Thursday, October 29, 2015

ISU KESELAMATAN KOMPUTER


Ancaman terhadap keselamatan komputer ialah jenayah komputer, termasuk virus, pencerobohan elektronik, bencana alam dan malapetakan lain. Langkah keselamatan terdiri daripada penyulitan, penyekatan capaian, pengendalian bencana dan membuat salinan sandar.

Ancaman Terhadap Keselamatan Komputer

Penjenayah Komputer
Jenayah komputer ialah perbuatan yang tidak sah di mana penjenayah menggunakan pengetahuan khusus dalam teknologi komputer. Penjenayah komputer terdiri daripada empat jenis:

  • Pekerja: 
    • Kategori penjenayah komputer yang terbesar yang terdiri daripada mereka yang mudah mencapai komputer – iaitu pekerja. Kadang-kadang pekerja cuba mencuri sesuatu dariapda majikan – peralatan, perisian, dana elektronik, maklumat berhak milik, atau masa komputer. Kadang-kala ada pekerja bertindak kerana marah dan cuba membalas dendam pada syarikat.
  • Pengguna Luar :
    • Bukan sahaja pekerja tetapi juga pembekal atau pelanggan yang boleh mencapai sistem komputer syarikat. Contohnya pelanggan bank yang sah menggunakan mesin juruwang berautomat. Seperti pekerja, pengguna yang sah mendapat kata laluan yang sulit ataumencari jalan lain untuk melakukan jenayah komputer.
  • Penakik dan Pengodam : 
    • Ada orang menganggap kedua kumpulan ini serupa, tetapi sebenarnya tidak. Penakik ialah orang yang memperolehi capaian yang tidak sah terhadap sistem komputer untuk tujuan bersuka-suka dan gemarkan cabaran komputer. Pengodam melakukan perkara yang sama tetapi untuk tujuan berdendam. Mereka mungkin berniat untuk mencuri maklumat teknikal atau untuk memperkenalkan apa yang mereka panggil sebagai bom – atur cara komputer yang merosakkan – ke dalam sistem.
  • Jenayah Tersusun : 
    • Ahli kumpulan jenayah tersusun mendapati mereka boleh menggunakan komputer sama seperti orang dalam perniagaan yang sah lakukan, tetapi untuk tujuan yang tidak sah. Contohnya, komputer amat berguna untuk menyimpan rekod barangan curi atau hutang judi haram. Sebagai tambahan, pemalsu dan peniru menggunakan mikrokomputer dan pencetak untuk menghasilkan dokumen yang canggih seperti cek dan lesen memandu.

Jenayah Komputer


Jenayah komputer ada pelbagai bentuk seperti berikut:


  • Kerosakan : 
    • Pekerja yang tidak berpuas hati ada kalanya cuba untuk memusnahkan komputer, atur cara atau fail. Pnakik dan pengodam terkenal membuat dan menyebarkan aturcara merbahaya yang dikenali sebagai virus.
      • Virus ialah aturcara yang berpindah melalui rangkaian dan sistem pengendalian dan mereka berada dalam aturcara dan pangkalan data yang berbeza. Terdapat empat jenis virus yang asas: sektor but, fail, kuda trojan dan makro. Membina dan menyebar virus jika diketahui ialah jenayah yang serius dan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta Pindaan Penyalhgunaan Komputer 1994.

  • Kecurian : 
    • Kecurian boleh berlaku dalam pelbagai bentuk – perkakasan, perisian, data, masa komputer. Pencuri mengambil peralatan tanpa kebenaran, tetapi ada juga jenayah kolar putih. Pencuri boleh mengambil data tanpa kebenaran dalam bentuk maklumat sulit seperti senarai pelanggan terpilih. Mereka juga menggunakan (mencuri) masa komputer syarikat mereka untuk membuat perniagaan lain.
  • Manipulasi : 
    • Memecah masuk dalam rangkaian komptuter seseorang dan meninggalkan mesej gurauan nampak seperti mainan, sebab inilah mengapa penakik melakukannya. Ia masih dianggap melanggar undang-undang. Tambahan pula, walaupun manipulasi itu kelihatan tidak merbahaya, ia boleh menyebabkan kemarahan dan masa terbuang pengguna rangkaian.

Bencana Lain



Terdapat banyak lagi bencan lain terhadap sistem komputer dan data di samping penjenayah. Mereka termasuk yang berikut;


  • Bencana alam :
    •  Kuasa semula jadi termasuk kebakaran, banjir, angin, taufan, putting beliung dan gempa bumi. Bahkan pengguna komputer di ruma mestilah menyimpan cakera sandar untuk aturcara dan data di lokasi yang selamat bagi menghindar kerosakan akibat kebakaran atau angin ribut.

  • Perbalahan awam dan keganasan :
    •  Peperangan, rusuhan dan keadaan kegelisahan politik lain merupakan risiko sebenar di bahagian tertentu dunia ini. Bahkan manusia di negara membangun, bagaimanapun mestilah beringat bahawa mungkin ada tindakan sabotaj.
  • Kegagalan teknologi : 
    • Perkakasan dan perisian tidak selalunya buat apa yang sepatutnya ia lakukan. Sebagai contoh, terlalu sedikit elektrik, disebabkan oleh kebakaran atau ketiadaan bekalan, boleh menyebabkan kehilangan data dalam storan utama. Terlalu banyak elektrik, seperti kilat atau gangguan elektrik lain ke atas talian tenaga, boleh mengakibatkan lonjakan voltan atau pancang. Terlebig elktrik boleh merosakkan cip atau komponen elektronik yang lain. Pengguna mikrokomputer sepatutnya menggunakan pelindung lonjakan, peranti yang memisahkan komputer dari sumber tenaga terus daripada puncanya.
  • Kesilapan manusia : 
    • Kesalahan manusia tidak dapat dielakkan. Ralat kemasukan data merupakan perkara yang selalu berlaku. Beberapa kesilapan berpunca dari reka bentuk yang salah apabila pengilang perisian membuat perintah penghapusan yang menyerupai perintah lain.