains Komputer).
© Utusan Melayu (M) Bhd

PROGRAM YANG DITAWARKAN DI UC BESTARI
Berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan oleh pihak KTB:
1. Diploma Pengajian Perniagaan (DPB) - KR9176 kkp(jps)600-03/972(21)08/13
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu.
• DAN Lulus Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris.
• DAN Lulus Sijil/Pra-Diploma berkaitan yang mendapat Akreditasi MQA
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu.
• DAN Lulus Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris.
• DAN Lulus Sijil/Pra-Diploma berkaitan yang mendapat Akreditasi MQA
2. Diploma Teknologi Maklumat (DTM) - KR9176 kp(jps)600-03/975(21)08/13
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik
• DAN Lulus Sijil/Pra-Diploma berkaitan yang mendapat Akreditasi MQA
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik
• DAN Lulus Sijil/Pra-Diploma berkaitan yang mendapat Akreditasi MQA
3. Sijil Sains Komputer (SSK) - kr6193 kpt(jps)600-03/972(7)05/10
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 2 kepujian
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 2 kepujian
4. Sijil Pengurusan Perniagaan (SPP) - kr6386 kpt(jps)600-03/972(17)05/10
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 2 kepujian
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 2 kepujian
5. Foundation In Management - KA10577 kp/jps600-03/972(17)05/10
Syarat-syarat:
• SPM /SPMV dengan 5 Kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan 3 Subjek lain.
• Lulus Bahasa Inggeris.
Syarat-syarat:
• SPM /SPMV dengan 5 Kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan 3 Subjek lain.
• Lulus Bahasa Inggeris.
6. Diploma Keusahawanan - ka10450 jjpt/bpp(k)1000-600/t1106(15)09/14
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu Dan Matematik.
• Lulus Bahasa Inggeris.
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu Dan Matematik.
• Lulus Bahasa Inggeris.
7. Program LCCI
Syarat-syarat:
• Lulus SPM / SPMV dengan 2 kepujian DAN Ada Pengalaman Kerja
Syarat-syarat:
• Lulus SPM / SPMV dengan 2 kepujian DAN Ada Pengalaman Kerja
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
Berikut adalah program pengajian dengan kerjasama UITM:
4. Diploma Pengurusan Hotel (DPH) - KA7894 kpt(jps)600-03/972(82)07/11
Syarat-syarat:
• SPM /SPMV dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh UITM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Syarat-syarat:
• SPM /SPMV dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh UITM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
5. Diploma Pengurusan Pelancongan (DPT) - KA7895 kpt(jps)600-03/972(82)07/12
Syarat-syarat:
• SPM /SPMV dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris
Penganugerahan Diploma: Diploma akan dianugerahkan oleh UITM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Syarat-syarat:
• SPM /SPMV dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris
Penganugerahan Diploma: Diploma akan dianugerahkan oleh UITM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA)
Berikut adalah program pengajian dengan kerjasama USM:
6. Diploma Kejururawatan (DKJ) - KA6914 kp(jps)600-03/972(21)08/13
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV Dengan 5 Kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Sains / Sains Tambahan / Sains Tulen). Dengan Lulus Bahasa Inggeris.
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh USM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV Dengan 5 Kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Sains / Sains Tambahan / Sains Tulen). Dengan Lulus Bahasa Inggeris.
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh USM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA)
Berikut adalah program pengajian dengan kerjasama UUM
7. Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian)(BMM) - KA8820 ks(jps)600-03/972(95)
Syarat-syarat:
• STPM 3 Principal C Termasuk Pengajian Am dan CGPA 2.0, dan mendapat sekurang-kurangya Gred B matematik STPM Atau B4 Matematik/Matematik Tambahan SPM
• ATAU Lulus STAM Tahap JAYYID ATAU Diploma/Matrikulasi CGPA 2.0 (Mesti mendapat Akreditasi MQA)
• DAN LULUS SPM dengan Kepujian Bahasa Melayu
• DAN Lulus Sekurang-kurangya Gred C STPM BM/Kesusasteraan Melayu
• DAN MUET band 1 (Lulus Bahasa Inggeris Peringkat SPM)
• ATAU MUET band 2 (Tidak Lulus Bahasa Inggeris Peringkat SPM)
Penganugerahan Ijazah: Ijazah akan dianugerahkan oleh UUM.
