Saturday, November 18, 2017

WAQAF PENDIDIKAN PEYATIM

1.2 Juta Ringgit Malaysia akan di guna bagi membangun bangunan keusahawanan UCB di setiu, Terengganu . Semua wang ini datang dari hasil Waqaf yang diberi oleh Tuan/puan semua.. Terima kasih saya ucapkan bagi wakil Warga UCB dan Peyatim . Jadi Marilah Sama-sama kita membantu agar dapat dibangunkan dengan cepat Wisma Keusahawanan ini ..

University College Bestari ( UC Bestari ) di Terengganu adalah sebuah universiti yang berkonsepkan waqaf pendidikan untuk membantu anak yatim atau anak miskin di seluruh negara. Kini lebih daripada 5,000 siswazah telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana (MBA)
        
UC Bestari juga telah mengeluarkan biasiswa kepada 560 siswa program Asasi dengan belanja RM5.6 juta. UC Bestari juga telah mengeluarkan pendahuluan bagi menampung sara hidup, yuran pengajian dan asrama yang berjumlah lebih daripada RM21 juta. 

Jadi kepada seluruh umat Islam kami merayu, bantulah UC Bestari dengan membeli tanah bernilai RM30.00 satu lot 0.1 meter persegi  dan mewaqafkannya kepada Peyatim untuk menampung operasi UC Bestari. 

Lot tanah ini boleh juga dibeli dan dibayar di kaunter Pos Malaysia, BSN, Bank Rakyat, Bank Islam Malaysia Berhad atau di Cawangan Pasaraya Mydin. Dengan mewaqafkan itu, insya-Allah lebih ramai anak yatim atau anak miskin dapat dibantu untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka di UC Bestari.

Mari sama-sama kita membeli waqaf secara online.

Waqaf Pendidikan Peyatim
                         
JOM WAQAF online sekarang.







Wallahu A'lam

Thursday, November 9, 2017

University College Bestari Cipta Nama di Korea

Oleh Aminudin Ismail

University College Bestari (UCB), Setiu berjaya mencipta nama di persada dunia apabila menang pertandingan yang dianjurkan oleh KoreaPEN dengan kerjasama EUROPEN-PEN International iaitu Global Enterprise Challenge, PE Fair Asia 2017 dan PE StartUP Challenge, yang diadakan di Korea Selatan, baru-baru ini.


Naib Canselor UCB, Prof. Dr. Ab Aziz Yusof berkata, lebih membanggakan penyertaan kali pertama oleh Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa (BestPEC), UCB membuahkan hasil apabila menang dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Juara, Naib Juara dan tempat Ketiga dalam tiga kategori pertandingan yang disertai itu.

"BestPEC UCB mengambil peluang ini untuk memberi pengalaman kepada pelajar dan pelatih BestPEC di peringkat antarabangsa.

"PE (Practice Enterprise) yang dibawa adalah Trigona Champions Sdn Bhd. Produk yang dibawa untuk pameran adalah madu trigona dan sabun pelbagai jenis yang dihasilkan sendiri oleh trigona UCB," katanya.

Menurutnya, UCB merupakan satu-satunya universiti yang mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.

Antara kategori yang telah dipertandingkan ialah Best Salesmanship, Best Booth dan Global Enterprise Challenge.

Global Enterprise Challenge, PE Fair Asia 2017 dan PE StartUP Challenge merupakan pertandingan berbentuk keusahawanan.

Tahun 2017 merupakan tahun kedua pertandingan seumpamanya diadakan di Asia. Kali pertama pertandingan tersebut diadakan di Shanghai, China pada tahun 2016.

Delegasi ke Korea terdiri daripada sepuluh orang iaitu empat orang pelajar, dua orang pensyarah serta empat orang pengurusan tertinggi (Timbalan Naib Canselor HEPA, bendahari, Timbalan Pendaftar dan pengarah bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa).

Pensyarah yang terlibat adalah Norulhuda Abdul Razak, Pensyarah Perakaunan selaku Ketua Jabatan Bestari Practice Enterprise Centre (BESTPEC) sebagai Pensyarah Perakaunan dan Norhafizah Ahmad, Pensyarah Kewangan selaku BESTPEC Trainer.

Pertandingan keusahawanan itu memberi peluang kepada pelajar dan pelatih Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa (BestPEC) UCB menimba pengalaman peringkat antarabangsa," katanya sewaktu mengadakan sidang media di UCB, hari ini.

