Thursday, December 27, 2012

KENAL PAPAN CERITA ( STORYBOARD)

Papan Cerita suatu cerita yang dicipta perlu bermula dari idea. Sebelum membina projek multimedia papan cerita adalah perkara pertama yang perlu diperhalusi terlebih dahulu agar jalan cerita yang ingin dibangunkan nanti dapat dijalankan dengan sebaiknya. tanpa papan cerita umpanan kapal yang tiada nakhoda.  Idea adalah cetusan ingatan seseorang yang boleh mengembangkanya menjadi apa yang perlu dihasilkan.  contohnya, seseorang ternampak pokok lalu timbul idea untuk mengukir pokok itu menjadi action figure.

Dalam konteks penceritaan, perkara sama berlaku. seseorang penulis skrip perlu melakukan beberapa perkara untuk mendapatkan idea. ada yang mengelamun, ada yang berjalan-jalan dan ada yang menconteng untuk mendapatkan sesuatu idea. 

MAKSUD PAPAN CERITA

Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses rekabentuk, sebelum melakukan aktiviti multimedia, papan cerita ada perkara yang perlu diambil kita terlebih dahulu. ia merupakan perkara wajib dalam multimedia kursusnya untuk membuat animasi. Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. setiap lakaran yang ada pada skrin aplikasi multimedia mesti ada papan cerita. Dalam melakar papan cerita kita perlu mengaplikasi konsep reka letak agar setiap rekaletak itu memberi fungsi yang baik pada setiap paparan multimedia tersebut. Papan cerita adalah lakran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan aplikasi multimedia.