Walaupun teks merupakan
sumber terbaik untuk menyampaikan maklumat, namun kadangkala ia gagal unutk
menyebarkan maklumat dalam kadar yang pantas. Berikut ada beberapa panduan dan
perkara yang perlu diberi perhatian semasa bekerja dengan teks di dalma
pembangunan sesebuah aplikasi multimedia
v Ringkas tetapi padat
o
Teks haruslah
diminimakan penggunaannya melainkan
aplikasi yang dibina mengandungi bahan rujukan yang banyak dan
menyeluruh.
o
Membaca teks
pada skrin amat sukar dan meletihkan
sekiranya ianya disediakan dalam kuantiti yang banyak.
o Teks mungkin
bukan kaedah yang baik bagi menyampaikan sesuatu idea, konsep dan fakta.
o
“A picture is
worth a thousand words” atau : sekeping gambar lebih berkesan dari seribu patah
perkataan”
o penggunaan
teks yang maksima diperlukan terutamanya bagi aplikasi multimedia berunsurkan
rujukan seperti ensiklopedia
o kombinasi
teks dengan media-media lain sering membantu serta berkesan bagi tujuan
mengurangkan penggunaan teks tersebut bagi melahirkan sesebuah konsep.
o
Dari sudut
rekabentuk pula, panduan menyatakan bahawa bagi sesebuah aplikasi multimedia,
teks yang digunakan haruslah kurang dari separuh penggunaan skrin.
v Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian
o Pemilihan
typeface dan fon yang bersesuaian dengan isi kandungan, konsep, kumpulan
pengguna sasaran serta mood sesebuah aplikasi multimedia amat penting di dalam
menentukan keberkesanan penyampaian seseuatu maklumat.
o
Kesilapan
pemilihan akan memberi kebosanan kepada pengguna didalam menerima sesuatu
maklumat yang hendak disampaikan
o
Typeface dan
fon sering digunakan bagi menarik perhatian pada maklumat yang hendak
disampaikan pada skrin, meningkatkan kebolehbacaan, menetapkan nada atau mood (sama
ada serius, sedih, kelakar) dan juga bagi tujuan menetapkan konsep sesebuah
aplikasi ( seperti progresif atau konservetif)
o Ilistrasi
yang dipaparkan pada mukasurat yang berikutnya menunjukkan penggunaan pelbagai
jenis fon yang disesuaikan dengan situasi, isi kandungan dan kumpulan sasaran
sesebuah aplikasi multimedia.
o Jika
pemilihan jenis fon yang digunakan bersesuaian, isi kandungan atau situasi yang
berbeza kelihatan lebih hidup dan menarik.
o Biasanya,
kebanyakan pilihan atau keputusan di dalam pembangunan sesebuah aplikasi
multimedia amat bergantung rapat dengan objektif aplikasi serta pengguna
sasaran yang akan menggunakan aplikasi tersebut.
o Begitu juga
dengan pemilihan jenis fon, objektif sesbuah aplikasi serta kumpulan sasaran
pengguna memainkan peranan yang penting.
o
Contoh :
Objektif aplikasi : berkaitan “Sejarah Melaka dan
Kesannya
Terhadap Pembangunan Malaysia”
Kumpulan sasaran :
pelajar kolej
Maka : penggunaan teks dioptimumkan dalam
penyampaian maklumat. Bahagian tajuk boleh digunakan fon dari kategori
dekoratif.
v Pastikan teks tersebut boleh dibaca
o
Ciri utama
dalam pemilihan teks ialah supaya ia mudah dibaca.
o
Walaupun fon
jenis dekoratif amat menarik perhatian dan cantik tetapi sering kali fon jenis ini sukar dibaca.
o
Terdapat juga
aplikasi yang memerlukan teks memenuhi skrin bagi penyampaian maklumat
o
Sering juga
berlaku di mana saiz teks terpaksa dikecilkan bagi membolehkan sejumlah teks
yang diperlukan dimuatkan di dalam ruangan yang disediakan. Ini mengakibatkan
teks yang terhasil sukar dibaca.
v Pemilihan stail tulisan dan juga warna teks
o
Tiga jenis
stail tulisan : bold, italic dan underline.
o Ia sering
digunakan bagi memberikan penekanan atau membezakan sesuatu isi kandungan
dengan bahagian yang lain pada media bercetak.
o
Selain dari
berfungsi untuk memberi penekanan, ia sering juga digunakan sebagai hiperteks.
o
Apabila
perkataan tersebut diaktifkan (diklik
dengan tetikus), ia akan membawa pengguna ke paparan yang baru ataupun
sekumpulan teks yang baru mahupun menghasilkan sesuatu aksi seperti bunyi
ataupun animasi.
o Kontras
antara aksara atau perkataan dengan warna latarbelakang amat memainkan peranan
penting di dalam menentukan kejelasan dan juga kebolehbacaan sesuatu perkataan.
o
Elakkan
menggunakan teks dan latarbelakang yang mempunyai warna yang hampir sama.
Contoh : teks warna kuning dengan latarbelakang warna hijau.
o
Kombinasi
warna teks dan latarbelakang yang baik contohnya hitam putih, hitam kuning,
biru putih dan sebagainya.
o
Elakkan juga
teks yang berwarna merah kerana ia sering sukar untuk dibaca.
v Kawal pemilihan fon serta konsisten
o
Seorang
pembangun aplikasi multimedia haruslah berhati-hati agar tidak menghasilkan
sesebuah rekabentuk skrin yang kelihatan sibuk dan sukar dibaca hasil dari penggunaan
terlalu banyak fon, stail dan warna dalam satu skrin yang sama
o Mengambil
kira konsistennsi atau keseragaman dalam penggunaan teks.
o Contohnya:
penggunaan fon, stail dan warna yang tidak berubah-ubah untuk tajuk dan
subtajuk bagi beberapa skrin. Begitu juga utuk hiperlinks, jika gunakan fon
Time New Roman saiz 12 warna biru, maka ciri ini perlu dikekalkan .
o
Tujuan :
supaya suasan mesra pengguna (user
friendly) dapat dikekalkan di dalam aplikasi yang dibangunkan.
o
Satu lagi
faktor penting dalam pemilihan fon ialah, kesediaan (avaibality)
jenis fon dalam sistem komputer yang akan digunakan untuk tujuan mainbali
o
Cara
menanganinya,
§ Menyediakan atau menghantar sekali fon istimewa
yang digunakan bersam-sama dengan aplikasi multimedia tersebut.
§ Jadikan teks tersebut sebagai grafik dengan
menggunakan perisian grafik
o
Kelemahan
teknik menjadiakn teks sebagai grafik ialah
§ ia memerlukan storan yang besar dan ingatan yang
lebih besar
§ agak sukar untuk diubahsuai
o teknik teks
sebagai grafik hanya sesuai untuk teks yang dijadikan tajuk atau subtajuk
No comments:
Post a Comment