Katanya, produk yang dibawa oleh pasukan Trigona Champions Sdn Bhd itu untuk dipertandingkan adalah madu kelulut Trigona dan lima jenis sabun berasaskan madu dihasilkan sendiri Trigona UCB.

Dalam pada itu empat penuntut terbabit iaitu Puteri Shafiqatul Atras Megat Hamari, 24, Intan Sofea Zulkarnain, 21,Mohamad Noorfitri Jaafar, 22, dan Muhammad Ideham Isa, 21, bersyukur kerana penyertaan kali pertama mereka berjaya membuahkan hasil.

Ketua delegasi itu ialah Prof. Dr. Sulaiman bin Yamin, (TNC HEPA) dan turut disertai Iskandar Arash bin Mahmud (Bendahari UCB), Zainah Jamil (Timb.Pendaftar UCB) dan Abdul Razak Salleh (Pengarah Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa).

 sumber :https://www.facebook.com/ImanTribune/

Monday, October 23, 2017

KEPENTINGAN ICT DALAM KEHIDUPAN

PENGENALAN 


Kebanyakkan kita menggunakan ICT untuk kegunaan seharian kita.Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini.Sama seperti lain-lain perkara yang baharu diperkenalkan dalam kehidupan sesuatu masyarakat iainya tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian dari budaya hidup.Penerimaan ICT ini banyak bergantung kepada faktor-faktor seperti kemudahan untuk kecanggihannya dan manfaat yang boleh diperolehi darinya. Justeru, penerimaan ahli-ahli masyarakat terhadap ICT juga sama dengan penerimaan mereka terhadap lain-lain inovasi. Persepsi masyarakat terhadap ICT merupakan faktor penentu yang penting kepada keputusan mereka untuk menerima atau menolak teknologi ini.Penggunaan ICT dalam kehidupan memberi impak yang positif kepada kita terutamanya memudahkan kita melakukan kerja-kerja harian.Contohnya, memudahkan kita mencari maklumat semasa hanya dengan melayari internet.Maka, penggunaan ICT pada masa sekarang sangat penting dari kanak-kanak hingga dewasa. 


DEFINISI 

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkuo tajuknya sangat luas, ia berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara mudahnya, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.


Teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya, teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, fax , telegram dan satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.


FUNGSI PENGGUNAAN ICT 

Membantu pengurusan pendidikan



Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi. ICT memang membantu dan menolong mereka(pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat.


Memperoleh pelbagai sumber maklumat



Guru-guru boleh memperolehi maklumat dari pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi. Tujuan utama ICT adalah membantu sesuatu organisasi mencapai matlamat dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi.

Dapat jadikan pendidikan dari jarak jauh


Pendidikan jarak jauh dapat diwujudkan dengan adanya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan pembelajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar mempelajari kemahiran tertentu.

Perdagangan elektronik

Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian, pengguna tidak perlu keluar rumah untuk melakukan pemindahan kewangan.

Memudahkan aktiviti perbankan

Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat, aktiviti perbankan dan pasaran dapat dijalankan. Ini akan member pengaruh besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat.


KEBAIKAN PENGGUNAAN ICT 


1. meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

guru boleh mendapatkan maklumat dengan lebih cepat melalui internet serta menyampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik apabila guru menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar seperti penggunaan powerpoint, flash, video. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

2. mewujudkan suasana yang menyeronokkan.

guru dapat mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan ICT serta memperoleh maklumat dengan cepat dan berkesan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Guru dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan menggunakan ICT yang akan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan aktif daripada pelajar akan mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan pelajar akan lebih minat untuk belajar.



3. dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.

melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya. Proses pengajaran yang melibatkan ICT secara tidak langsung akan melibatkan guru dan pelajar menggunakan ICT. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam penggunaan teknologi. 

4.dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar

guru boleh menggunakan ICT untuk menghasilkan bahan pengajaran yang menarik mengikut minat pelajar. Jadi, guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dengan bantuan ICT. Contohnya, guru boleh menggunakan video untuk pelajar yang lebih suka kepada gambaran. Oleh itu, guru dapat menarik minat pelajar dan pelajar akan lebih fokus kepada pengajaran guru kerana minat. Jadi, guru akan memberi peluang yang sama kepada semua murid dengan menggunakan ICT dan diaplikasikan mengikut kehendak murid atau kebohupayaan seseorang murid itu.

KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT 

1. fitnah mudah disebar
fitnah dapat disebar dengan mudah , ia memang sukar untuk dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat, maklumat yang disiarkan sukar untuk menentukan kesahihannya.


2. menjadikan seseorang leka
ICT boleh menjadikan pelajar leka pada saat mereka menggunakan ICT, ia kerana mereka telah salahgunanya dengan bermain game dan bersosial dengan masyarakat luar.

3. terdedah kepada perkara tidak baik
pengguna akan terdedah kepada perkara baik seperti cerita, gambar dan pembicaraan yang berunsur lucah, ia akan mempengaruhi pengguna untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.


4. peningkatan pengangguran
penggunaan bahasa inggeris dalam komunikasi perniagaan telah menyebabkan masyarakat kurang mahir dalam penggunaan bahasa inggeris menganggur.


PENUTUP 

Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa.Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif.Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat dapat membangun dengan fikiran yang inovatif dan kreatif.Penggunaan teknologi komunikasi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada individu itu sendiri tentang bagaimana ianya hendak memanfaatkan teknoloi tersebut terhadap dirinya.Kebaikan ICT memang tidak dapat dinafikan, namun teknologi masa kini memerlukan pemantauan dan pengawasan yang sewajarnya agar tidak menimbulkan sebarang kesan negative. Masyarakat perlu saling mengingatkan antara satu sama lain bahawa ICT mampu memberi faedah yang berguna untuk kepentingan masa hadapan.

10 pekerjaan dengan gaji paling lumayan di Malaysia



ADAKAH anda menerima gaji antara yang tertinggi di Malaysia? Jom kita dapatkan jawapannya.

Apabila memilih kerjaya, selain dari mencari bidang kerja yang bermakna dan mencabar, adalah juga penting untuk kita melihat prospek peningkatan pendapatan. Pastinya, semua dari kita memerlukan wang untuk memenuhi keperluan harian dan gaya hidup serta komitmen kewangan yang lain.


Menurut The 2016 Hays Asia Salary Guide, pada hakikatnya, 53 peratus rakyat Malaysia menganggap gaji dan faedah sebagai keutamaan apabila memilih pekerjaan. Dalam erti kata lain lima dari 10 rakyat Malaysia menjadikan prospek gaji sebagai faktor penentu dalam memilih pekerjaan.
Selain daripada itu, rakyat Malaysia juga melihat wujudnya cabaran baharu dan peluang peningkatan kerjaya – sebagai dua faktor seterusnya dalam memilih peluang pekerjaan.

Namun begitu, meskipun gaji dilihat sebagai faktor penting kepada rakyat Malaysia, terdapat lebih dari satu tinjauan yang mendapati rakyat Malaysia pada dasarnya tidak berpuas hati dengan gaji yang mereka terima.

Kaji selidik oleh Salary Explorer mendedahkan rakyat Malaysia hanya mengumpul 2.42 mata berkaitan kepuasanhati terhadap gaji mereka, sedikit tinggi berbanding jumlah purata global iaitu 2.36. Kelihatannya, warga dunia pada dasarnya merasakan gaji yang mereka perolehi tidak setimpal dengan beban kerja atau mampu memenuhi keperluan asas mereka.

Sementara itu tinjauan JobStreet berhubung Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Pekerja di Malaysia mendapati, dari segi gaji, 61 peratus responden merasakan gaji mereka adalah rendah dan tidak mampu menyara kehidupan. Adalah penting untuk mengimbangi antara gaji dan kepuasan kerjaya.

Jadi, di mana datangnya ‘gaji lumayan’ ini?

Salary Explorer baru-baru ini menerbitkan ranking atau kedudukan pekerjaan dengan gaji lumayan.

Menerusi 2016 Highest Paying Jobs, ia menentukan apakah pekerjaan terbaik di Malaysia berdasarkan gaji bulanan. Maka tidak hairanlah semua pekerjaan teratas datang dengan gaji enam angka setiap bulan!

Jika dilihat 10 kerjaya profesional teratas, ada beberapa persamaan di antara kerjaya ini, antaranya lebih tinggi kelayakan, kepakaran yang dicari, berpengalaman dan kurang keperluan automasi atau persaingan.

Jika anda berharap untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi pada tahun-tahun mendatang, infografik berikut memaparkan senarai pekerjaan dengan gaji paling lumayan di Malaysia.