Tempoh Anugerah: 3.5 tahun (7 semester)

8. Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian) (BFIN) - KA8819 ks(jps)600-03/972(95)
Syarat-syarat:
• STPM 3 Principal C Termasuk Pengajian Am CGPA 2.0,
• ATAU Lulus STAM Tahap JAYYID
• ATAU Diploma / Matrikulasi CGPA 2.0 (mesti mendapat Akreditasi MQA)
• DAN SPM Kepujian Bahasa Melayu DAN Matematik
• ATAU Lulus Matematik Tetapi Mesti Kredit Prinsip Akaun / Ekonomi Asas / Perdagangan
• DAN MUET band 1 (Lulus Bahasa Inggeris Peringkat SPM), ATAU MUET band 2 (Tidak lulus Bahasa Inggeris Peringkat SPM).
Penganugerahan Ijazah: Ijazah akan dianugerahkan oleh UUM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Syarat-syarat:
• STPM 3 Principal C Termasuk Pengajian Am CGPA 2.0,
• ATAU Lulus STAM Tahap JAYYID
• ATAU Diploma / Matrikulasi CGPA 2.0 (mesti mendapat Akreditasi MQA)
• DAN SPM Kepujian Bahasa Melayu DAN Matematik
• ATAU Lulus Matematik Tetapi Mesti Kredit Prinsip Akaun / Ekonomi Asas / Perdagangan
• DAN MUET band 1 (Lulus Bahasa Inggeris Peringkat SPM), ATAU MUET band 2 (Tidak lulus Bahasa Inggeris Peringkat SPM).
Penganugerahan Ijazah: Ijazah akan dianugerahkan oleh UUM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
9. Diploma Kewangan dan Perbankan (DWB) - KA4272 jpt/bbp(k)1000-600/T1107(13)09/14
Syarat-syarat:
• SPM /SPMV dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.
• Lulus Bahasa Inggeris Lulus Sijil / PRA-Diploma berkaitan yang mendapat Akreditasi MQA
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh UUM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Syarat-syarat:
• SPM /SPMV dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.
• Lulus Bahasa Inggeris Lulus Sijil / PRA-Diploma berkaitan yang mendapat Akreditasi MQA
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh UUM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Berikut adalah program pengajian dengan kerjasama UKM:
10. Diploma Teknologi Maklumat (DIT) - ka7199 kp(jps)5192/ipts/972(64)
Syarat-syarat:
• SPM/SPMV dengan 4 Kepujian Lulus Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.
• Lulus Sijil/Pra-Diploma yang mendapat Akreditasi MQA
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh UKM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Syarat-syarat:
• SPM/SPMV dengan 4 Kepujian Lulus Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.
• Lulus Sijil/Pra-Diploma yang mendapat Akreditasi MQA
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh UKM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)
Berikut adalah program pengajian dengan kerjasama JPK:
11. Penyelia Tadbir Sistem Maklumat Tahap 3 - it-080-3
Syarat-syarat:
• Lulus Tahap 2
Syarat-syarat:
• Lulus Tahap 2
12. Pembantu Tadbir Sistem Maklumat Tahap 2 - it-080-2
Syarat-syarat:
• Lulus SPM
Syarat-syarat:
• Lulus SPM
13. Juruteknik Rangkaian Komputer Tahap 3 - it-030-3
Syarat-syarat:
• Lulus Tahap 2
Syarat-syarat:
• Lulus Tahap 2
14. Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer Tahap 2 - it-030-2
Syarat-syarat:
• Lulus SPM
Syarat-syarat:
• Lulus SPM
15. Juruteknik Sistem Komputer Tahap 3 - it-030-3
Syarat-syarat:
• Lulus Sijil Kemahiran Tahap 2
Syarat-syarat:
• Lulus Sijil Kemahiran Tahap 2
16. Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2 - it-030-2
Syarat-syarat:
• Lulus SPM
Syarat-syarat:
• Lulus SPM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
Berikut adalah program pengajian dengan kerjasama UTM:
17. Diploma Sains Komputer Multimedia (DDZ) - KA7200 kpt(jps)600-03/927(67)06/11
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan kepujian termasuk Bahasa Melayu dan 2 Subjek lain.
• Lulus Matematik
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh UTM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan kepujian termasuk Bahasa Melayu dan 2 Subjek lain.
