Wednesday, January 29, 2014

Media-media dalam multimedia

Terdapat lima elemen  atau media utama dalam system multimedia.

Teks
  •  Merupakan asas utama bagi penyaluran sesuatu maklumat.
  • Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu maklumat
  • Boleh juga digunakan untuk memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan.


Grafik 

  • Digunakan untuk memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat
  • Membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat secara lebih berkesan
  • Menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan hidup.


Audio
  • Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan (contohnya penggunaan suara latar atau kesan khas audio)
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan
  • Membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan


Video
  • Video menyediakan kaedah penyaluran yang amat menarik dan hidup
  • Merupakan antara sumber ataumedia yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat
  • Sebagai sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan


AnimasI

  • Berperanan bagi menceriakan lagi persemabahan sesebuah maklumat
  • Membantu dalam menerangkan suatu konsep yang kompleks dengan mudah
  • Menarik perhatian pengguna dengan mudah



No comments:

Post a Comment