SUMBER :http://www.astroawani.com/gaya-hidup/10-pekerjaan-dengan-gaji-paling-lumayan-di-malaysia-109684

Sunday, October 22, 2017

ALUMNI UCBESTARI DIRAI

Oleh: Aminudin Ismail

Seramai 100 orang ahli alumni University College Bestari (UC Bestari) diraikan dalam Program Jalinan Mesra Alumni yang rasmikan oleh Naib Canselor UC Bestari, Prof. Dr. Ab Aziz Yusof di sebuah hotel di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Program yang julung kali diadakan oleh Unit Alumni, UC Bestari tersebut bertujuan merapatkan kembali ukhuwah yang pernah terjalin dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli alumni.
Ia juga satu titik permulaan kepada semua ahli alumni UC Bestari untuk turut sama menaikkan nama kolej universiti itu.
Prof. Dr. Ab Aziz, berkata, beliau berhasrat untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran ahli-ahli alumni mereka dalam memajukan universiti tersebut pada masa akan datang.
"Sehingga 2016 dianggarkan lebih 1000 graduan telah dilahirkan sejak kolej universiti tersebut ditubuhkan menerusi tiga kali konvokesyen.
"Terima kasih kepada semua yang hadir dan ini adalah satu usaha yang baik ke arah bersama-sama untuk memajukan lagi UC Bestari," katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Sulaiman Yamin, dan pengurusan tertinggi UC Bestari.
Dalam pada itu, pada majlis itu juga ahli alumni, Pengurus Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd, Dato’ Wan Mohd Muzri Ramli, menyumbangkan lebih 100 buah novel terbitan syarikat beliau kepada Alumni dan Universiti.
Program Jalinan Mesra Alumni UC Bestari berlangsung selama dua hari dan antara aktiviti yang dijalankan ialah perlawanan bola sepak persahabatan antara alumni lawan staf UC Bestari dan pertandingan bowling.

https://www.facebook.com/ImanTribune/posts/922703964534679

JOM MASUK UCBESTARI



Monday, August 28, 2017

PROGRAM JALINAN MESRA ALUMNI


Program Jalinan Mesra Alumni adalah program pertama Alumni setelah berdaftar dengan jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Program ini dirancang untuk merapatkan kembali ukhwah yang pernah terjalin dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakan-rakan alumni. Program yang bakal berlangsung ini akan diadakan pertandingan Bowling antara Alumni yang hadir dan seterusnya akan diadakan jamuan HI- Tea bersama pihak Pengurusan UC Bestari. Program yang dirancang ini akan menjadi satu titik permulaan kepada semua alumni ucb untuk turut serta dalam menaikkan nama UC Bestari di peringkat yang lebih tinggi. Kepada semua alumni yang berminat untuk bersama-sama boleh hubungi no yang tertera di iklan diatas..