• Lulus Matematik
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh UTM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
18. Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan (DDW) - KA7199 kpt(jps)600-03927 06/11
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan 2 Subjek lain.
• Lulus Matematik
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh UTM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan 2 Subjek lain.
• Lulus Matematik
Penganugerahan Diploma: diploma akan dianugerahkan oleh UTM.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Tidak segan bertanya jadikan Mohd. Azizi pelajar cemerlang KTB
SETIU 29 Okt. - Belajar secara berkumpulan serta tidak segan bertanya berhubung sesuatu masalah dengan pensyarah menjadi punca kejayaan bagi Anugerah Keseluruhan Pelajar Cemerlang Kolej Teknologi Bestari (KTB) 2009, Mohd. Azizi Sahardin, 24,.
Melalui perbincangan dengan rakan-rakan, Mohd. Azizi yang berasal dari Muar, Johor itu mendapati ia dapat menyelesaikan sebarang masalah dalam bidang akademik.
Pelajar Diploma Pengurusan Hotel itu merupakan antara 104 pelajar KTB dari pelbagai jurusan menerima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa hari ini.
Para mahasiswa terbabit menerima anugerah itu dari kategori Anugerah Ketua Jabatan, Ketua Eksekutif adalah terdiri 14 pelajar Diploma Kejururawatan, 16 pelajar (Jabatan Sains Komputer), 50 orang (Jabatan Ekonomi Pengurusan) dan 25 pelajar (Hal Ehwal Pelajar).
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif KTB, Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif KTB, Ibrahim Husin.
Mohd. Azizi yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumpulan (PNGK) 3.8 berkata, perbincangan secara berkumpulan juga secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan lain sedikit sebanyak dapat membantu pecapaian pelajaran yang dipelajari semasa di kolej itu.
''Saya juga tidak malu bertanya dengan pensyarah di kolej ini mengenai sesuatu perkara yang tidak tahu samaada di dalam kelas ataupun diluar kelas.
''Dengan sikap sedemikian kita tidak akan rugi sebaliknya dapat menyelesaikan sebarang masalah yang kita tidak fahami berbanding ada dikalangan pelajar lain yang segan bertanya dengan pensyarah mereka," kata Mohd. Azizi yang merupakan anak sulong daripada empat adik beradik.
Dalam pada itu, Ibrahim ketika ditemui berkata, anugerah yang diadakan itu bagi memberi penghormatan terhadap para pelajar KTB yang cemerlang dalam pelbagai bidang akademik.
Katanya, program berkenaan juga meliputi kursus yang diadakan dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_06.htm#ixzz2G8PzEPLy

Sunday, December 23, 2012
Kolej Teknologi Bestari kini Universiti College Bestari
Kolej Teknologi Bestari (KTB) di Setiu kini dinaikkan taraf kepada sebuah universiti dan dikenali sebagai Universiti College Bestari (UCB) setelah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada awal bulan lalu.
Pengerusi Lembaga Pengarah UCB, Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, usaha untuk menaikkan taraf KTB yang beroperasi pada tahun 1998 telah lama diusahakan.
Katanya, dengan kelulusan itu, UCB akan membuka beberapa pusat pengajian di lima negeri melibatkan di Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Kedah pada tahun depan.
``Kita juga merancang untuk membuka sekurang-kurangnya sebuah pusat pengajian di setiap negeri termasuk Sabah untuk memberi peluang lebih ramai pelajar mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan,’’ katanya.
Kini University Collage Bestari |
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Pelapis Imam & Bilal, Warden & Penyelia Asrama Dan Pengurusan Dewan Makan & Penyediaan Makanan Asrama Gabungan Peyatim di Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) Pulau Kerengga, Marang semalam.
Sehubungan itu, UCB akan menambah kursus-kursus pengajian diperingkat ijazah, ijazah lanjutan dan doktor falsafah serta pengambilan pelajar juga akan ditingkatkan kepada 2,000 orang pada pengambilan sesi tahun depan.
