Sunday, November 1, 2015

SUAMI ISTERI CIPTA ANIMASI SOLAT 3D

Bidang Multimedia amat luas jika benar-benar serius dan minat yang mendalam. ini telah dibukti dengan terciptanya satu perisian pembelajaran tentang solat yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri yang mengambil bidang multimedia hanya menggunakan ruang rumah sebagai tempat untuk membuat produksi. minat yang sama suami isteri ini telah dapat membantu anak-anak dalam mempelajari solat secara digital dan ber'animasi'.


Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan alat bantuan belajar seperti ini akan membantu anak-anak dalam menarik minat untuk belajar.  Terdapat banyak perisian pembelajaran yang terdapat dipasaran masa kini dengan menggunakan animasi, secara tidak langsung dapat menambah minat anak-anak.

Dengan adanya animasi dalam dunia pendidikan akan dapat membantu para pendidik untuk memberi tunjuk ajar secara digital dan boleh digunakan oleh ibubapa sebagai alat bantuan pengajaran yang lebih berkesan. 

Selain dari itu, sebagai pembangun animasi juga akan dapat menambah pendapatan dan menjadi usahawan IT walaupun pekerjaan hanya dirumah. Tahniah dan syabah kepada pasangan suami isteri ini yang berjaya dalam bidang animasi.

No comments:

Post a Comment