Pak Hassan bapa animasi Malaysia

Susuk tubuh tinggi dan duduk menikmati kopi panas mungkin tidak memberikan petanda watak Hassan Muthalib.
Namun, di sebalik rambut putih, Hassan, 71, sebenarnya ikon yang patut menjadi wira dalam fon masing-masing bukannya K-pop atau Raver.
Hasil carian imej untuk pak hassan bapa animasi malaysia
Jika ditanya generasi milenial sekarang, pastinya ramai angkat kening apabila mendengar namanya lagi-lagi apabila disorotkan dengan animasi Sang Kancil dan Monyet, lagilah tidak tahu agaknya.
Ya, Hassan Muthalib adalah bapa animasi negara yang kekuatannya bukan pada animasi itu saja tapi bayangkan proses pembikinannya yang rumit dan renyah 30 hingga 40 tahun dulu.
Duduk semeja dengan beliau yang penulis panggil Pak Hassan, ada sejarah teknologi animasi patut ditulis di samping memperoleh idea daripada orang lama berpengalaman luas dalam industri kreatif ini.
Jika dikaitkan dengan animasi tempatan, golongan milenial mungkin sebati dengan karakter Upin & Ipin, Boboiboy, Ejen Ali atau Didi and Friends meskipun cerita di sebaliknya boleh dikatakan pengasas watak terbabit juga memandang tinggi Pak Hassan sebagai pelopor animasi yang bukan saja kreatif malah boleh memberi idea yang berimpak tinggi sepanjang zaman.
Pak Hassan mendedahkan detik awal animasi yang boleh dikatakan tidak sengaja ketika mula berkarier dalam Filem Negara Malaysia.
“Animasi bermula pada 1972 dan ia pertama kali membabitkan iklan Krismas.
“Ketika itu, tiada sesiapa yang mempunyai pengalaman dalam bidang animasi namun saya masih ingat ketua pengarah datang dan minta reka satu animasi.
“Disebabkan ia arahan, saya tidak menolaknya, kenalah buat. Lama juga memikirkan bagaimana untuk melakukannya namun saya mula belajar dan membuat penyelidikan,” katanya.
Katanya, ‘storyboard’ pertama ditolak dan pihak atasan meminta beberapa karakter ditukar. Meskipun berdepan cabaran terbabit siapa sangka ia pemula filem animasi negara.
Perubahan bahagian pada 1981 menyaksikan Pak Hassan ditempatkan di Unit Seni Reka dan pada 1983 dua individu untuk Kementerian Penerangan dan Filem Negara Malaysia melihat potensi animasi dalam negara.
“Animasi pertama bermula pada 1961 dan hanya siap pada 1978 iaitu Hikayat Sang Kancil namun hanya ditayangkan pada 1983 atas faktor politik,” kata Hassan.
Penciptaan animasi pula bukan lahir daripada individu yang pakar dalam animasi namun seorang pereka set, Ananda Xavier yang mereka lukisan sedikit demi sedikit.
“Selepas mendapat arahan pada 1983, kita kumpulkan satu pasukan yang masing-masing bukan dalam kalangan juruanimasi.
“Saya yang boleh menulis dan mengarah kemudian saya maklumkan, kami sama-sama cipta karakter.
Hasil carian imej untuk pak hassan bapa animasi malaysia
“Mereka semua hanya pereka dan bukan juruanimasi tapi masing-masing ikut arahan,” jelas Pak Hassan yang mantap ketika melontarkan idea kepada peserta Persidangan Kandungan Kreatif Asia Tenggara 2017 (Kre8tif!) baru-baru ini.
Katanya, animasi Hikayat Sang Kancil dan Monyet berjaya disiapkan pada 1984 melalui penceritaan terus hasil terjemahan daripada sebuah buku.
“Kami mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan Hikayat Sang Kancil dan Monyet yang ditayangkan ketika musim perayaan pada 1984 sebelum merancang pula Hikayat Sang Kancil dan Buaya.
“Animasi berikutnya berevolusi dengan teknik berbeza apabila animasi ‘Gagak yang Bijak’ mampu ditayangkan selama dua setengah minit menggunakan helaian kertas serta teknik kamera menegak,” katanya.
Uniknya, Pak Hassan memaklumkan, meskipun jurukamera ketika itu tidak mempunyai asas animasi namun bijak menyusun lensa kamera yang menghidupkan karakter dengan membolehkan rakaman dilakukan hanya pada helaian kertas.
“Cara rakam kamera animasi perlu teknik yang mana seorang jurukamera yang pintar mampu melakukannya.
“Kamera animasi berbentuk roket dengan kolum khas di atas meja,” katanya.
Jelasnya, kamera boleh diangkat, diturun dan dipusing dengan setiap pergerakan mempunyai nombornya tersendiri.
“Kami perlu rancang lukisan awal untuk menjadikannya serasi dengan meja manakala kiraan mengikut masa yang tepat dengan graf tertentu mempunyai catatan melambangkan setiap ‘pointer’.
“Setiap kelajuan atau pergerakan memerlukan penelitian khusus pada graf terbabit,” katanya.
Berbeza dengan animasi moden, Pak Hassan menjelaskan ia boleh dilakukan hanya menggunakan perisian dan komputer saja.
“Sekarang mudah, semuanya di depan komputer namun yang membezakan adalah jalan penceritaan dan moral,” katanya.
Dulu, Pak Hassan dan pasukan terpaksa mengambil masa selama enam bulan hanya untuk menyiapkan animasi berdurasi lima minit.
“Ada satu kali, rakaman dilakukan tiga kali dengan setiap satunya mengambil masa empat jam hanya untuk mencipta aksi monyet melompat dari satu pokok ke pokok lain selama lima saat,” jelasnya.
Namun, Pak Hassan yang juga orang seni mampu mempamerkan kekuatan jalan cerita ringkas namun maksudnya mudah hadam.
“Nampak senang tapi latar belakang perlu dilajukan manakala pergerakan monyet perlu seimbang dan pokok dijadikan subjek bagi menjadikannya seakan-akan tiga dimensi (3D),” jelas Pak Hassan.
Seiring peredaran zaman ketika itu, Pak Hasaan membuat permohonan bagi mendapatkan kamera baru yang baru dihasilkan ketika itu.
“Ia adalah Quick Action Recorder yang sebenarnya membantu ujian ‘line’ bagi memeriksa lukisan dan kami memperolehnya pada 1984.
“Sudah tentu ia baik kerana mampu meringankan beban kerja dan memendekkan masa produksi selepas animasi dilakukan.
“Contohnya rakaman dibuat dalam tempoh lima minit, kita sudah tahu ia betul atau tidak.
“Kalau cara lama, kita hanya akan rakam pada filem sebelum ia dicetak kemudian ditayangkan, barulah tahu betul atau tidak jadi makan masa sehingga dua tiga hari,” katanya.
Sepanjang tempoh 1983 hingga 1987, Pak Hassan dan pasukan berjaya menghasilkan lima filem animasi.
Bapa animasi negara itu menganggap kekurangan terbabit sebagai cabaran dalam berkarya dengan menjadikan jalan cerita yang mantap sebagai kekuatan animasi.
“Itulah yang mengekang animasi negara merangkul anugerah antarabangsa namun memuji kesediaan negara jiran menerima animasi dengan konsep 3D,” katanya.
Pengalaman Hassan mencipta animasi tanpa teknologi. Hanya berbekalkan kamera penggambaran biasa dan helaian kertas untuk merakam.
Katanya, filem animasi perlu lebih mengetahui teknik menghasilkan filem animasi dahulu yang menggunakan teknik secara manual hingga penggunaan perisian komputer berteknologi tinggi.
Beliau berkata, bidang filem animasi mempunyai masa depan yang cerah dengan penggunaan teknologi digital canggih.
Namun, penggiat filem animasi perlu memantapkannya dalam penggunaan bahasa visual jika mahu menghasilkan filem animasi setaraf terbitan antarabangsa.
“Filem animasi kini ditayangkan di televisyen dan pawagam menggunakan teknologi digital dan skop penggunaan juga diperluaskan dalam bidang kejuruteraan, permainan maya serta perubatan,” katanya.
Pada era kegemilangan ini juga bermula penerbitan kartun tempatan dalam bentuk animasi sekitar 1984 hingga 1987 seperti Sang Kancil dan Monyet, Gagak Yang Bijak, Singa Yang Haloba serta Hikayat Sang Kancil dan Buaya terbitan Unit Filem Malaya yang kini dikenali sebagai Filem Negara.
Jika ramai yang mahu menjadi juruanimasi berjaya, Pak Hassan adalah guru yang paling hebat.