Tambahnya, pada masa ini kira-kira 1,500 pelajar sedang mengikuti sembilan program pengajian antaranya Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Pengajian Teknologi Maklumat dan Diploma Keusahawan,
Selain itu turut mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti termasuk Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kolej Krim of Technology and Innovation
Syarat Kemasukan
DIPLOMA TEKNOLOGI TENAGA SOLAR (MQA/PA 1226)
- Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk lulus mata pelajaran Matematik ATAU
- STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya 1 lulus penuh dalam mana-mana mata pelajaran DAN lulus dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia ATAU
- Lulus Sijil Teknikal / Vokasional yang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan 1 tahun pengalaman kerja yang berkaitan atau 1 semester program peralihan ATAU
- Kelayakan – kelayakan lain atau setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
DIPLOMA ANIMASI DIGITAL (MQA/PA 1224)
- Lulus SPM / SPMV / O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran serta lulus mata pelajaran Pendidikan Seni ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
DIPLOMA TEKNOLOGI & PEMBANGUNAN PERMAINAN VIDEO (MQA/PA 1225)
- Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk mata pelajaran Matematik ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya 1 lulus penuh dalam mana-mana mata pelajaran DAN kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia ATAU
- Lulus Sijil Teknikal / Vokasional yang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan 1 tahun pengalaman kerja yang berkaitan atau 1 semester program peralihan ATAU
- Kelayakan – kelayakan lain atau setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
DIPLOMA PEMBANGUNAN PERISIAN (MQA/PA 1108)
- Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk mata pelajaran Matematik ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya 1 lulus penuh dalam mana-mana mata pelajaran DAN kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia ATAU
- Lulus Sijil Komputeran yang diiktiraf atau setara ATAU
- Lulus Sijil Teknikal / Vokasional yang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan 1 tahun pengalaman kerja yang berkaitan atau 1 semester program peralihan ATAU
Kategori Animasi Berkomputer
Animasi 2 Dimensi
Animasi dua dimensi juga kadangkala dikenali sebagai animasi linear. Ia merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan. Beberapa kaedah yang digunakan bagi membangunkan animasi dua dimensi. Antaranya :
· Animasi Laluan (Path Animation)
· Animasi Sel (Cel Animation)
· Animasi Skrin atau Transaksi Objek
· Animasi Font dan Ikon
Animasi 3 Dimensi
Merujuk kepada animasi yang mengandungi objek tiga dimensi yang biasanya terbentuk menerusi pemodelan atau formula matematik Setiap objek mampu dipapar serta dipertontonkan dari pelbagai sudut pandangan, memberikan ilusi seolah-olah ianya objek sebenar yang berdimensi. Terdapat beberapa kaedah pembangunan animasi tiga dimensi. Antaranya :
· Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding)
· Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan (Lightning)
· Pemetaan (Mapping)
Animasi Barat
Walt Disney Studios Salah satu pelopor dunia animasi, dengan karya-karya klasik yang sudah tidak asing lagi seperti Snow White, Peter Pan, Sleeping Beauty, dll; hingga karya-karya barunya seperti Beauty and the Beast, Lion King, Pocahontas
Warner Bros Studios Termasuk pelopor juga, terkenal dengan film seri kartunnya. Wabit(Warner Bros Imaging Technology), baru mengganti namanya menjadi Warner Bros Digital(Widget). Pixar Toy Story, telah membuat tonggak baru untuk sejarah animasi. Ianya Filem pertama yang seluruhnya menggunakan CGI (Computer Graphics Imagery).
Filem-filem berkonsepkan penggunaan animasi berkomputer juga semakin mendapat tempat dihati pengguna dan antara yang popular ialah “The Matrix”, “Star Wars”, “First Episode”, “XMen” .
Kronologi Sejarah Animasi Malaysia
- Al-Haytham pada abad ke-11 mengesan fenomena persistence of visionyang membolehkan kita menonton filem & animasi.
- Wayang kulit – bentuk filem & animasi terawal dalam dunia.
