PENGENALAN
Kebanyakkan kita menggunakan ICT untuk kegunaan seharian kita.Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini.Sama seperti lain-lain perkara yang baharu diperkenalkan dalam kehidupan sesuatu masyarakat iainya tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian dari budaya hidup.Penerimaan ICT ini banyak bergantung kepada faktor-faktor seperti kemudahan untuk kecanggihannya dan manfaat yang boleh diperolehi darinya. Justeru, penerimaan ahli-ahli masyarakat terhadap ICT juga sama dengan penerimaan mereka terhadap lain-lain inovasi. Persepsi masyarakat terhadap ICT merupakan faktor penentu yang penting kepada keputusan mereka untuk menerima atau menolak teknologi ini.Penggunaan ICT dalam kehidupan memberi impak yang positif kepada kita terutamanya memudahkan kita melakukan kerja-kerja harian.Contohnya, memudahkan kita mencari maklumat semasa hanya dengan melayari internet.Maka, penggunaan ICT pada masa sekarang sangat penting dari kanak-kanak hingga dewasa.
DEFINISI
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkuo tajuknya sangat luas, ia berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara mudahnya, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya, teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, fax , telegram dan satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
FUNGSI PENGGUNAAN ICT
Membantu pengurusan pendidikan
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi. ICT memang membantu dan menolong mereka(pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat.
Memperoleh pelbagai sumber maklumat
Guru-guru boleh memperolehi maklumat dari pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi. Tujuan utama ICT adalah membantu sesuatu organisasi mencapai matlamat dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi.
Dapat jadikan pendidikan dari jarak jauh
Pendidikan jarak jauh dapat diwujudkan dengan adanya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan pembelajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar mempelajari kemahiran tertentu.
Perdagangan elektronik
Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian, pengguna tidak perlu keluar rumah untuk melakukan pemindahan kewangan.
Memudahkan aktiviti perbankan
Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat, aktiviti perbankan dan pasaran dapat dijalankan. Ini akan member pengaruh besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat.
KEBAIKAN PENGGUNAAN ICT
1. meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
guru boleh mendapatkan maklumat dengan lebih cepat melalui internet serta menyampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik apabila guru menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar seperti penggunaan powerpoint, flash, video. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
2. mewujudkan suasana yang menyeronokkan.
guru dapat mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan ICT serta memperoleh maklumat dengan cepat dan berkesan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Guru dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan menggunakan ICT yang akan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan aktif daripada pelajar akan mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan pelajar akan lebih minat untuk belajar.
3. dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.
melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya. Proses pengajaran yang melibatkan ICT secara tidak langsung akan melibatkan guru dan pelajar menggunakan ICT. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam penggunaan teknologi.
4.dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar
guru boleh menggunakan ICT untuk menghasilkan bahan pengajaran yang menarik mengikut minat pelajar. Jadi, guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dengan bantuan ICT. Contohnya, guru boleh menggunakan video untuk pelajar yang lebih suka kepada gambaran. Oleh itu, guru dapat menarik minat pelajar dan pelajar akan lebih fokus kepada pengajaran guru kerana minat. Jadi, guru akan memberi peluang yang sama kepada semua murid dengan menggunakan ICT dan diaplikasikan mengikut kehendak murid atau kebohupayaan seseorang murid itu.
KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT
1. fitnah mudah disebar
fitnah dapat disebar dengan mudah , ia memang sukar untuk dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat, maklumat yang disiarkan sukar untuk menentukan kesahihannya.
2. menjadikan seseorang leka
ICT boleh menjadikan pelajar leka pada saat mereka menggunakan ICT, ia kerana mereka telah salahgunanya dengan bermain game dan bersosial dengan masyarakat luar.
3. terdedah kepada perkara tidak baik
pengguna akan terdedah kepada perkara baik seperti cerita, gambar dan pembicaraan yang berunsur lucah, ia akan mempengaruhi pengguna untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.
4. peningkatan pengangguran
penggunaan bahasa inggeris dalam komunikasi perniagaan telah menyebabkan masyarakat kurang mahir dalam penggunaan bahasa inggeris menganggur.
PENUTUP
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa.Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif.Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat dapat membangun dengan fikiran yang inovatif dan kreatif.Penggunaan teknologi komunikasi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada individu itu sendiri tentang bagaimana ianya hendak memanfaatkan teknoloi tersebut terhadap dirinya.Kebaikan ICT memang tidak dapat dinafikan, namun teknologi masa kini memerlukan pemantauan dan pengawasan yang sewajarnya agar tidak menimbulkan sebarang kesan negative. Masyarakat perlu saling mengingatkan antara satu sama lain bahawa ICT mampu memberi faedah yang berguna untuk kepentingan masa hadapan.
No comments:
Post a Comment