sumber :https://www.hmetro.com.my/itmetro/2017/08/254070/pak-hassan-bapa-animasi-malaysia

Tuesday, June 6, 2017

AKADEMIK: 60 Pelajar UCB Terima Zakat


Seramai 60 penuntut Kolej Universiti Bestari (UCB) menerima sumbangan zakat berjumlah RM42,000 dari MAIDAM dan orang perseorangan di kolej universiti itu, hari ini.
Majlis Cakna UC Bestari disempurnakan oleh Pengerusi ekskutifnya, Dato' Tengku Mahmud Mansor di Dewan Teater UCB, Setiu.
Turut menerima sumbangan pada majlis itu ialah seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Aliff Norhakim Majid sebuah kerusi roda bernilai RM9,000.
Dalam ucapanya, Tengku Mahmud mengumunkan derma siswa iaitu bantuan bulanan RM300 kepada dua pelajar OKU di kolej universiti itu.
"Seramai lapan pelajar OKU lagi yang menyambung pelajaran mereka di sini akan menerima bantuan itu selepas ini.
"Kita akan terus membantu pelajar anak yatim, pelajar OKU dan pelajar kurang kemampuan untuk mereka meneruskan pengajian sehingga tamat di UCB," katanya.
Hadir sama di program itu ialah Naib Canselor UCB, Prof Dr. Ab. Aziz Yusof.

Oleh Aminudin Ismail

Sunday, April 9, 2017

10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja Di Malaysia

Hari demi hari, kos kehidupan semakin meningkat namun adakah tahap pembelajaran dan ijazah kita mampu menampung kehidupan kita di masa akan datang.