- Animasi bermula dengan penubuhan Malayan Film Unit pada tahun 1946 oleh Mcff Sheperd (kini dikenali sebagai Filem Negara Malaysia)
- Animator pertama Malaysia – Goh Meng Huat (Malayan Film Unit, 1947)
- Filem animasi pendek pertama – Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978)
- Filem animasi pendek kedua – Sang Kancil & Monyet (Hassan Muthalib, 1984)
- Animator filem cereka pertama – Mat Sentol (siri Mat Bond, 1960-an)
- Animasi pertama untuk siri komedi TV (RTM) – Keluarga Si Tompel (Ahmad Hassan, 1965)
- Treler perayaan animasi pertama – Selamat Hari Natal oleh Filem Negara Malaysia (Hassan Muthalib, 1972)
- Studio animasi pertama – FilmArt (Norhan Mat, 1982)
- Studio animasi kedua – Lensamation (Sean Sulong, 1985)
- Tajuk animasi filem cereka yang terpanjang (5 minit) – Mekanik arahan Hafsham (Hassan Muthalib, 1983)
- Watak kartunis pertama dianimasi untuk TV (Sketsa Aidilfitri, RTM) – Epit oleh Lat &Din Teksi oleh Nan, 1987. Animasi oleh Filem Negara
- Watak kartunis pertama dianimasi untuk filem – Mat Gelap oleh Imuda (1990)
- Filem pertama yang menyelitkan animasi watak Mat Gelap oleh ZHA Productions (Hassan Muthalib, 1990)
- Filem pertama gabungkan watak animasi dan gambar hidup – Mat Gelap (1990)
- Iklan animasi pertama yang dibuat dengan perisian komputer – Magnolia Mackup(Hassan Muthalib, 1990)
- Animator 3D professional yang pertama (Steve Bristow, 1990)
- Filem animasi pelajar yang pertama – Bunga Karang (Zhang Kong Wah, 1992), Akademi Filem Malaysia
- Siri animasi TV pertama – Usop Sontorian oleh Kharisma Pictures (Kamn Ismail, 1995)
- Institusi pertama yang mengajar animasi – The One Academy (1997)
- Siri animasi pertama dibuat dengan Flash (Biru Sebijak Laut, Fat Lizard)
- Filem cereka animasi pertama – Silat Legenda oleh Peninsula Pictures (Hassan Muthalib, 1998)
- Filem cereka animasi kedua – Puteh oleh Eurofine (Rashid Sibir, 2001)
- Filem animasi 3D pertama ke VCD – Nien Resurrection (Fine Jump Animation, 2000)
- Filem cereka animasi 3D pertama ke pawagam – Geng oleh Les’ Copaques (2009)
Sumber dari
Hassan Abd Muthalib,
Karyawan Tamu, Fakulti Teknologi Artistik & Kreatif, UiTM,
Puncak Perdana, Selangor Darul Ehsan
Wednesday, December 12, 2012
Animasi Malaysia Jelajah Dunia
SeeFood dapat pujian ketika hadiri pasaran filem Cannes
FILEM animasi tempatan, SeeFood, terbitan Silver Ant Sdn Bhd yang akan berada di pawagam mulai esok (8 Mac) sudah pun berjaya menembusi pasaran di lebih 90 negara.
FILEM animasi tempatan, SeeFood, terbitan Silver Ant Sdn Bhd yang akan berada di pawagam mulai esok (8 Mac) sudah pun berjaya menembusi pasaran di lebih 90 negara.
Animasi yang mengambil masa selama dua tahun empat bulan untuk disiapkan itu juga pernah dibawa ke Festival Filem Cannes, Perancis, melalui usaha persendirian. Membabitkan 35 juru animasi, filem pertama terbitan Silver Ant Sdn Bhd itu berjaya memikat ramai pembeli di pasaran filem antarabangsa berkenaan.
Pengarahnya, Goh Aun Hee, berkata pada mulanya beliau menjangkakan hanya empat atau lima negara akan menunjukkan minat terhadap filem terbabit. Bagaimanapun amat mengejutkan apabila kehadiran filem itu mendapat sambutan begitu baik sekali. “Mereka memuji kualiti filem ini walaupun kami hanya menggunakan 35 juru animasi. Memang tak dinafikan, dengan jumlah tenaga kerja yang sedikit, ia memberikan cabaran berat kepada kami.

“Janganlah bandingkan kualiti filem ini dengan animasi daripada syarikat gergasi Hollywood seperti Pixar kerana bajet mereka adalah ratusan juta ringgit. Mereka juga mempunyai ramai tenaga kerja, mencecah 500 juru animasi, sedangkan kami berkerja dalam jumlah yang kecil. “Bajet kami juga tidak sebesar peruntukan filem mereka. Dengan bantuan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta Saluran Kanak-Kanak Al Jazeera, hasrat untuk menghasilkan SeeFood akhirnya dapat direalisasikan.
