Sunday, December 23, 2012

Kronologi Sejarah Animasi Malaysia


  • Al-Haytham pada abad ke-11 mengesan fenomena persistence of visionyang membolehkan kita menonton filem & animasi.
  •  Wayang kulit – bentuk filem & animasi terawal dalam dunia.
  • Animasi bermula dengan penubuhan Malayan Film Unit pada tahun 1946 oleh Mcff Sheperd (kini dikenali sebagai Filem Negara Malaysia)
  • Animator pertama Malaysia – Goh Meng Huat (Malayan Film Unit, 1947)
  •   Filem animasi pendek pertama – Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978)
  •  Filem animasi pendek kedua – Sang Kancil & Monyet (Hassan Muthalib, 1984)
  •  Animator filem cereka pertama – Mat Sentol (siri Mat Bond, 1960-an)
  • Animasi pertama untuk siri komedi TV (RTM) – Keluarga Si Tompel (Ahmad Hassan, 1965)
  •  Treler perayaan animasi pertama – Selamat Hari Natal oleh Filem Negara Malaysia (Hassan Muthalib, 1972)
  •   Studio animasi pertama – FilmArt (Norhan Mat, 1982)
  • Studio animasi kedua – Lensamation (Sean Sulong, 1985)
  •  Tajuk animasi filem cereka yang terpanjang (5 minit) – Mekanik arahan Hafsham (Hassan Muthalib, 1983)
  • Watak kartunis pertama dianimasi untuk TV (Sketsa Aidilfitri, RTM) – Epit oleh Lat &Din Teksi oleh Nan, 1987. Animasi oleh Filem Negara
  •  Watak kartunis pertama dianimasi untuk filem – Mat Gelap oleh Imuda (1990)
  •  Filem pertama yang menyelitkan animasi watak Mat Gelap oleh ZHA Productions (Hassan Muthalib, 1990)
  • Filem pertama gabungkan watak animasi dan gambar hidup – Mat Gelap (1990)
  •  Iklan animasi pertama yang dibuat dengan perisian komputer – Magnolia Mackup(Hassan Muthalib, 1990)
  •  Animator 3D professional yang pertama (Steve Bristow, 1990)
  •   Filem animasi pelajar yang pertama – Bunga Karang (Zhang Kong Wah, 1992), Akademi Filem Malaysia
  •  Siri animasi TV pertama – Usop Sontorian oleh Kharisma Pictures (Kamn Ismail, 1995)
  •  Institusi pertama yang mengajar animasi – The One Academy (1997)
  • Siri animasi pertama dibuat dengan Flash (Biru Sebijak Laut, Fat Lizard)
  • Filem cereka animasi pertama – Silat Legenda oleh Peninsula Pictures (Hassan Muthalib, 1998)
  •  Filem cereka animasi kedua – Puteh oleh Eurofine (Rashid Sibir, 2001)
  • Filem animasi 3D pertama ke VCD – Nien Resurrection (Fine Jump Animation, 2000)
  • Filem cereka animasi 3D pertama ke pawagam – Geng oleh Les’ Copaques (2009)


Sumber dari
Hassan Abd Muthalib,
Karyawan Tamu, Fakulti Teknologi Artistik & Kreatif, UiTM,
Puncak Perdana, Selangor Darul Ehsan

No comments:

Post a Comment