Selain berdasarkan minat dalam sesuatu jurusan, perkara yang penting untuk anda titik beratkan sebelum mengambil keputusan melanjutkan pengajian adalah adakah jurusan yang dipilih itu mempunyai skop peluang pekerjaan yang besar.

Kerana sudah pasti kita tidak mahu menganggur sebaik sahaja tamat pengajian kan? Jadi semak dulu senarai 10 ijazah yang paling senang mendapat pekerjaan di Malaysia.

1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)


Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 4 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan doktor gigi.

2. Sains Veterinar (85.3%)


Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.

Prospek kerjaya: Doktor haiwan, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.

3. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)


Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.

Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.

4. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)


Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.

Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.

5. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)


Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.

Prospek kerjaya: Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.

6. Sains komputer (59.1%)


Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.

Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.

7. Pendidikan (59.1%)

http://www.ohmedia.my/2015/05/kegigihan-cikgu-muda-berbangsa-cina.html

Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.

8. Pengajian perniagaan (49%)


Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.

Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.

9. Sains matematik (47.1%)


Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.

Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.

10. Pengajian sosial (44.9%)


Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.

Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.


SUMBER :http://www.ohmedia.my/2016/04/10-ijazah-yang-paling-senang-dapat-kerja-di-malaysia.html

Thursday, March 30, 2017

Sukbest Terus Meriah

Oleh: Aminudin Ismail

 Seramai 2,074 pelajar menyertai Sukbest atau Sukan Kolej Universiti Bestari (UCB) diadakan dengan meriah dan semangat kesukanan selama tiga hari yang berakhir, kelmarin (Sabtu).


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UCB, Prof Dr. Sulaiman Yamin berkata, Sukbest kelima itu adalah paling ramai penyertaan dan membanggakan pihaknya.
"Alhamdulillah, mengikut penyertaan kontinjen dan jumlah pelajar ianya adalah satu kejayaan besar di mana 2,074 pelajar terbabit dengan sukan ini.
"Memang banyak peningkatan jumlah penyertaan berbanding kejohanan Sukbest sebelum ini dan kita melihat ada beberapa peserta yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang sukan ini," katanya.
Dalam pada itu, pasukan The Virus 3.0 muncul juara pertandingan bola sepak manakala Shark Warrior menjuarai bola jaring.
Sebanyak lapan acara dipertandingkan pada kejohanan yang disertai empat pasukan itu dan pasukan terbaik dimenangi Harimau Bestari manakala tempat kedua dan ketiga ialah The Virus 3.0 dan Golden Eagle.
Manakala anugerah olahragawan dimenangi Ahmad Afnan Farhan Abdul Mubin manakala olahragawati pula dimenangi Nik Hadyanee Nik Othman.

https://www.facebook.com/ImanTribune/?hc_ref=PAGES_TIMELINE

Wednesday, February 8, 2017

Guru tadika perlu miliki Diploma Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak




KUBANG KERIAN: Kementerian Pendidikan akan melaksanakan penyelarasan tenaga pengajar yang mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di setiap tadika, taman asuhan kanak-kanak seluruh negara.


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pusat asuhan untuk kanak-kanak usia 3 hingga 5 tahun diwajibkan mempunyai penjaga atau tenaga pengajar dengan kelayakan itu sebagai syarat operasi.

Bagaimanapun katanya, pengisian atau kurikulum pendidikan untuk tadika tidak akan diselaraskan kerana pendidikan awal kanak-kanak bermula sewaktu mereka mendaftar di pra sekolah pada usia 5 atau 6 tahun.

Katanya di negara maju, seperti Korea dan Jepun, penyelarasan berkenaan sudah dilaksanakan sebagai penekanan terhadap pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak di taman asuhan yang bermula di usia 3 tahun.

“Kita sebenarnya sudah bersedia bagi (pendidikan pra sekolah) seperti tadika, Kemas dan Perpaduan. Tapi kita hendak selaraskan.

“Maknanya, sama ada swasta atau kerajaan, kita hendak selaraskan standard (kelayakan) profesion penguruan,” ujarnya.

Jelas Mahdzir, penyelarasan itu bagaimanapun bukan melibatkan kurikulum kerana yang lebih penting adalah pengisian kreativiti dan inovasi.

Katanya, Kementerian Pendidikan sudah melaksanakan penyelarasan tenaga pengajar yang sekurang-kurangnya mempunyai diploma untuk mengajar kanak-kanak di pra sekolah.