Sebenarnya ilham menghasilkan filem ini tercetus sejak 12 tahun lalu, tetapi ia hanya dapat dilaksanakan empat tahun lalu dan memakan masa lebih dua tahun untuk disiapkan,” katanya. Kepayahan mereka ternyata berbalas apabila filem itu mendapat pelbagai pengiktirafan, biarpun ia belum lagi menjengah pawagam. Pada Anugerah Karyawan Animasi Malaysia 2011, SeeFood membawa pulang tiga anugerah iaitu Animator 3D Terbaik, Kompositor/Vfx Animasi Terbaik dan Montaj Animasi Terbaik.
Pada mulanya, menurut Goh, mereka merancang untuk merakamkan filem berkenaan dalam bahasa Melayu untuk pasaran negara ini. Bagaimanapun, menyedari ia akan mengambil masa lebih lama, apatah lagi proses menunggu tarikh tayangan sendiri sudah memakan masa lima bulan, hasrat itu kemudiannya dibatalkan. “Bukan kami tidak mahu menayangkan filem ini di sini, tetapi tujuan asal kami sebenarnya mahu memperkenalkan negara kita ke luar negara. Ternyata usaha kami tidak sia-sia apabila mereka terkejut dan memuji SeeFood.

“Kami tidak kisah jika ada yang berkata kami meniru animasi Hollywood seperti Finding Nemo. Mungkin disebabkan ia berlatarkan alam dasar laut, secara tidak langsung orang ramai akan mengaitkan filem kami dengan animasi luar negara itu. Dari segi jalan cerita, SeeFood sebenarnya berbeza. “Mereka yang sudah menonton filem ini ketika ditayangkan di Cannes memuji jalan cerita filem ini. Bagi mereka, jalan cerita filem ini unik. Apatah lagi kami turut menyelitkan mesej mengenai pencemaran laut dan juga pemburuan sirip yu,” katanya.
INFO
Filem: SeeFood
Syarikat produksi: Silver Ant Sdn Bhd
Genre: Animasi
Pengarah: Goh Aun Hee
Tayangan: Mulai 8 Mac 2012
INFO
Filem: SeeFood
Syarikat produksi: Silver Ant Sdn Bhd
Genre: Animasi
Pengarah: Goh Aun Hee
Tayangan: Mulai 8 Mac 2012
Dilema animasi di Malaysia
'JANGAN monyet.....jangan' 'Aku tak peduli...aku nak juga. Walaupun dialog animasi pendek itu ditayangkan sekitar tahun 80-an, masih ramai yang mengingatinya. Petikan dialog animasi Sang Kancil dan Monyet terbitan Filem Negara Malaysia (FNM) itu nyata sangat kuat pengaruhnya.
Jalan ceritanya tampak mudah, namun siri yang diadaptasi daripada cerita dongeng kanak-kanak itu tetap memberi impak kepada penonton tanpa mengira peringkat usia.
"Penghasilan siri berkenaan telah mencetuskan fenomena baru dalam bidang animasi tempatan, biarpun tanpa sebarang kepakaran dan teknologi canggih," kata penciptanya yang juga pelopor bidang animasi di Malaysia, Hassan Abdul Muthalib.
Biarpun durasi siri tayangan yang dihasilkan pada tahun 1984 itu hanya lima minit, proses menyiapkannya mengambil masa selama enam bulan.
Kesemua proses dilakukan secara manual bermula daripada proses melakar, mewarna, membuat papan cerita, memasukkan imej sehingga kepada proses produksi.
"Untuk menghasilkan sebuah animasi selama satu saat memerlukan sebanyak 12 keping lukisan, bayangkan berapa keping lukisan diperlukan untuk tempoh lima minit," ujarnya.
Namun, semua itu tidak mematahkan semangat Hassan untuk meneruskan usahanya, lebih-lebih lagi percubaan pertamanya mendapat sambutan daripada penonton.
Tiada pengalaman
Dedikasinya diterjemahkan melalui beberapa siri animasi pendek seterusnya seperti Sang Kancil dan Buaya pada tahun 1987, Gagak Yang Bijak, Singa Yang Haloba dan Arnab Yang Sombong.
Mengakui tidak memiliki pengalaman dalam bidang pengarahan, penulisan atau penghasilan animasi ketika itu, Hassan berkata, ia dilakukan atas dasar minat, kajian dan percubaan semata-mata.
