Wednesday, January 29, 2014

APA ITU MULTIMEDIA


Pada dasarnya, terlau banyak definisi yang diberikan terhadap multimedia.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
Multimedia (inggeris) = multi + media
Multi bermaksud banyak, berjenis-jenis, bermacam-macam
Media bemaksud alat yang digunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi seperti radio, suratkhabar, televisyen dan sebagainya.

Pendapat JacQuetta Megarry (1990)
Multimedia ialah hypermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara pengguna menggabungkan, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian computer dengan penggunaan tetikus.

Mengikut Waterworth (1992)
Multimedia ialah pesepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan ileh teknologi berasaskan computer.

Rosenberg (1993)
Multimedia sebagai gabungan bunyi, imej static, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan teknologi computer. Beliau menambah bahawa multimedia sebagai “suatu kumpulan ahli teknolgi merekacipta sesuatu untuk menarik perhatian dan memuaskan hati mereka sesame sendiri”

Gayeski (1993)
Multimedia sebagai satu kumpulan media berasaskan computer dan system komunikasi yang berperanan untuk membina, menyimpan, menghantar dan menerima informasi berasaskan teks, grafik, audio dan sebagainya.

Ron White (1996)
Multimedia sebagai paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya delam computer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad audio dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat.

Daripada pelbagai definisi yang ada, jelas dapat diperhatikan bahawa dua cirri uatama yang perlu dibincangkan apabila membina definisi bagi multimedia ialah:


  • Multimedia merujuk kepada suatu persembahan informasi dengan menggunakan gabungan teks, grafik, audio, animasi dan video serta mempunyai interaktivti antara pengguna dan komputer.
  • Multimedia merupakan satu system yang membolehkan capaian informasi dilakukan secara tidak linear (non-linear navigation)

Secara ringkasnya :
Multimedia ialah suatu proses komunikasi interatktif berasaskan computer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.


No comments:

Post a Comment