Untuk itu katanya, kementerian mencadangkan supaya diwujudkan satu agensi bagi menguruskan perkara tersebut dengan pemantauan di bawah bahagian pendidikan swasta.


Mahdzir menjelaskan, kajian sedang berjalan, dengan jangkaan pelaksanaannya bermula tiga tahun dari sekarang. Iaitu pelajar yang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak sudah menamatkan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi.


Tambahnya, pelaksanaan penyelarasan tenaga pengajar taman asuhan yang mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak akan dikuatkuasakan pada tahun 2020.



http://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-tadika-perlu-miliki-diploma-pengurusan-pendidikan-awal-kanak-kanak-113104

Saturday, January 28, 2017

WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM & MISKIN


University College Bestari ( UC Bestari ) di Terengganu adalah sebuah universiti yang berkonsepkan waqaf pendidikan untuk membantu anak yatim atau anak miskin di seluruh negara. Kini lebih daripada 5,000 siswazah telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana (MBA)
        
UC Bestari juga telah mengeluarkan biasiswa kepada 560 siswa program Asasi dengan belanja RM5.6 juta. UC Bestari juga telah mengeluarkan pendahuluan bagi menampung sara hidup, yuran pengajian dan asrama yang berjumlah lebih daripada RM21 juta. 


Jadi kepada seluruh umat Islam kami merayu, bantulah UC Bestari dengan membeli tanah bernilai RM30.00 satu lot 0.1 meter persegi  dan mewaqafkannya kepada Peyatim untuk menampung operasi UC Bestari. 



Lot tanah ini boleh juga dibeli dan dibayar di kaunter Pos Malaysia, BSN, Bank Rakyat, Bank Islam Malaysia Berhad atau di Cawangan Pasaraya Mydin. Dengan mewaqafkan itu, insya-Allah lebih ramai anak yatim atau anak miskin dapat dibantu untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka di UC Bestari.



Mari sama-sama kita membeli waqaf melalui online.



Waqaf Pendidikan Peyatim

                         
JOM WAQAF online sekarang.


Sila click link berikut:

http://bit.ly/waqaf          
www.peyatim.com    
www.yawatim.com


Kalau tolong share tentang waqaf ini pun insya Allah dapat pahala, apatah lagi kalau kita berwaqaf dan hadiahkan buat ibu dan bapa kita yang masih hidup mahupun yang sudah tiada. Anak Yatim adalah tanggungjawab bersama, Marilah kita pakat bantu mereka. Hanya Allah yang mampu membalasnya.



Wallahu A'lam

Sunday, January 8, 2017

LAWATAN PERTUBUHAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM MUAR JOHOR

18 Disember 2016, Univeristy College Bestari telah menerima satu lawatan dari Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Muar. Dengan Kehadiran lebih 80 orang anak yatim termasuk dengan kakitangan pertubuhan tersebut telah memberi peluang dan ruang untuk mengenal UC Bestari dengan lebih dekat lagi. Lawatan itu juga merupakan berketepatan dengan UC Bestari yang dikenali University untuk anak yatim dan Miskin seluruh Malaysia
Tujuan lawatan itu adalah untuk memberi pendedahan kepada anak yatim untuk mengenali dengan lebih dekat lagi yang dikatakan University anak yatim. Pada lawatan tersebuh telah merangkumi pelbagai tempat yang menarik di UC Bestari, ini termasuklah dari segi kemudahan akademik dan juga kemudahan aktiviti pelajar. 
Antara tempat lawatan yang diadakan adalah disekitar UC Bestari seperti Makmal Kejururawatan, Makmal Multimedia, Perpustakaan, Unit Ekuin, Taman Kelulut, Taman Arnab, Unit Keusahawanan dan banyak lagi. 
Sebelum berangkat pulang Anak yatim dan juga kakitangan pertubuhan telah dijamukan dengan makan tengahari bersama dengan Presiden PEYATIM, YM.Prof.Dato'Dr.Haji Tengku Mahmud Bin Mansor dan juga Isteri, turut serta Naib Canselor University YBhg.Prof. Dr.Ab.Aziz Bin Yusof. 
Ucapan terima kasih kepada rombongan anak-anak yatim Islam Muar semoga berjumpa lagi dilain masa. Kami warga University berdoa agar semua anak yatim mendapat keberkatan dari Allah SWT dan berjaya didunia dan akhirat. In Sha Allah.