Tuesday, November 4, 2014

FAHAM DULU APA ITU ANIMASI

Pengenalan  

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Ia membolehkan sesuatu objek yang pegun atau statik dapat bergerak dan kelihatan seolah-olah hidup. Animasi di dalam sebuah aplikasi multimedia dapat menjanjikan suatu persembahan yang lebih dinamik serta menarik kepada penonton kerana ia memungkinkan sesuatu yng mustahil atau kompleks berlaku di dalam kehidupan sebenar direalisasikan di dalam aplikasi tersebut.

Animasi boleh  dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.


Walaupun demikian, proses penghasilan animasi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ianya memerlukan pengalaman kemahiran serta kepakaran yang tinggi bagi tujuan penghasilan. Pakar animasi yang juga sering dikenali sebagai animator diperlukan dalam jumlah yang banyak bagi menghasilkan suatu animasi yang berkualiti tinggi. Kos penghasilannya juga agak tinggi disamping tempoh masa yang diperlukan bagi membentuk animasi yang dikehendaki juga agak lama. Ini semua memerlukan perancangan yang teliti serta komitmen yang tinggi di kalangan kumpulan pembangunan sesebuah aplikasi yang memerlukan penggunaan animasi.

No comments:

Post a Comment