Lelaki berusia 65 tahun itu bertuah kerana bertemu dengan salah seorang animator Walt Disney yang terkenal, Clair Weeks. Daripada Weeks, Hassan belajar cara-cara untuk menghasilkan jalan cerita dan watak dalam sesebuah animasi.
Bermula dari situ Hassan menghasilkan beberapa treler pendek yang berbentuk nasihat seperti Hapuskan Denggi, Jimatkan Elektrik, Jimatkan Air, Jauhi Dadah sehinggalah diberi peluang menghasilkan siri Sang Kancil ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Senireka FNM.
Penglibatannya dalam bidang perfileman bermula selepas bertemu dengan Zarul Hisham Al-Bakri pada tahun 1989 yang membawa kepada penghasilan filem Mat Gelap lakonan Imuda.Menariknya, ia merupakan kali pertama watak manusia dan animasi digabungkan dalam sebuah filem di negara ini.
"Ia diilhamkan berdasarkan filem Who Frame Rogger Rabbit yang diterbitkan pada tahun 1988. Biarpun watak animasi filem ini hanya memakan masa empat minit setengah namun ia memerlukan masa empat bulan untuk disiapkan.
"Prosesnya juga agak rumit kerana saya terpaksa membayangkan watak Imuda sebelum disesuaikan dengan imej Mat Gelap melalui teknik pertindihan imej," kata Hassan yang memberitahu ia merupakan filem pertama dan terakhir menggunakan teknik sedemikian.
Tidak terhenti setakat itu sahaja, beliau turut menjadi antara orang penting dalam filem animasi pertama negara iaitu Silat Lagenda yang mempopularkan watak Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya, siri-siri animasi serta iklan komersial.
Kejayaan Disney
Menyifatkan penggunaan teknologi komputer dan perisian canggih banyak membantu serta memudahkan penghasilan animasi pada hari ini, Hassan berpendapat ia bukan faktor utama dalam melahirkan sesebuah karya yang hebat.
"Biarpun menggunakan teknik tiga dimensi (3D) dan imej janaan komputer (CGI) ia tidak akan bermakna sekiranya animasi yang dihasilkan tidak mempunyai penceritaan yang baik.
"Sebab itu kita lihat animasi Disney begitu berjaya sehingga ke hari ini. Animasi yang dihasilkan bukan sekadar lukisan yang bergerak tetapi cerita yang dilakarkan, sebab itu kita lihat watak Mickey Mouse dan Donald Duck mempunyai pengaruh yang sangat kuat," jelasnya yang berpengalaman sebagai pengajar dan juri jemputan pelbagai festival animasi di dalam dan luar negara.
Sementara itu, Pengarah Urusan Quest Animations (M) Sdn. Bhd., Kamarudin Ismail yang berpengalaman dalam bidang animasi sejak dua dekad lalu berkata, kejayaan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang diadaptasi daripada siri televisyen Upin dan Ipin membuktikan teknologi animasi semakin berkembang.
Berpengalaman mengarahkan animasi bersiri seperti Usop Sontorian dan Kluang Man yang begitu popular sekitar 90-an, beliau menjelaskan, ketika itu tidak ramai yang mempunyai kepakaran membabitkan aspek teknikal dan penerbitan animasi terutama melalui komputer.
"Saya sendiri bermula daripada bawah, belajar melalui buku sebelum mampu melatih pekerja menggunakan perisian yang digunakan.
"Semasa projek Usop Sontorian dimulakan, ramai yang memandang sinis dan membandingkannya dengan animasi dari luar, namun sebaik sahaja disiarkan ia berjaya menarik perhatian penonton," katanya yang juga Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas).
Potensi dan nilai komersial yang dihasilkan membuka mata banyak pihak menyebabkan pelabur dan produksi tempatan menunjukkan minat untuk menghasilkan animasi tempatan.
Ini termasuklah ledakan teknologi digital seperti 3D yang membolehkan lakaran animasi yang dilakukan lebih halus dan setanding dengan produk luar negara.
Perkembangan itu digiatkan menerusi galakan daripada Perbadanan Multimedia Malaysia (MDeC) yang menyuntik sejumlah dana bagi membiayai projek dalam industri animasi dan kandungan kreatif digital.
