Multimedia :
Kombinasi teks, fotograf, grafik, bunyi, animasi dan elemen video yang
boleh diolah secara digital.
- Apabila pengguna
akhir dibenarkan mengawal elemen multimedia ketika penyampaian, maka ia
dikenali sebagai multimedia
interaktif .
Multimedia Interaktif :
Multimedia yang membenarkan pengguna
mengawal apa dan bila elemen multimedia dipaparkan.
- Apabila
elemen–elemen multimedia dihubungkan lalu membenarkan pengguna menerokai
persembahan maka multimedia interaktif menjadi hypermedia.
Hipermedia :
Struktur elemen yang dihubungkan satu sama
lain, yang mana menerusinya pengguna boleh menjelajah dalam multimedia
interaktif.
- Untuk menjadikan
sesuatu persembahan multimedia dilaksanakan dengan baik, memerlukan mereka
yang tahu menggunakan perisian dan teknologi multimedia untuk
menggabungkan elemen-elemen multimedia ke dalam bentuk yang bermakna.
Orang yang membangunkan satu sistem multimedia dikenali sebagai pembangun multimedia/ multimedia
developer.
Pembangun Multimedia :
Orang yang ‘menganyam’ atau ‘menjalin’
multimedia ke dalam bentuk yang bermakna.
- Satu projek
multimedia lengkap yang dibangun menggunakan perisian multimedia, mengandungi
isi kandungan dan mesej kemudian dipersembahkan di skrin komputer atau
televisyen dikenali sebagai projek
multimedia/ multimedia project.
Projek Multimedia:
Software vehicle, mesej dan kandungan yang dipersembahkan
bersama pada skrin komputer atau televisyen membentuk projek multimedia.
- Jika projek
multimedia dihantar atau dijual kepada pelanggan atau pengguna akhir,
biasanya dalam kotak atau bungkusan atau di Internet, dengan atau tanpa
arahan ia dikenali sebagai aplikasi
multimedia/ multimedia title.
Aplikasi Multimedia:
Projek multimedia yang dihantar atau dijual
kepada pengguna akhir.
- Satu-satu projek
multimedia tidak semestinya interaktif. Terdapat dua jenis projek
multimedia iaitu linear
dan nonlinear.
No comments:
Post a Comment