- Fakta, idea, cerita dan kepercayaan yang berkomunikasi, membekalkan nilai kepada penerima
- Dalam konteks multimedia, maklumat ada dalam pelbagai bentuk seperti teks, gambar, audio dan video.
Domain
- Dalam multimedia, domain multimedia secara relatifnya adalah sempit atau focus maklumat/pengetahuan seperti astronomi, pengarang terkenal atau boleh jadi seseuatu yang bersempadan seperti maklumat ensaiklopedia.
Interaktiviti (interactivity)
- Kebolehan pengguna untuk berkomunikasi dengan program atau perisian computer
- Video atau filem merupakan contoh media yang mempunyai gabungan pelbagai elemen multimedia dan ianya dipersembahkan secara linear.
- Multimedia pula membenarkan pengguna menjadi lebih aktif dengan menyediakan kemudahan interaktiviti di mana pengguna boleh mengawal isi kandungan persembahan, apa, bila dan bagaimana ia dipersembahkan.
- Interaktiviti juga membenarkan pengguna meneroka sesuatu maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan yang tersendiri.
- Interaktiviti merangkumi:
- Kecepatan respon atau tindakbalas terhadap aktiviti pengguna
- Masukkan maklumat yang tidak mengikut urutan di mana maklumat dimasukan mengikut kesesuaian dan kehendak pengguna
- kebolehsuaian antara manusia dengan system
- Maklumbalas serta merta
- Pilihan untuk memberi arahan
- Komunikasi dua hala antara computer dengan manusia.
Aplikasi (application)
- Program computer yang menyediakan tujuan khas seperti pemprosesan kata atau lembaran kerja.
- Produk multimedia termasuklah permainan, program pendidikan dan sebagainya.
Kandungan (content)
- Maklumat spesifik bagi produk multimedia dalam bentuk teks, gambar, audio dan video.
- Kandungan mungkin sebagai pitavideo atau pada kertas tetapi akan ditukarkan pada format digital unutk disunting dan digabungkan dalam produk multimedia.
- Kandungan bagi multimedia biasanya adalah unik.
Pembangun (developer)
- Pengurus, perekabentuk, pengaturcara, artis grafik, dan lain-lain yang terlibat dalam pembangunan produk multimedia dengan kepakaran masing-masing.
- Juga dirujuk sebagai penerbit.
Pengguna (end user)
- Individu atau kumpulan yang menggunakan/ mengaplikasikan produk multimedia untuk bekerja atau bermain.
Alat Pengarangan (Authoring Tools)
- Program perisian yang digunakan unguk membangunkan dan menghantar produk multimedia.
- Alat (tools) termasuklah program untuk menyunting teks dan grafik, penangkapan audio dan video, dan pengarangan multimedia.
Produk (product)
- Produk multimedia yang lengkap yang diagihkan untuk digunakan oleh pengguna.
- Biasanya dijual kepada pengguna melalui kedai-kedai komersil.
No comments:
Post a Comment