Tidak hairanlah, beberapa syarikat animasi memberani diri menghasilkan siri seperti Anak-Anak Sidek, Bola Kampung, Yokies, Sang Wira, Kampung Boy dan sebagainya.
Malah, Kamaruddin sendiri telah menghasilkan beberapa karya bermula daripada Che Nat, Toman 1, Kumang Lagenda Sarawak, Lagenda Kinabalu, Pusaka, Pejuang dan terbaru Duwi.
Populariti animasi tempatan turut dirasai semasa Pameran Animasi 1Malaysia di yang diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 20 April sehingga 21 Mei lalu.
Pengarah Perkhidmatan Maklumat Umum PNM, Dahlia Zainal berkata, pameran yang julung-julung kali diadakan itu mendapat sambutan menggalakkan dan mendedahkan generasi muda terhadap bidang animasi tempatan.
"Sepanjang pameran ini mereka didedahkan tentang sejarah dan teknik penghasilan animasi selain bertemu dengan mereka yang terlibat dalam industri ini," katanya.
Dilema
Bagaimanapun dalam kerancakan itu, wujud dilema apabila stesen televisyen swasta kurang memberi sokongan kepada industri berkenaan.
Harapan kini disandarkan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang membeli beberapa program animasi untuk disiarkan di dalam lima slot setiap minggu.
"Inilah masalah yang menghantui kalangan pengeluar animasi tempatan, sudahlah sukar mencari tempat di stesen televisyen milik swasta malah mereka terpaksa bersaing sesama sendiri mengisi slot yang disediakan oleh RTM.
"Kesannya, banyak produk animasi tidak dapat disiarkan malah ada di kalangan pemilik produksi terpaksa mencari pasaran baru di luar negara bagi mengelakkan kerugian di samping membayar segala kos operasi," kata Kamarudin yang berharap satu perbincangan segera dapat diadakan bagi menyelesaikannya.
Pendapat yang sama turut diutarakan oleh pengarah animasi berbakat, Amier Hamzah. Menurut beliau, salah satu pendekatan yang boleh membantu meningkatkan industri itu ialah dengan membuka lebih banyak siaran di rangkaian televisyen tempatan.
Beliau juga berharap kerajaan dapat menyalurkan bantuan bagi mendorong penghasilan animasi yang lebih bermutu terutama dalam konteks hiburan berlatarbelakangkan tradisi, adat resam dan kehidupan di negara ini.
Animasi boleh dijadikan bahan berkesan dengan memuatkan unsur-unsur nasihat, motivasi, keagamaan, mengangkat nilai tradisi dan sejarah melalui ikon-ikon tempatan yang dibentuk.
"Untuk membangunkan industri berkenaan, ia memakan masa yang lama dan tidak boleh berlaku dalam tempoh yang singkat.
"Bagaimanapun apa yang berlaku agak mengecewakan, pergantungan kepada animasi luar yang lebih murah menyebabkan animasi tempatan dan bakat-bakat sedia ada dan berpotensi terkubur begitu sahaja," tegasnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Syarat-syarat:
• STPM Principal C Termasuk Pengajian Am, C+ Ekonomi / Geografi / Matematik / Pengajian Perniagaan / Perakaunan ATAU Diploma / Matrikulasi CGPA 2.0
• DAN SPM Kepujian Bahasa Melayu, Lulus Bahasa Inggeris Dan Matematik.
• DAN Telah Mengambil MUET
Penganugerahan Ijazah: Ijazah akan dianugerahkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Syarat-syarat:
• SPM/SPMV Dengan 5 Kepujian Termasuk Bahasa Melayu,Matematik dan 1 Subjek Sains Tulen / sains / Sains Tambahan Lulus Bahasa Inggeris Lulus sijil / Pra-Diploma berkaitan yang dapat Akreditasi MQA
Penganugerahan Ijazah: Diploma akan dianugerahkan oleh Universiti Putra Malaysia.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)
Syarat-syarat:
• SPM / SPMV dengan 5 Kepujian Termasuk Bahasa Melayu dan Matematik. Lulus Bahasa Inggeris Lulus Sijil / Pra-Diploma berkaitan dengan mendapat Akreditasi MQA / LAN.
Penganugerahan Ijazah: Diploma akan dianugerahkan oleh Universiti Putra Malaysia.
Tempoh Anugerah: 3 tahun (6 semester)